Wednesday, May 26, 2010

Catatan Di Hari Ulangtahun

Salam mesra buat semua..

Tanggal 26 Mei tiba lagi. Sedar tak sedar usia perkahwinan saya dan suami sudah menginjak  8 tahun. Sekejap je masa yang berlalu. Sepanjang 8 tahun yang berlalu..banyak cabaran, dugaan, kenangan pahit manis yang kami tempuhi. 

Dalam mengharung dugaan, antara kami bukan tidak ada hati yang terguris, bicara yang terkunci, langkah yang mati, namun, semuanya dihadapi dengan tenang dan matang kerana ikatan yang dibina adalah amanah yang harus ditanggung penuh hemah dan tanggungjawab. Harus ditatang, dijaga, dibajai, dihargai...


Kami bukanlah pasangan sempurna, mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing. Justeru, saling melengkapi itu perlu. Saya bersyukur dikurniakan suami yang baik dan menerima diri saya seadanya.. setiap saat, saya sentiasa muhasabah, sempurnakah amanah yang terpundak di bahu ini sebagai isteri yang baik..semoga Allah sentiasa melorongi saya ke arah itu..

Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~




Untuk para suami dan isteri yang menyambut ulangtahun perkahwinan atau sudah lama berkahwin, boleh baca motivasi menarik dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Klik sini dan sini. Semoga mampu menyuntik kesedaran untuk memperbaiki kesilapan agar rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan sentiasa di bawah lembayung rahmatNya.

15 comments:

deena farhana said...

selamat hari ulangtahun ke 8 buat kak UA dan zauj..moga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih syg Allah..

trm ksh atas ukhuwah yang dihulur buat pena farhana.. :)

Nida said...

Salam kak Ummu..

Alhamdulillah setahun lagi usia perkahwinan menapak ke hadapan...

Semoga kebahagiaan mengiringimu dan semoga kehidupan dalam rahmatNya.. aminnn

ummumishkah said...

happy 8th wedding anniversary.. moga yang berlalu dan mendatang dipenuhi sinar dan rahmatnya...

eT said...

happy 8th anniversary...

Chik Na said...

selamat menyambut ulang tahun ke-8..moga berbahagia ke akhir hayat dan dirahmati allah sentiasa

yatie chomeyl said...

hepi 8th anniversary akak.

sama dgn besday baby SN ;)

Ummu Ammar said...

deena : Syukran atas ucapanmu. Moga ukhuwwah kita berkekalan walau hanya di alam maya.

Nida : Terima Kasih..Ameen..

Che Sue : Insya Allah. Begitulah harapan kami jua..

Ummu Ammar said...

eT.. : Thanks!:D

Chik Na : Terima Kasih sudi mendoakan. Berkat doa Chik Na..Insya Allah..

Yatie : Ye ke? Bleh la celebrate ngan baby SN..Sanah helwah buat baby SN yg comel..

Ros Illiyyuun said...

Salam :)

Selamat ulangtahun..semoga bahagia sampai ke syurga..Ameen :)

makbonda said...

Salam........Alhamdulillah,selamat ulangtahun.Sudah melepasi zaman kriktikal. kata orang lima tahun awal adalah zaman sedang mengenali antara satu sama lain.
Ya masalah rumah tangga akan dapat diatasi dengan mudah oleh pasangan yang berilmu.

Ummu Ammar said...

Ros Illiyyuun..

Syukran atas ucapan dan doamu..Ameen..

makbonda..

Alhamdulillah..bukan ke 10thn zaman kritikal ??..Apa2 pun.. Alhamdulillah bila semuanya krn Allah..takdelah sampai tahap kritikal..gaduh2 manja adalah..

Ibuhani said...

Selamat Ulangtahun perkahwinan pd Ummu Ammar......semoga kekal ke hujung nyawa :)

Ummu Ammar said...

Kak Ani..

Terima kasih. Ameen. Harapnya begitulah..

Nadiah Sidek said...

selamat hari ulangtahun perkahwinan kak! smg berkekalan hingga ke akhir hayat. maaf, terlambat ucap, tak sempat nak blogwalking

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Syukran krn msh sudi mengingati dan memberi ucapan..akak pun busy sgt2..tak sempat jln2 blog kwn2..nanti qada' balik lps ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...