Monday, June 28, 2010

Suami 8G

Salam mesra buat semua..

Entry kali ini adalah kesinambungan entry "Isteri 8C". Juga idea dan pendapat pakar motivasi kita, Dr. Fadzilah Kamsah. Adil untuk suami dan isteri..kan?? Bukan hanya isteri sahaja yang perlu memperbaiki diri, suami juga begitu. Sebuah perhubungan yang berjaya memerlukan kerjasama dan sepakat antara kedua-dua pihak. Memberi dan menerima. Untuk para suami dan lelaki-lelaki di luar sana, semoga peringatan ini dijadikan panduan.

G1. GARANG
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, Dan sebagainya. Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

G2. GANAS
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam- lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

G3. GEMENTAR
Takut sangat, tidak yakin pada diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan sebagainya. Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

G4. GOYAH
Tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja. Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

G5. GENTLEMAN TIADA
Langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan. Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

G6. GERUMAL
Gerumal ialah bahasa kedah - bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)  Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

G7. GANGGO
Maksudnya keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya. Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

G8. GATAL
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri. Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

13 comments:

Makbonda61 said...

salam tuan rumah,
Makbonda ada jumpa lelaki G4 dan G7. Sangat kasihan,bergantung hidup sepenuhnya dengan wanita. Kalau wanitanya jenis beragama selmatlah dia,tapi jika sebaliknya jatuhlah dia dalam golongan dayus....Nauzubillah.

Ummu Ammar said...

makbonda > Setuju dgn makbonda. Lelaki adalah pemimpin kpd kaum wanita. Kalau sebaliknya, ia adalah bertentangan dgn arus..dayuslah ia..

deena farhana said...

slm kak..

yg paling xsuke..suke pukul.adoi..rimas la dgn lelaki kaki pukul..deena xleh trime langsung lelaki yg pukul pmpuan ni...

Nadiah Sidek said...

1st time dgr perkataan gerumal & ganggo :D

al-lavendari said...

betul betul betul. saya sikit2 tu adalah 8G tu. kita manusia ni mana ada yang sempurna kan. yang penting kita tahu kelemahan diri kita dan sentiasa cuba memperbaikinya.

Nurul Izza said...

iza penah jumpa dgn laki G2.sian sgt isteri dia.last2 isteri dia cari laki lain - menambahkan lg dosa (yela..xcerai tp couple dgn laki lain).

kata mertua iza, sekali laki angkat tgn..lepas tu mmg selalu angkat tgnla..

nauzubillah..

alhamdulillah suami iza xde semua G tu..

Nida n' Hanafi said...

Salam..

mintak2 dijauhkanlah dari mendekati lelaki jenis2 ini... Saya ramai juga kenalan yg jenis lelaki paling last dalam senarai.. anak dah berderet tapi masih tak sedar diri lagi... nauzubillah

Anonymous said...

nauzubillah...
mintak jauh drpd suami 8G ni

Hamizah said...

setuju sgt dgn n3 ni..lelaki mesti gagah..

Ummu Ammar said...

deena > akak tak suka lelaki garang sbb akak ni jenis sensitif

nadiah > akak pun sama..1st time dengar

Ummu Ammar said...

al-lavendari > Betul tu..Allah beri kita kekurangan supaya kita tidak akan lupa siapa kita disisiNya..kalau perfect sgt, mesti bongkak dan lupa diri..

Izza > Alhamdulillah..kita dipertemukan dgn suami yg baik dan penyayang..

Ummu Ammar said...

Nida > Sekarang mmg ramai psgn bercerai berai krn kasih beralih arah pd yg lain..rimas dibuatnya...benda halal yg paling dibenci Allah..

fa10 > Minta dijauhkan..Ameen

hamizah > Betul tu..lelaki memimpin perlu terpimpin..

teenage party games said...

He is scarder then me and im the one peg. but he said his is fine and he wants 2 cut the cord i leting him but i think he is the one that needs 2 lie down should i be concern?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...