Salam mesra buat semua...
Sudah beberapa hari blog kesayanganku ini tidak terusik. Ada banyak perkara yang menyumbang pada 'kehilangan' saya beberapa ketika ini. Selain kesibukan menanda beratus skrip jawapan pelajar exam pertengahan tahun hari itu dan persediaan buka buku PTK untuk exam PTK TK2 pada 10 Jun ni, saya turut dimeriahkan dengan jemputan kenduri kendara yang banyak di cuti sekolah pertengahan tahun yang agak sinonim dengan musim kahwin..iiisssh camne la nak jaga badan ni kalau satu hari ada 3 kenduri..
Yang paling utama..idea untuk menulis juga cukup 'kering', biarpun diseru berkali-kali. Memang saya sudah ditakdirkan untuk tidak menjadi penulis agaknya ( walaupun amat bercita-cita ke arah itu dulu..), amat susah nak siapkan satu naskhah, artikel apatah lagi buku, novel dan sebagainya..kerana idea saya kerap berubah-berubah dalam masa yang singkat, hingga tak tahu yang mana akar, batang atau dahan sesebuah tulisan..sudahnya pen off !
Kata orang menulis perlu dari hati, agar tulisan itu akan jatuh juga ke hati orang yang membaca. Barulah tulisan ada ertinya.
Ada pula yang mengingatkan menulislah dengan iman kerana niat, tujuan dan arah tulisan bersatu hanya untuk memberi manfaat dan mendapat ganjaran kebaikan di sisi Allah. Perlu ikhlas dan tulus, bukan untuk menunjuk-nunjuk mendamba kehebatan mahupun mengumpan pujian dan keuntungan semata.
Jangan lupa menulis perlu dengan ilmu. Tanpa ilmu, hilang erti sesebuah karya kerana ia hanya menyajikan kesesatan pada si pembaca.
Imam Ali bin Abi Thalib RA ada mengatakan:
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya".
Tinggi sekali motivasi yang dapat diserap dari kata-kata Saidina Ali ini. Memang benar menulis dengan ilmu, tentang ilmu dan menyebarkannya pasti impak dan manfaatnya amat besar sekali buat si penulis dan orang yang membacanya.
Ayuh! Buat semua sahabat-sahabat..teruskan menulis untuk kebaikan, kesedaran, dakwah, perkongsian ilmu, motivasi, persaudaraan, peringatan dan lain-lain ..contohi ilmuwan silam yang banyak meninggalkan tulisan mereka yang digunapakai sehingga detik ini..
Al-Kindi, Ilmuwan serba boleh, aktif menulis buku dan risalah, hingga akhir hayatnya dia telah melahirkan 146 buah karya.
Al-Haitsam menulis lebih dari 200 buku, topiknya pelbagai. Yang utama adalah mengenai Optik dan Matematik.
Ibnu Sina setiap harinya diisi dengan menulis 25 lembar dan mampu menghasilkan satu buku kecil setiap hari.
Imam Al Ghazali, Ibnu Khaldun,Jabir Ibn Hayyan, Al-Khawarizmi, malah Einstein, Stephen Hawking, Hamka, dan semua penulis-penulis lagenda.. mereka mewariskan karya-karya yang bernilai manfaat bagi umat manusia.
Kita??
10 comments:
salam kak..
lack of idea..itu biasa kak..sy pn slalu mcm tu..kdg malas sgt nk tgk blog sndri...aduh..
sy doakn life akak sentiasa ceria :)
Salam
waktu cuti sekolah ni banyak perkara perlu dilunaskan... nak menanda kertas soalan.. nak merancang percutian bersama keluarga.. tu yg kadang kala blog tak berusik.... betul tak????? :)
deena..
Kita serupa la deena..akak kalau ada kesempatan mmg buka blog..tp kdg2 mcm xde perasaan nak update..
akak pun hrp deena sentiasa bahagia..:D
Nida..
Yup! betul tu..mjlis kahwin adik dan anak sedara pun dalam cuti ni jugak..tak menang tangan dibuatnya..
Ummu Ammar,
Itulah saya juga menghadapi masalah yang sama. Sangat suka menulis, tapi saya masih gagal memanage waktu dgn baik... Apapun, all the best Ummu Ammar & Tahniah.
Ummu Khaulah
inshaAllah akan terus menulis, ada ward untuk angah di http://littlemishkah.blogspot.com/2010/06/creative-blogger-award.html
sila ambil lah yer!
salam ummu ammar.....musim kenduri kan musim kawin jugak....x payah masak so waktu masak tu dah boleh mark paper....hehehe.... :)
Ummu Khaulah..
All the best untuk ummu khaulah juga..ayuh! kita semarakkan dunia dengan titipan dan nasihat berguna..buat mengajak manusia pd kebaikan..
Che Sue..
Teruskan menulis kerana bakatmu amat terserlah sejak dulu lagi..
Syukran kerana bagi award.Terharu sangat!
Kak Ani..
Cadangan yang baik..tapi entah kenapa bila cuti ajer..mood nak berkerja serta merta turut bercuti..camne tu?
Post a Comment