Tuesday, February 02, 2010

My Potato Salad


Salam mesra buat semua..

Sehari dua ni saya agak busy dengan tugas-tugas kat sekolah sampai makan pun tak sempat. Bila petang , perut pun dah tak ingin nak terima nasi dah. So, saya buatkan potato salad untuk minum petang. Resepi yang sangat simple. Kegemaran suami dan Ammar. Afiq tak suka sangat. Katanya.." Mayonis menggemukkan.." Amboi! Macam perli ummi jer..Ummi tak kisah la..sekali-sekala nak juga makan makanan macam ni. Lagipun, macam salad ni, makan sikit pun dah mengenyangkan..

Sebenarnya potato salad ni banyak versi - ada yang letak telur rebus, sayur campur, tuna, lada capsicum, serbuk kari dan sebagainya..tapi saya suka cara yang simple dan sedap..resepi potato salad ni mudah je..

BAHAN-BAHAN:
7 biji ubi kentang ( buang kulit,dipotong dadu, rebus dengan sedikit garam sampai empuk)
1 labu bawang besar (dimayang halus)
Mayonis biasa
Sedikit perahan lemon
Serbuk lada hitam/lada sulah

CARA MENYEDIAKAN:
Setelah ubi kentang diproses. Angkat dan toskan. Gaulkan ubi kentang bersama bawang besar, mayonis, perahan lemon sehingga rata. Taburkan sedikit serbuk lada hitam atau lada sulah. Kalau nak sejuk, masukkan dalam peti ais sebelum dinikmati.

Selamat mencuba!

18 comments:

fa10 said...

kami pun suka sgt makanan berasakan kentang ni.... cuba buat baked potato, mesti your hubby suka

Ummu Ammar said...

fa10..

Hmmm..interesting!Tak pernah buat lg..nanti nak cuba la..

Nida said...

Salam UA..

Dulu Nida tak berapa pandai nak makan makanan ni.. tapi bila dah jauh ni, terpandai pulak..hehe.

Lagipun harga kentang di sini amat murah, tu yang asyik duk pulun tu je..

NURUL IZZA said...

salam UA,

tak berangin eh? iza ni asyik angin je.. makan apapun angin..tekan sikit belakang mesti duk sendawa kuat. hish malu je..

iza potato ni slalu buat yang mashed tu..sedap makan bersama mushroom soup.duk msia g kfc je.mai sini sbb nk makan gobek jugak resepi.jdla jugak dr xjadi.ekekek

Nadiah Sidek said...

nadiah tak makan salad sebab tak makan mayonis. hehe. yang sebenarnya memang banyak yang nadiah tak makan :D

Ibuhani said...

nak buat jugak nanti.....sbb anak2 suka makan ni :)

jue-anna fauzie said...

bolehle cuba dah lama nak belajar buat tapi tak tahu nak buat mcm mana..thanks sudi kongsi resepi

mamalieyna said...

waah ada resepi simple la..leh try ni...mesti lazaaaaat kan! ^_^ si kecik pun boleh sama merasa ni..

Ummu Ammar said...

Nida..

Akak dulu pun tak suka sgt..tp sbb suami suka, berjangkit kt kita..

Izza,

Akak berangin juga..tp bukan selalu. Kena sekali, melepek la jawabnya!

Ummu Ammar said...

Nadiah..

OOooo..gitu rupanya..patutlah slim sentiasa..akak ni semua makan..

Kak Ani..

Buat jangan tak buat..silap haribulan..yg Kak Ani buat lebih sedap dari yg ada kt Kenny Roger's tu..

Ummu Ammar said...

Anna..

Selamat mencuba..mesti Anna buat lg sedap!

Mamalieyna..

Sesuai ganti nasi..tp xleh makan banyak2..Arif bun bleh makan ni..tp kalo buat mashed potato mesti dia suka..

yatie chomeyl said...

sodappp nih,leh try la bila2 ada potato kat umah nanti hehe

ibunafis said...

w/pun simple tp xpnah buat..must try nnt,thanx akak kongsi resepi ni,nmpak sedap la..

Ummu Ammar said...

Yatie..

Try la yer..senang jer ni..Baby SN mesti suka..

ibunafis..

Cuba yer..kalau ibunafis buat mesti lg sedap..

Nadiah Sidek said...

nadiah ni picky eater kak..hehe..

Nida said...

Kak.. kalau ada petua nak buat ala2 'potato wedges' perturunkanlah ilmu akak tu ye..hehe

Ummu Ammar said...

Nadiah...

Senang la nak jaga Nadiah ni...

Nida..

Segan la..akak ni bkn pakar sgt..tp suka mencuba..

Insya Allah..kalo ada masa..akak buat dan post kt blog ni..k?

teenage party games said...

My nan makes a potato salad, she is away at the moment else i would ask her, but she uses cream, potatos and vinegar. anyone know anything about this? i would love to know how to make it.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...