Sunday, April 08, 2012

Damai Nan Indah


Pagi Jumaat yang tenang, bermula agenda kami di pasar minggu Penarik, membeli sedikit keperluan dapur dan melayan selera dengan membeli sarapan pilihan masing-masing. Pantai Rhu Sepuloh yang tenang dan damai, kami jejaki setelah sekian lama. Hampir berbulan rasanya tidak beraktiviti di sini. 

Bersarapan dan bersantai dengan wajah-wajah kesayanganku sambil ditemani panorama pantai yang tenang, sungguh mendamaikan. Tidak mampu untuk saya manifestasikan perasaan dan ketenangan yang dirasa. Syukur pada Allah atas kesulitan dan kesibukan yang kian reda bahangnya, memberi ruang untuk saya bernafas penuh lega. Alhamdulillah.

Seterusnya..biar gambar pula yang bercerita..:)) 

Sepi & damai

Nasi kerabu : Simple & sedap

Peminat tegar ayam goreng

Suka gambar ini ~ Sungguh mendamaikan jiwa..

Buat rakan-rakan semua..selamat berhujung minggu bersama keluarga anda.  
Semoga bahagia.


6 comments:

Norsalmi said...

Cantik gambar yang last tu.. Amat mendamaikan jiwa.. Dah lama akak tak ke pantai. Maklum daerah akak ni x berpantai. Ada bukit2 je..

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum harap sihat hendaknya...salam ricu di angin lalu...:-) medamaikan tenang rasa di jiwa menatap gbr2 ni...lamanya rasa x kesana....rindu kat angin, ombak ...pantai....

Nadiah Sidek said...

seronoknya berkelah. nadiah dah lama tak pergi pantai..uhuk!

Ummu Ammar said...

Kak Norsalmi,
Sekali sekala kena bercuti ke kawasan berpantai ye. Hilang tekanan bila tengok lukisan alam ciptaanNya yang sungguh cantik.

Ummu Ammar said...

Kak Sheila,
Salam rindumu diterima dengan hati berbunga. Angin, ombak dan pantai..satu lagi lukisan langit..adalah elemen pantai yang sukar dilupakan...pergilah bercuti ye kak..

Ummu Ammar said...

Nadiah,
Jangan sedih2.Nanti bila balik Malaysia, boleh lepaskan rindu sepuas-puasnya pada pantai.:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...