Friday, June 24, 2011

Ustazah Pilihan

Salam hujung minggu..

Saya ketawa lucu bila Ammar mencadangkan saya menghadiri ujibakat untuk Ustazah Pilihan, sebuah rancangan realiti terbaru ASTRO selepas Imam Muda. Beria benar dia menyuruh. "Mana boleh.., ummi tak cukup syarat la..ummi bukan muda lagi.." Jawab saya merujuk pada usia.

Ada yang bertanyakan pendapat saya tentang kesesuaian program ini. Secara jujurnya, saya tidak merasa senang dengan kewujudan program ini. Dalam masa yang sama, saya tidak menafikan peranan muslimah sebagai sayap kiri perjuangan dalam memperkembangkan dakwah Islam, namun ruangnya tidak  seluas seperti kaum muslimin. Ada batas yang perlu dijaga, ada fitnah yang perlu dihindarkan.



Saya tidak dapat mengjangka bagaimana konsep dan bentuk program yang bakal dilaksanakan ini, namun apa yang pasti ia tidak dapat lari dari menonjolkan peribadi dan personaliti  muslimah secara terbuka, memperagakan diri menjadi tontonan umum serta mempamerkan tabarruj, fesyen dan kecantikan. 

Penonton-penonton terutamanya lelaki akan lebih memperkatakan tentang kelembutan dan kecantikan peserta dalam Ustazah Pilihan sebagaimana gadis-gadis remaja duk memuja kekacakan Imam-Imam Muda tanpa mengambil intipati berfaedah dari program tersebut.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita-wanita... (Surah al-Imran, ayat 14)

Saya kongsi bersama pendapat al-fadhil Ustaz Azhar Idrus mengenai program ini :


Islam amat menjaga kehormatan dan darjat seorang muslimah kerana kedudukan mereka yang mulia di sisi agama. Ingatlah saudara-saudariku, kadang-kadang manusia rakus  melakukan apa sahaja demi mencapai populariti, kemahsyuran, kekayaan dan pulangan lumayan sehingga menjadikan agama sebagai percaturan.

Saya yakin ustazah pilihan yang benar-benar pandai menilai dan memilih tidak sesekali akan menyertai program ini kerana mereka memahami erti sebenar kehormatan muslimah sejati dan tuntutan agama itu sendiri. Sematkanlah dalam dada sabda Rasulullah SAW :

” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki 
daripada (fitnah) wanita.”
[ Hadis Riwayat Bukhari]

17 comments:

❤‌Princess Nabilah ❤‌ said...

betul tu ustazah saya setuju....
kalau lah wanita itu menunjukkan dirinya rasanya pasti ramai yg sgt2 nk memuja2 spt imam muda lah sampai ada yang terlalu taksub sgt2..ishk3....ssh lau org perempuan jadi seperti dlm program2 mcm nie...tkut byk gosip dan pelbagai tohmahan xsedap utk agama nanti ...

Ummu Ammar said...

Nabilah..

Betul tu. Sedangkan lelaki pun sudah mampu mengundahkan hati perempuan..apatah lagi perempuan yang merupakan sumber fitnah utama terutamanya pada hati-hati manusia yang punyai "penyakit". pelbagai cara boleh digunakan utk melahirkan pelapis dakwah wanita tapi bukan secara program realiti.

Zefa NorAsmara said...

Ummu Ammmar, isu ini pernah saya bincangkan bersama suami beberapa hari yg lepas. Benar, sy sependapat dgn ummu ammar.. tulisan anda juga buat sy bermuhasabah diri. Terima kasih..

Zaid Akhtar said...

semua nak direalitiTVkan.
memang haru akhir zaman ni. Ustazah Pilihan akan bersaing dengan Solehah.

apapun, kak pah muda lagi ...
:-)

Nadiah Sidek said...

oh, ada pulak ye rancangan ustazah pilihan? nadiah tahu psl rancangan imam muda pun dari FB/blog kwn2..hihi..

Call me Neph said...

tidak dapat dinafikan..memg benar, remaja sekarang terpengaruh dengan wajah daripada memanfaatkan apa faedah yang ingin disampaikan oleh penerbitan iman muda atau sebagainya.

realitinya begitu. dalam facebook beberapa minggu yang lepas terpengaruh dengan watak seth Tan lakonan Aoran Aziz.Habis semua gadis nak tengok drama itu.Idola mereka kot?
macam macam dunia sekarang

Hamizah said...

hmmm..makin ramailah ustz rosak nanti..xteringinko pah?hehe

Makbonda said...

Assalamualaikum Ummu Amar.

Bila calon-calonnya nanti akan beraksi d khalayak ramai dengan segala feshen dan tabarrujnya maka beransur-ansurlah menyusut rasa malu dalam dirinya.

ibuaiman said...

Tengok kepada niat si penganjur tak kira untuk program Imam Muda atau Ustazah pilihan, adakah program ini benar-benar sebagai jalan untuk mendidik masyarakat atau semata-mata demi keuntungan. Segala amalan bergantung kepada niat...

Wallahua'lam...

Ummu Ammar said...

Zaid Akhtar..

Betul tu. Lepas ni apa pulak yang nak direalitiTVkan agaknya..

p/s: memang muda pun...hehehe

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Ustazah Pilihan tengah rancak dgn promosi dan ujibakat sekarang. Agaknya, bersiaran lepas Imam Muda 2.

Ummu Ammar said...

Call me Neph..

Seth Tan? Memang jadi fenomena. Nasib baik dah habis. Kalau tidak, ramailah yang tak khusyuk Solat Maghrib. Atau mungkin ponteng solat terus. Mana tau, kan?

Ummu Ammar said...

Hamizah..

Cukuplah jadi "ustazah pilihan" di sekolah je..hehehe

Ummu Ammar said...

Zefa NorAsmara..

Terima kasih atas catatan anda. Sama-sama kita bermuhasabah diri. Moga hidup ini lebih beerti.

Ummu Ammar said...

Makbonda..

Betul tu. Rasulullah ada bersabda :Apabila kamu tidak malu maka lakukan apa yang kamu suka.’ “ [Riwayat Bukhari

Ummu Ammar said...

ibuaiman..

Penganjur semestinya mengejar keuntungan dan pulangan semata. Nilai komersil tetap diutamakan. Namun, tidak semua perkara sesuai direalitiTVkan.

Nini Hartini said...

sangat bersetuju dgn pandangan akak. ianya akn menimbulkan fitnah. sy melihat ustzh pilihan sama spt program gadis melayu. bezanya kali ini, peserta akn berckp soal agama. andaikata mereka tidak di makeup, tdk bertabarruj sekalipun, ttp mereka akn ttp menjadi tontonan lelaki yg mungkin akan sakit kerana jatuh cinta.

Heart In A Cage
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...