Sunday, February 14, 2010

Ada Apa Di Kota Bharu?

 

Salam mesra buat semua..

Cuti Tahun Baru China kali ini saya dapat cuti seminggu..maklumlah hari tu dah berganti hari persekolahan dua kali Sabtu. Destinasi pilihan kami sekeluarga ke Kota Bharu. Idea kakak ipar saya. Kota Bharu?

Apa yang uniknya di Kota Bahru ni. Macam ada aura tersendiri. Apa tidaknya..biasa kalau hujung minggu jalan arah ke Kota Bharu agak sesak dengan deretan kereta. ( Saya tinggal di laluan alternatif Kuala Terengganu - Kota Bahru atau dikenali sebagai jalan pantai ). Rata-ratanya menuju arah KB dan kebanyakannya berplat kereta dari Pantai Barat.

Ada apa dengan Kota Bharu? Mungkin pada keramahan dan bahasa budi penduduknya. Atau mungkin juga pada keindahan lanskap alam semulajadi. 

Sudah pasti pada keenakan makanan tradisi seperti nasi kerabu, nasi tumpang, laksam atau solok lada? Pernah dengar makanan seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Di sebalik nama yang pelik itu, kata orang rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Nak kena cuba ni..

Makanan tradisi, tahi itik.

Sudah tentu kerana Kelantan syurga membeli belah idaman semua dengan harga barangan yang jauh lebih murah. Sebut sahaja nama Pasar Besar Siti Khadijah, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Wakaf Che Yeh dan lain-lain pastinya berkunjung ke sana satu kenangan amat manis walaupun duit di poket turut surut..

Pada saya, uniknya Kota Bharu dan Kelantan pada biaah ( suasana ) Islamiah yang ada di situ. Hatta pada papan iklan di tepi-tepi jalan sekalipun. Kuliah agama bertali arus di masjid-masjid dan surau. Menggamit pendengar berteleku menginsafi diri. Saya teringat sahabat saya, orang Penang.  Mengambil peluang berkhidmat di Besut, rutinnya setiap hujung minggu menghadirkan diri untuk membasuh jiwa di kuliah Tok Guru. Mana nak cari kat Penang? Tak dapat..katanya!

Esok saya akan bertamu di Kota Bharu, bandar Islamik.  Moga meninggalkan banyak momen indah untuk dikenang. Jua pengalaman untuk dihayati dan diadaptasi dalam kehidupan. Harap-harap poket saya kekal penuh esok..boleh caya ke ni?

22 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Seronok melihat budaya orang Kelantan. Ramai orang Melayu yang berniaga, dah yg paling best barang-barang sana amat murah (terutama tudung2)

deena farhana said...

salam kak..

sy pernah gi kelantan, ya Allah...rasa rindu sgt nak gi lagi.

lgpun hrtu xsempat gi wakaf che yeh :(

nti nak gi lagiii...

Hamizah said...

waaa..rindu hati ini dah tak tertahan..kb, wait for me..

Nurul Izza said...

salam UA:

iza tak selalu g wakaf che yeh.sekali kot g sm adik2.pasar lama MPKB lagi byk baju dan tudung.murah pun leh tahan.pandai tawar, lehla dpt murah

tahi itik tu tak manis ke? iza mmg xsuka makanan manis.esp jala mas.ms tunang ke kawin lupa da..hantaran mama bg puding raja (ada jala mas berselang seli dgn ..adeii lupa daa)..

kata mertua..tak ada siapa nk makan sebab manis sgt.=)

kata mertua dai pon suka dtg..sebab banyak perniagaan drpd bangsa melayu =))

Nadiah Sidek said...

nadiah pun suka la gi KB. dulu mak long nadiah duduk di besut..kalau gi sana dgn mak ayah, mesti kami gi KB. tapi skrg dah pindah blk ke KL la..

ingatkan bila kawin dgn ore kelate, dpt la selalu gi KB...sekali rupanya tak...! sbb kuala krai jauh dr KB..huhu..

Helmy said...

Kota Bharu memang nostalgik..

Walaupun hanya sebulan setengah bermastautin kat sana,namun saya dapat merasai keunikannya.Sempat juga dua tiga kali 'duduk di tepi-tepi kedai' bersama-sama masyarakat di sana mengutip mutiara ilmu daripada tuan guru.

Bundle Wakaf Che Yeh dan KB Mall,tempat saya 'lepak-lepak' bersama kawan-kawan memang banyak meninggalkan kenangan.Paling tak boleh lupa,jumpa 'Maya Karin solehah' kat sana..

Namun akhirnya,kembali semula ke SMKA Segamat dan berjumpa kembali ustazah..hehe(segan)

Semoga senantiasa di bawah kepimpinan ulamak...

Chik Na said...

chik na ni org kelate tapi tak pernah dengar la plak kuih cik abg guling, kuih kartun dan abang balik gelisah, macam mana la rupanya..maybe chik na panggil nama lain kut..

Anonymous said...

Cik Abg guling? Abang balik gelisah? x pernah dengar lg... tiba2 la rasa nak makan kuih2 tradisional ni.... kartun oh kartun

gyan MD said...

salam..

bila d jangka sampai sini. hallo.. hallo.. la yer.. kalau perlukan ape2 bantuan. & mana2 yg leh org tmptn ni leh tulung..

tapi paling best kalau leh ada di kb, hari jumaat, seawal 8 pagi.. leh tengok suasana yg rasanya tiada di tempat lain d 1malaysia nih.. ie Tuan Guru Menteri Besar sendiri bagi kuliah agama.. jam 9.30~10.30pg di dataran ilmu. time tu.. fuhh.. ramainya org mndengar & ramainya org berniaga. penuhhh!!.. nak best lg, hari khamis mlm jumaat tu stay d hotel ansar sbb dpn hotel tu jer Tn Guru adakan kuliah jumaatnya.

selamat berkunjung ke negeri che siti wan kembang.. negeri serendah sekebun bunga.

Ummu Ammar said...

Nida..
Betul tu..mmg murah!Rambang mata dibuatnya..

deena..

Kalau nak pg kena planning masa yg sesuai..akak dh silap timing..sesak KB dek cuti CNY..jln jam berkm2 dan hotel2 penuh!

Ummu Ammar said...

Mizah..

Sabar ye..KB pun dah rindu kt awak tu..

Izza..

Biasanya org kelantan lg tau tmpt2 yg lbh murah kan..mcm kt Trg..selalu org pg Pasar Payang..tp bg kami kt situ mmg mahal harganya berbanding di tmpt2 lain..

Hmm..org Kelantan trkenal dgn mknan yg manis2 kan..mcm org2 nya la..manis2 gitu..mcm dik Izza kite ni..

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Nanti ajak cik abang duduk KB..

Helmy..

Baca coretan ni nmpaknya mcm Helmy dah jatuh cinta jer dgn KB..tapi dulu knp elok2 kt UM Nilam Puri pulang semula ke Segamat? Persoalan yg msh bermain di fikiran uzh sampai skrg..huhuhu.

Ummu Ammar said...

Chik Na..

Saya pun tak pasti..saya pernah baca dalam paper dan kt internet pun ada gak..unik nama2 mknan ni..

fa10..

Mmg unik nama2 makanan Kelantan kan..mesti pencipta makanan tu dedicated nama2 tu utk suami2 mrk agaknya..

Teringin nak mkn makanan tradisi..? kena buat sendiri la agaknya..ataupun meh blk Malaysia..

Ummu Ammar said...

myself..

Saya dah pulang dr KB hr yg sama..tak bleh bermalam sbb hotel2 penuh..perjalanan K Trg - Rantau Panjang sepatutnya 4jam jd 6jam sbb jam..mmg dashyat la KB..

Kalau saya tahu nk jd macam ni..bleh ajak family berkampung kt umah myself jer..hihihi..

Cuma bleh tolong explain tak..betul ker makanan2 yg unik nama2nya tu ada kt Kelantan..kt mana nak cari..?

Ummu Ammar said...

myself..

Lg satu pasal kuliah Tok Guru tu..kwn saya org Penang tu selalu cerita mmg ramai yg datang mendengar kuliah Tuan Guru..sgt terpesona dgn suasana dan impaknya..dia sanggup ke sana tiap2 mggu, booking hotel bdekatan dan bermlm kt sana..

Kalau ada kesempatan..teringin turut sama la..

mamaarifakeemaisy said...

memang teringin sangat nak ke kelantan ni..last g masa zaman sekolah rendah..skrg ni mesti lg macam2 ada..^_^

gyan MD said...

salam..

nak numpang d umah myself..? no prob nyer.. tp kena bawa khemah la.. kite sama2 camping d laman rumah.. sbb umah myself kecik jer.. hehehe..

tentang nama kueh2 tu.. nama selain Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling ni x pernah laks myself dengar sepanjang 38thn myself idup.. mungkin kita org panggil dgn nama laen kot.. :-)

ttg kuliah jumaat tu.. kalau ada kelapangan mai la dtg sini.. bestt sgt2. kalau nak best lg, sama2 solat subuh di masjid pulau melaka; sbelah umah Tuan Guru.. then pg tu gak.. lps selesai solat ramai yg akan bg baby yg baru lahir utk Tok Guru Nik Abd Aziz doakan, 'belah mulut' & gunting rambut baby.. suatu majlis yg ringkas.. tapi.. tiada ditempat lain.

tu lah antara bnyk lg perkara laen.. tp .. apa ada di kota bharu.. kan?

Ummu Ammar said...

mamalieyna..

Sekarang dah jauh bezanya.pesat membangun..thn lps saya ke sana stlh bertahun2 tdk menjejakinya..mmg ketara perubahan KB..

myself..

Amboi..tauke jam pun umah kecik ker?

Mcm2 kt kelantan kan..unik dan tersendiri - mana nak cari kt negeri lain kt Malaysia ni..

Ayat last sekali tu mcm berjauh hati jer..tjk entry saya tu sbnrnya nk mengcungkil kehebatan KB bknnya nk merendahkannya tau...

mamawana said...

Rindunyerrr...lama tak g Kelantan

gyan MD said...

ummu ammar

sajer jer boh ayat tu kat akhir tu, penyedap bicara.. hehehe

nanti laen kali nak dtg, bgtau k..

p/s ; myself bukan tauke jam tau.. hehehe
myself pun lama x g trg.. rindu kat kopok losong

Ummu Ammar said...

mamawana..

Nanti ajak family pergi ek..br hilang rindu tu..

myself..

Mai la Trg..saya memang anak jati Losong pun..bleh belanja mkn kopok..

Nurul Izza said...

UA: tryla ke kb jumaat pagi..insyaAllah ketenangan meresap seluruh nadi..betull..boleh rasakan aura tok guru..sebab jalan off-peniaga amik kesempatan, smbil jual sambil dgr ceramah..ada yg makcik2 bw hasil dr kebun utk menjual..even sikit n kecik..ada je tmpt dia mencelah nk dgr tok guru..best!!

oh rindu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...