Sunday, November 11, 2012

Hati Yang Mati


Ulama sufi terkenal, Syeikh Ibrahim Adham ada mengingatkan kita tentang 10 sebab atau tanda hati yang mati iaitu : 

  1. Kamu mengaku kamu mengenal Tuhan, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
  2. Kamu mengaku kamu menyintai Rasulullah, tetapi kamu mengabaikan Sunnahnya. 
  3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan hukum - hakam di dalamnya.
  4. Kamu memakan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukuri atas pemberian itu.
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh, tetapi kamu mengikutinya.
  6. Kamu mengaku adanya nikmat syurga, tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatkannya.
  7. Kamu mengaku pedihnya seksaan neraka tetapi kamu tidak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Kamu mengaku KEMATIAN pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi kamu lupa akan keaiban diri kamu sendiri.
  10. Kamu menghantar dan menguburkan jenazah saudara seislammu, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada kematian itu.
 
Matikah hati kita?
 

3 comments:

Nora Karim said...

Allahuakbar... kena bykkan istighfar... moga Allah mengampunkan dosa2 kita yang lalu... Amin..

Mybm said...

Iman Kita di akhir Zaman ni snipis Kulit bawang

Ummu Ammar said...

Nora Karim : Setuju. Kembali padaNya dan muhasabah diri sentiasa adalah penawar untuk hati yang lalai.

mybm : Betul. sama-sama kita ubati hati yang lalai agar keimanan kpdNya kan menebal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...