Salam mesra buat semua..
Wajahnya comel. Berkening lebat dan rambutnya tiga urat. Gelagatnya mencuit hati dan kadang kala sangat menjelikkan.
Inilah dia Hagemaru. Hagemaru merupakan anak tunggal kepada Hagezo dan
Tsuruko. Dia ialah seorang pelajar gred 4 di sekolah rendah. Watak
Hagemaru digambarkan dengan sifat kedekutnya. Malah mama dan papanya turut mempunyai sifat kedekut yang melampau.
Dalam babak-babak
tertentu, kelihatan Hagemaru lewat ke sekolah dan sering dimarahi guru
kelasnya, Cikgu Sakura. Hagemaru
dilihat sebagai tidak tahu membaca dan selalu ketinggalan dalam akademiknya . kerana sering mendapat markah
‘0′ dalam setiap ujian yang mana ia menghampakan guru kelasnya itu.Hagemaru juga dilihat sebagai seorang yang suka menipu dan memperdayakan orang lain.
Sebenarnya, anime Hagemaru diadaptasi dari sebuah mangga sekitar tahun 1985-1986. Manga ini mendapat sambutan yang hangat
di seluruh pelusuk Jepun. Dengan popularitinya, sebuah anime telah
diterbitkan oleh studio animasi Shin’ei Doga pada 1988.
Siri televisyen
yang mengandungi 59 episod itu turut mendapat sambutan yang hangat, dan
atas popularitinya sebuah permainan turut dicipta bagi warna Game Boy.
Sejak daripada itu, Tsurupika Hagemaru disiarkan di seluruh dunia
terutamanya di India melalui Pogo TV.
Di Malaysia, Hagemaru cukup terkenal di kalangan kanak-kanak kerana disiarkan hampir setiap hari di saluran 611 Astro Ceria. Termasuklah anak-anak saya.
Dulu masa anime ni mula-mula keluar kat TV, saya lihat anak-anak cukup suka dengan cerita anime yang satu ini. Siap gelak-gelak lagi. Saya turut menganalisis watak Hagemaru, papa dan mamanya. Bohonglah kalau saya kata saya tidak terhibur mahupun ketawa dengan kelucuan mereka.
Lepas duk perhati watak Hagemaru ni, saya selalu terangkan pada anak-anak saya Hagemaru bukan contoh yang baik untuk anak-anak teladani. Kerana secara sedar atau tidak ,watak kedekut, pentingkan diri
sendiri, malas belajar, tidak bersopan, bercakap bohong dan sebagainya yang dimainkan
oleh Hagemaru boleh mempengaruhi jiwa anak-anak yang masih kecil..
22 comments:
betul tu....selain hagemaru ni, ada satu lg watak yg x berapa bagus utk anak2 tp sgt3 popular: SINCHAN.....kalau ia dianggap sebg hiburan x per jugak. Tp takut si anak2 akan meniru jer kelakuan watak2 ni........nauzubillah....
dulu animasi jg pernah mnjadi pujaan Danish & Ummi jg..tp betullah sambil menghiburkan hati kita kena jelaskan perkara baik& buruk
bak kata saifulislam
'abi dinosur, ummi??" aih llupa dah ayatnye mcm ne..
nak cite..apa yg abu saif tulis dalam buku dia tu (iza bc dalam majalah anis) mmg ada benarnya..anak2 skg role modelnya kartun.ekeke..
macam mama suka sgt sinchan..even muka buruk sikit tapi sememangnya lawak, lucu dan menghiburkan hati.tapi jika dilihat oleh anak2..tipula kalau mereka tidak suka..
moral: ssh zaman skg nak bentuk dan didik anak2..zaman serba canggih =(
1st time dengar pasal hagemaru :p
pernah gak tengok sekali lalu kt astro ceria tu,tp xtau lak karakter dia mcm tu..bdk2 skrg ni cpt meniru apa yg dia nmpk..harap kartun ni sekadar hiburan je la :)
lagi satu kartun yang chik na tak galakkan anak anak tengok ialah Doremon...sebab Nobita & the geng pun mempunyai sifat sifat yg kurang baik untuk dicontohi
yup! hegamaru mmg x sesuai di tonton kanak2
salam ummu...
akk sendiri tak suka bila anak2 tgk hagemaru bukan apa byk buruk dr baiknya..sincan pun sama kekadang ada unsur luncah..rasanya kalau anak2 tak tgk pun tiadak menjadi suatu kerugiaan...
Kak Ani.
Rasanya Sinchan lebih teruk dr Hagemaru..begitu juga Doraemon..Kdg2 ada unsur lucah dan sensitiviti akidah..
Hamizah..
betul tu..ibubapa kena monitor cerita2 yg anak2 tgk dan explain apa yg betul dan apa yg salah..
Izza..
Memang terasa cabarannya..anak2 murid kt sekolah pun apa kurangnya..Ibubapa perlu ada kekuatan ilmu, agama dan peribadi yg kukuh supaya dpt menangani cabaran mendidik anak masakini..
Salam UA..
Banyak sangat sekarang ni cerita yg tak bermoral berbanding yang bermoral :(
Nadiah..
Kalau duk Malaysia, mesti nadiah tahu..sgt glamer, kt Astro Ceria..dalam satu hari 2-3 kali ulangan..
Hanna..
Betul tu..budak2 sekarang mmg cepat meniru..lagu2 cerita animasi Jepun pun dia boleh ingat dgn baik..
Chik Na..
Setuju. Budaya membuli dlm Doraemon tak elok utk anak2..
si TEDI,
Betul tu.Memang tak sesuai..
katun ni suke terjelir lidah dia kan ??
sy dan anak2 pun jarang tengok..xminat sgt pun..katun2 ni depa byk tgk DVD yg kami laki bini beli .. :)
Nida..
Setuju sgt. Ibubapa kena pantau apa yg anak2 tonton di kaca Tv atau internet.
Ummu Hanie,
Yup! Hagemaru mmg suka jelir lidah...bagus la kalau beli sendiri, maksudnya dah lulus penafisan ibubapa dulu kan..
oo..patut la nadiah tak tau..kat astro rupanya. masa kat malaysia nadiah tak langgan astro..hihi..
Nak tengok tak salah tp kena bagitau anak2 nilai2 yg sepatutnya diikuti...naluri anak2 selalunya yg kita tak bagi tu la yg naikkan rasa ingin tau mereka...selalunya azi bagi jer dia org tengok ..tp just tengok for fun.....bantu depa fikir2 dan ambil contoh yg elok....he
Salam UA..
Risau rancangan tv di sini.. terlalu banyak adegan ranjang yang memualkan... anak2 terpaksa tutup mata bila lihat 18sx ni.. yang lucunya anak kedua Nida bertanya "Kenapa kalau tengok tv kat sini kena tutup mata je, kalau kat Malaysia tak pun"...hehe
Nadiah..
Asalnya dulu beli astro sbb suami suka chanel news dan sport..tp sejak ada astro ceria ni..ishhh..kena buat jadual la plak..
Azi..
Setuju sgt..bila larang2 diaorg..lain plak jadinya. Tp saya biasanya kalo kt rumah tetapkan waktu menonton diaorg sblh ptg jer..kdg2 duk sama2 dgn mrk dan bincang psl watak2 kartun tu..yg mana elok dan mana tak..
Nida..
Camtu ke? Bg org2 sana itu semua benda biasa jer kan? Kalau mcm tu tak payah tgk TV la..online jer..huhuhu
Hagemaru!!atau nenek saya menggelarnya 'Haji Maru'.hehe.
dulu sebelum saya terbang ke sini,selalu gaduh dengan adik sepupu saya pasal kartun ni.saya nak tengok bola tapi dia sebok nak tengok si 'hajimaru' ni.sampai nangis-nangis dia.hehe.menyampah pulak saya dengan kartun ni..
tapi bila dah kat sini,rindu pulak saya watak kartun tersebut.rindu juga gelak tawa adik sepupu saye tu..huhu
ah..rindunya
Helmy..
Ahlan wasahlan..
Situasi awk ni sama mcm situasi suami saya dan anak2..kaki bola vs kaki kartun..ummi dia plak yg kena jd pengadil..
Rindu ye..biasalah kalo duk jauh dr family..benda2 yg kecil2 pun kita boleh rindu sgt2..dr situ kita belajar menghargai..
Post a Comment