Friday, June 25, 2010

Tumis Putih Ikan Tenggiri

Salam sejahtera buat semua..

Dah lama tak buat entry resepi..hujung-hujung minggu macam ni, kenalah turun ke dapur sebab kalau hari-hari bekerja, biasanya banyak yang masak kat kedai daripada masak kat rumah..

Resepi ni resepi keluarga kami, mungkin juga resepi keluarga anda juga. Kalau kat Terengganu biasanya kami panggil "Tumis Putih Ikan Tenggiri"..nama lain tak tahula pulak kan..terpulang nak taruk nama sup ikan tenggiri atau lain-lain..

Resepi ni sangat mudah, cepat dan sedap. Menjimatkan masa, mengurangkan tenaga dan hati pun senang. Wah! Memasak pun hati kena senang..orang kata bila hati tak senang, lauk yang kita masak pun akan kurang je rasanya..betul ker??


Bahan-bahannya
 300gm ikan tenggiri segar ( ikan merah,ikan ebek, ikan jemuduk pun ok juga )
2 ulas bawang putih( dicincang halus )
1 ulas bawang merah( dicincang halus )
1 inci halia ( dicincang halus )
2 biji cili padi ( diketuk )
Sedikit lobak merah ( dihiris halus - mcm dlm gambar tuh )
Sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng
1 keping asam keping
Air untuk kuah, minyak untuk menumis dan bahan perasa.

Cara -caranya :

Ikan tenggiri tu terpulang la nak potong ke tidak..tapi saya potong kpd 4
Panaskan minyak.Tumis bawang putih, bawang merah, halia sampai naik bau dan berwarna kekuning-kuningan .
Masukkan air, kacau dan biar seketika hingga mendidih
Masukkan ikan, asam keping dan bahan perasa.
Biarkan mendidih seketika. Kemudian baru la dimasukkan carrot dan cili padi
Bila isi ikan sudah empuk. Angkat, hidangkan dan tabur sedikit daun sup dan bawang goreng.



Inilah rupa dan hasilnya..maaf gambar tak jelas sbb snap dengan handphone je..
Sedap dimakan dengan nasi panas, sambal belacan, budu dan ulam-ulaman..
Selamat Mencuba!!

7 comments:

Ibuhani said...

org pilah panggil ni masak singgang..... :)

Bintun Sazali said...

masak singgang,sup,tumis putih...byk betul kan nama dia..:)

hehe..padahal benda yg sma je.nmpak menyelerakan ..senang pulak tu nk buat..^^

Hamizah said...

tak kira apa cara masak,saya tetap suka ikan..

Ummu Ammar said...

Kak Ani > Ooo..camtu yer..lain plak ngan singgang Trg.. cara masak dan resepinya beza ngan tumis putih ni..

Nadiah > PAndai masak tak??hehehe..

Mizah > Yes! Sama la..lagi la kt Setiu ni mewah ngan ikan segar..kat sana??

deena farhana said...

salam kak..sedapnye...nak skit boleh x?hehe

kak, deena dah ambik award tu..dah publish..tp maaf sgt xsempat nak buat syarat :( maaf ye kak...

NURUL IZZA said...

mcm singgang je..sedapp..melelh air liur..huhu

kakyong said...

kakyong masak mcm ni masa dlm pantang.. ;)
tumis minyak sikit.. sbb nak kasi naik bau.. huhuuu.. org tua tak kasi mkn minyak2 masa dlm pantang.. tp kita berpantang sendiri.. hentam jer lah.. janji makanan sihat... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...