Monday, May 17, 2010

Makan Berjemaah

Salam mesra buat semua..

Pic credit ; Google

Semalam Afiq meminta agar makan malam dihidangkan dalam "pinggan besar".Kata Afiq : "Dah lama kita tak makan sama-sama dalam pinggan besar tu."Sebenarnya 3 hari yang lepas, dia menyatakan hasrat yang sama. Kali ini, ummi tiada alasan lagi, bila melihat kesungguhan terbit dari bibirnya. 

Memang sudah lama kami tidak makan berjemaah sama-sama dalam "pinggan besar". "Pinggan besar" yang dimaksudkan Afiq ialah dulang. Seronok kami dapat mengamalkan makan malam dalam keadaan berjemaah ni kerana  selain ia adalah sunnah Rasulullah SAW, terselit di sebaliknya ikatan hati yang makin rapat tatkala tangan menjamah makanan.

Spontan bila setiap kali makan dalam dulang sebegini, saya teringat sahabat-sahabat semasa menuntut di SMAASZA dulu. Inilah rutin kami setiap kali berpuasa hari Isnin dan Khamis khususnya, mesti ifthar jamai'e makan berjemaah dalam dulang menjadi saat yang ditunggu. Dah dekat waktu berbuka, siaplah bawak dulang pergi jumpa makcik dewan makan. Dia pun macam dah kalih dengan rutin kami dan memberi kerjasama yang baik. Kadang-kadang siap ada hidangan lebih lagi..rindu betul nak melalui kenangan itu lagi...

Rutin itu diteruskan sehinggalah di universiti terutamanya ketika terlibat dalam program-program kerohanian..waktu makan tu memang terasa ukhuwah sesama  kita dan keberkatan rezeki yang di kongsi bersama..cepat betul rasa kenyang walaupun makanan yang sedikit di kongsi 6-7 orang!! Mungkin itulah yang dinamakan keberkatan..makanan yang simple dan tak sedap pun, boleh jadi berselera menyantapnya bersama-sama..

Berkumpul menghadapi hidangan dan makanan secara berjama’ah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:

"Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkat bagimu" (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.
Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Dia menjawab: Benar ya Rasulullah. Rasulullah berkata: Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu

Hadis di atas memerintahkan kepada kita agar setiap kali makan supaya makan bersama-sama sebab makan sendiri-sendiri itu disamping akan membuat masing-masing orang yang makan itu tidak akan kenyang (seperti kata sahabat di atas) juga tidak mendapatkan berkat/kecukupan.

Antara sunnah ketika makan berjemaah ialah cara duduk seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan  manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. 

Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Ayuh! Kita amalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita. Tanamkam kecintaan dan kenikmatan mengamalkan sunnah dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil.

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
 

7 comments:

ummumishkah said...

kenangan betul zaman2 berbuka dlm dulang dulu... rindu sungguh!! skrg dengan famili pulaklah.. alhamdulillah

Al-umm said...

Teringat-ingat masa dulu..... bila la kita blh jupe & mkn sama2 mcm dulu2..

Ummu Ammar said...

Che Sue dan Umm..

Memang rindu bila ingat kisah2 ukhuwwah kita dulu..dah dekat berbelas2 thn tp masih berbekas sampai skrg..

Ada peluang..apa kata kita rancang jejak kasih "Kemboja Putih"..mesti seronok jumpa bila dah lama tak bersua..

Nadiah Sidek said...

mmg best mkn dlm dulang! 1st time mkn dlm dulang ms form 4 tak silap, duk join program apa entah masa tu..lupa lak. pastu kat USM pun sama..mkn dlm dulang jgk ^^

yatie chomeyl said...

saya xpernah mkn dlm dulang cenggini tp slalu gak nmpk budak2 lelaki makan dlm dulang masa kat hostel dulu

deena farhana said...

seronok mkn bersama dlm dulang...sunnah nabi..sy hr2 mkn dlm dulang time kt kolej n kt mesir...

Ummu Ammar said...

Nadiah dan Yatie..

Apa kata cuba makan dalam satu dulang dgn hubby msg2..makin erat ikatan hati dan berkat dikongsi bersama..ajak pulak si kecil bersama...

deena..

Sebagai ibu, selain memupuk sunnah dlm diri anak2..senang nak cuci..tak payah cuci pinggan bertimbun..cukup basuh dulang jer..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...