Sunday, July 18, 2010

Pilihanku, Impianku, Harapanku

Salam mesra buat semua...

Hujung minggu yang padat. Mungkin meletihkan kerana ia adalah detik-detik permulaan fasa baru saya apabila kembali ke dunia kampus.  Hari Khamis selepas sekolah, saya bergegas menghadiri kelas di K.Trg yang bermula jam 4-7mlm,  bersambung lagi jam 8-11malam. Pagi Jumaat pula kelas bermula jam 9 - 12 tengahari. Begitulah rutin  hujung mingguku yang baru setiap 2-3 kali dalam sebulan.

Seketika menjenguk ayah di KT, selepas Solat Jumaat, saya bergegas pulang ke Setiu kerana ada komitmen dan tugas yang perlu dilaksanakan di Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform sekolahku di Tapak Perkhemahan Ulu Kekabu sampailah jam 1.00 tghari semalam. Penat memang terasa. Sokongan dan pertolongan suami sangat beerti buatku, mengurangkan beban rasa dan tenaga yang ditanggung. Syukran ya habibi!


Sebenarnya Impian sudah lama tersimpan untuk sambung belajar lagi, cuma bila anak-anak masih kecil dan kerjaya yang baru bermula.  Hasrat itu terkubur begitu sahaja. Alhamdulillah, hati terbuka kembali bila mengetahui UUM akan memulakan kelas  part time Sarjana Pendidikan buat insan pendidik dengan kerjasama IPG Kampus Dato' Razali di K.Trg.  Syukur akhirnya Allah permudahkan urusanku untuk kembali menuntut ilmu walaupun mengalami beberapa masalah peringkat awalnya..

Memilih Sarjana Pendidikan dalam bidang Teknologi Pendidikan ( Instructional Technology ) mungkin agak lari dari bidang pengkhususanku semasa di Mesir dulu. Bukan untuk beralih arah, cuma mencuba dan mendalami bidang berbeza. Berbanding 3 course lain yang ditawarkan seperti Kurikulum, Psikologi Pendidikan, Pengurusan Dalam Pendidikan, hati saya lebih melekat pada Teknologi Dalam Pendidikan. Bukan ada sijil atau diploma dalam ICT pun, cuma minat yang berputik sejak zaman persekolahan menjadi pencetus untuk mendalami bidang ini di samping pengetahuan  yang ada sikit-sikit tentang ICT lewat kursus2 yang dianjurkan di sekolah dan penerokaan sendiri dalam mendalami ilmu ICT ni.... 

Kali pertama menghadiri kelas, berbagai perasaan bersarang dalam diriku. Seronok, teruja, bimbang, takut dan macam-macam lagilah. Bimbang andai bidang ini terlalu besar buat saya yang kurang pakar ni..Takut jika saya tidak mampu mengharungi hingga ke akhirnya. Namun, mengundur bukan pilihan kerana saya berazam untuk meneruskannya hingga ke titik akhir.

Semasa sessi taaruf dengan Prof dan rakan-rakan sekelas, banyak yang menyuntik semangat saya. Satu : Rakan-rakan pendidik yang lebih senior begitu bermotivasi untuk belajar kembali. Dua : Komen Prof Dr Jelani bila mengetahui saya dari bidang agama : Ustaz dan ustazah juga perlu menonjol dalam bidang ICT kerana keperluannya dalam memantapkan pengajaran dan menarik minat pelajar dlm subjek Pendidikan Islam dan B. Arab..

Semoga Allah permudahkan segala urusanku sepanjang tempoh pengajianku ini. Bukan title, pangkat mahupun nama yang menjadi matlamatku. Hanya ilmu dan kemahiran yang menjadi dambaan,  guna pakai dalam mendidik dan berdakwah. Insya Allah

11 comments:

ibunoor said...

Salam UA,

Alhamdulillah...samalah kita...perjuangan untuk sarjana... Yang bezanya, saya mengambil secara sepenuh masa. InsyaAllah moga diberi kekuatan untuk menyumbang kepada Islam deen terunggulini insyaAllah...

Hamizah said...

salam Pah,
tahniah..ada lg smangat nak blajar..saya pun igt smbg juga bila dah blk nanti..brapa byr yuran?

Zaid Akhtar said...

kak lat,
tahniah.

saya pun nak menyambung studi lagi hujung tahun ini. insya-Allah.

Ummu Ammar said...

Ibunoor > Mesti lg mantap sbb full time kan? Selamat maju jaya, semoga usaha kita mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat..

Ummu Ammar said...

Mizah > Tuntutlah ilmu dr buaian sampai liang lahad..jom! pakat sambung bljr..yuran lebih kurang 13K..

Ummu Ammar said...

Zaid > Sama2..Wah! Akak sokong 100%..memang selayaknya penulis hebat punya ilmu yang mantap..lps ni bleh panggil Dr Zaid Akhtar..hihihi

Nadiah Sidek said...

all the best kak! moga dipermudahkan segala urusan :)

Ummu Ammar said...

Nadiah > Thanks..doakan kejayaan akak k?

hazlina said...

Salam kak...

Saya doakan semoga akak akan berjaya..saya pun turut menyimpan hasrat di ati nak sambung balik study..maybe end of next year,Insya Allah...

Ummu Ammar said...

hazlina > Terima kasih atas doamu dik..akak sokong hazlina sambung study..semoga berjaya..Insya Allah..

teenage party games said...

new Terengganu Song. I heard this song every day..in the car on the way to the office..not bcoz I'm patriotik type of person but I just listen to it & I love the lyrics. I'm not sure whether this song has replaced the previous Terengganu song that I've song during my school assembly few years ago but what I know, my brother said his teacher asked them to memorize the lyrics. Whateva it is

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...