Tuesday, November 09, 2010

Teruslah Melangkah..

Salam mesra..

Maaf lama tidak bersiaran. Sesi persekolahan 2010 akan berakhir minggu depan. Jika anda seorang guru, anda akan pasti memahami kesibukan menyiapkan tugas-tugas akhir tahun. Tugas rutin yang perlu disiap dan didokumentasikan sebelum sesi baru 2011. 

Hari ini di celah kesibukan, saya cuba menghadirkan diri ke Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Saujana setelah menerima jemputan dari pihak sekolah dan SMS dari guru kelas Prasekolah Al Ikhlas, Cikgu Ayu. Justeru, entry ini khusus buat si manja saya, Afiq. Saat ini mungkin dia belum mengerti akan tujuan catatan ini. Mungkin suatu hari hari ,dia akan memahami betapa saya menghargai setiap detik manis dalam tempoh dia membesar. Syukur padaMu ya Allah.

Menunggu giliran bersama teman-teman

 
Menerima hadiah


Senyum bangga bersama ucap syukur
Menjanji bahagia hati seorang ibu 
Moga langkah pertama ini
Menjadi perintis kecemerlangan hidupmu
Dalam menggapai cinta & redhaNya
Teruslah melangkah sayang..
Doa dan kasih ummi sentiasa mengiringi..

6 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
TOLONG SAMPAIKAN SALAM DAN TAHNIAH LF KEPADA AFIQ.

Bintun Sazali said...

anak2 kecil memang comel..huhu..
tahniah ustzah, atas kecemerlangan anak. Saya doakan Ustazah n keluarga bahagia dan sihat wal afiat sentiasa di bwh lindungan rahmat Allah..amin!..:)

Raja Beloot said...

Tahniah AfiQ...Smg terooos majooo jaya. Doa dr Abg Aiman, Ciknab dan Cikmat !

Ummu Ammar said...

YB Dato'@LF>Terima kasih atas ucapan tahniah..moga Afiq akan berjaya dalam hidup seperti Dato' juga..Ameen.

Ummu Ammar said...

Nadiah > Syukran atas doamu..Moga Nadiah juga cemerlang, bahagia dunia dan akhirat...Insya Allah

Ummu Ammar said...

ChikMat > Terima kasih..Salam buat ChikNab dan abg Miman...tak sabar nak jumpa korang cuti sek ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...