Wednesday, February 10, 2010

Afiq di Hari Sukan

Salam mahabbah buat semua..


Entry kali ini dedikasi buat Afiq. 2 hari lepas, kami berpeluang menjenguk acara perasmian dan kejohanan sukan tahunan di sekolahnya. Walaupun baru di prasekolah, mereka turut mengambil bahagian dalam perarakan kontigen dan acara sukaneka yang dipertandingkan khusus untuk  murid prasekolah seperti bawa bola ping pong dalam sudu, lari junjung pundi kacang dan lain-lain.. kebanyakkan acara dalam kumpulan so semua dapat hadiah la..
 Dua hari berpanas di padang..'masak' kulit si Afiq ni..
 
 
Afiq tengah bersiap dgn bantuan gurunya

Afiq pula telah dipilih untuk memegang bunga manggar semasa perarakan kontigen prasekolahnya..Kelakar tengok Afiq memakai baju Melayu purple yang besar. Entah baju siapa agaknya. Cikgunya ada meminta saya menyediakan baju Melayu hijau untuknya.  Saya takde masalah sebab memang baju Melayunya ada sepasang bewarna hijau. Tapi saat akhir ditukar warna purple plak. Tu yang cikgu pinjam jer baju orang lain sebab Afiq takde  baju warna purple. 
Pahlawan kecil berbaju besar..
Gambar snap dr jauh jer...Afiq si pemegang bunga manggar..

Tengah berbaris untuk mengikuti acara yang dipertandingkan..
Nampak penat je anak ummi ni..

Acara suka bermula dari pagi tetapi saya sempat meluangkan masa menjenguknya di waktu petang. Abi plak sempat singgah on the way balik dari sekolah. Masa ni Ammar macam biasa la ketiduran dalam kereta.. nak kejutkan kesian plak...

Anak dan ayah yang banyak persamaan..

15 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam UA...

Memang nampak 'masak' kulit si Afiq tu... kesian Afiq, nasib baik dapat hadiah kalau tak teruklah ummu dan abi kena beli hadiah sebagai ganti..

Ummu Ammar said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Ammar said...

Nida..

Memang masak benar kulitnya..lg satu bila tinggal kt kawasan pantai ni..lama-lama makin gelap kulit dia berbanding dulu..takpe la anak lelaki..kalau anak perempuan kisah juga kan..

myQza said...

ensem afiq pakai baju melayu

mamawana said...

Afiq budak comel...

Nurul Izza said...

UA,

muka penat je afiq.. sian nampak tapi stil hensem.muka ala2 lelaki gitu (dah memang lelaki kan ;))

akak duk tganu area mana??

Ibuhani said...

Afiq nmpk kepenatan.....sian.K. ani suka tgk sukan budak2 kecik.....sbb nmpk comeii bila dia org lari2 :)

Nadiah Sidek said...

smart nampak afiq berbaju melayu walaupun agak besar..hehe..

nadiah ms sekolah rendah dulu suka join perarakan time sukan sekolah. acara sukan tak minat pulak nk join tapi terpaksa sbb cikgu suruh :p

Chik Na said...

mesti afiq keletihan after perarkan kontigen pra sekolah tu..comey je pakai baju melayu pink

Ummu Ammar said...

si TEDI,

Ensem ker? Bajunya menggelebeh jer..

mamawana..

Anak-anak akak pun comel gak..

Izza..

Akak kt Kuala Terengganu. Tp mencari rezeki di Setiu.

Ummu Ammar said...

Kak Ani..

Betul tu kak..Seronok tgk gelagat bdk2 ni..ada yg tersilap faham arahan la..tersilap lorong dan sbgnya..apa2 pun saya tabik pd cikgu2 yg menguruskan anak2 prasekolah ni..mmg kena sabar dan pandai guna psikologi anak2..

Nadiah..

Mesti Nadiah atlit plg comel kt padang time tu kut..

Ummu Ammar said...

Chik Na..

Memang penat..Tgk la rupanya tu..nak senyum pun malas..malam tu awal dia masuk tidur..

deena farhana said...

sweet je tgk anak kak ni...mcm tu la kalo zaman kanak-kanak..best sgt!

ummu said...

salam Ummu Ammar
Afiq memang nampak letih ngat gambar yg last,wajahnya macam ayahnya...akpe,Afiq seorang yang kental kan..

Ummu Ammar said...

deena..

Zaman kanak2 memang indah!

Qaseh..

Mmg letih sgt2..bayangkan la berdiri tgh panas dgn baju 2 lapis - satu bj Melayu bersamping dan kt dalam bj sukan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...