Monday, November 22, 2010

Teruskan Langkahmu..

Salam mesra,

Sejak seminggu lepas, kesihatan agak terganggu. Apatah lagi sibuk dengan sambutan Eidul Adha bersama keluarga. Blog ini terbiar sepi. Sekadar memandang kosong tanpa idea yang tidak kunjung tiba. Pun begitu, saya amat berterima kasih kerana pengunjung yang tetap hadir membaca coretan-coretan saya di blog ini. 

Entry kali ini juga sudah basi sebenarnya..tapi sebagai ibu, ia tetap catatan istimewa mengingati detik indah perjalanan seorang anak. Kalau entry sebelum ini dedikasi buat Afiq, kali ini pula catatan khas buat putera sulungku, Ammar. Terima kasih tak terhingga buat semua guru-guru SKBT yang telah mengajar dan mendidik Ammar selama ini. Jazakumullahi khairal jaza'..

 Terima kasih cikgu..


 
Bersama kawan2 yg comel..Ammar tersorok di belakang..

Catatan dari hati ummimu..

Teruskan langkahmu
Capailah impianmu
Luaskan ilmu dan pemikiranmu
Gapailah awanmu
Jangan lupa pada Tuhanmu
Kerana Dialah Yang Satu
Penentu kebahagiaan
Di dunia yang menipu
Dan di akhirat yang diburu
 

9 comments:

sekamar rindu said...

salam..

semoga anak-anak puan putera Afiq dan Ammar akan berjaya dgn cemerlang dlm pelajaran

Ummu Ammar said...

sekamar rindu> Ameen. Insya Allah. Moga generasi tuan pun sama..

yatie chomeyl said...

tahniah Ammar, harap2 cemerlang dunia & akhirat..amin :)

Anonymous said...

tahniah buat ammar...

Hamizah said...

hebat ammar..

Ummu Ammar said...

yatie, fa10 & Mizah > Syukran jazilan atas ucapan. Segala kelebihan itu semuanya dtg dari Allah. Sbg manusia, wajar disyukuri. Jauh sekali untuk menunjuk2 krn ada lg insan yg lbh hebat.Sekadar catatan utk tatapan anak2 bila mrk besar nanti..

Nadiah Sidek said...

tahniah ammar! moga terus cemerlang dunia akhirat..

Ummu Ammar said...

Nadiah > Syukran jazilan..

gift ideas for teenage boys said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...