Salam mesra..
Memaafkan bukan hanya untuk orang lain tapi sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri juga. Hanya orang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri. Bak kata, Mahatma Gandhi :
“The weak
can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”
Ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya
kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap
“dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri anda sendiri. Justeru, lupakan dendam kesumat yang sudah berdarah daging itu dengan satu ungkapan mudah..maaf!
كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ.
Setiap anak
Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang
yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.
Saya
teringat kisah Saidatina Fatimah Az Zahraa. Beliau pernah
secara tak sengaja mengecilkan hati Sayidina Ali k.w.. Untuk memohon maaf
kepada suaminya, Saidina Fatimah mengulangi maafnya sampai 70 kali hingga
tersenyum Saidina Ali menyaksikan kelucuan isterinya itu. Fatimah masih belum puas hati lalu keesokan
harinya beliau menceritakan kepada Rasulullah S.A.W hal itu. Rasulullah
memberitahu puterinya, seandainya Sayidina Ali tidak memaafkannya dan
ditaqdirkan Siti Fatimah wafat ketika itu, nescaya baginda tidak akan
memandikan jenazahnya. Begitulah tegasnya Rasulullah
S.A.W dalam masalah ini.
" Kemaafan Dendam Yang Terindah"
3 comments:
Salam kak UA..
sangat setuju dengan pernyataan ini... kemaafan dendam yang terindah... namun parut yang berbekas sukar diubati.. sekadar pandangan :)
Nida > Insya Allah. Parut yg berbekas akan hilang ditelan masa..dgn sifat redha, kesabaran dan kemaafan
Post a Comment