Sunday, May 09, 2010

Rindu Buat Ibu


Nasyid : Kasih Ibu - Kumpulan : Far East
(dedikasi buat arwah ibuku yang dirindui..)

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku
Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali
Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi dugaan-Mu
Rahmatilah…Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia
Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci
Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu
 
Buat semua yang bergelar ibu...Selamat hari Ibu..
Moga sentiasa berusaha untuk menjadi ibu yang hebat.. 

Buat yang masih mempunyai ibu..
hargailah ibu anda sementara mereka masih di hadapan mata..



12 comments:

Tinta Akliah said...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu... (^_^)

Ibuhani said...

salam ummu ammar..........slmt hr ibu :)

Nida said...

Salam kak..

sedihnya bila menghayati bait2 lagu ini... Al-Fatihah buat yang tiada

p/s: bila baca n3 ini, hati ini terlalu merindui ibu yang jauh di mata

jue-anna fauzie said...

selamat hari ibu akak...dan alfatihah buat arwah ibu akak...

islami98 said...

salam ummuammar...

moga berjaya menjadi ibu mithali ya...Ibu yang bisa dibanggakan oleh anak2 ummu..

teringat pula peristiwa teman saya..Sangat ceria bercerita tentang ibunya...Namun,tidak dijangka yg semua itu petanda untuknya menerima kehilangan sang ibu..

Alfatihah.

Buat Ummi saya..Saya hadiahkan doa...agar berkekalan tidak musnah di sisi-Nya.
http://ummunusair.blogspot.com/
Ummi sentiasa di hati.
Iffah Nabiha

Ummu Ammar said...

Tinta Akliah..

Ahlan wasahlan..syukran sudi mencoret di sini..Selamat hari ibu!

Kak Ani...

Happy Mother's Day...:D

Nida..

Mestilah rindu pada insan yg bergelar ibu krn dia adalah sebahagian dr diri kita..Saya doakan rindu Nida pd ibu pasti akan terubat jua nanti..

Ummu Ammar said...

Anna..

Selamat hari ibu...mg jadi ibu yang hebat!

Iffah..

HArgailah dan sayangilah ummi Iffah semasa hayatnya..kerana kdg2 kita lebih menghargai seseorg bila kita kehilangannya..sdgkan semuanya sudah terlambat...ummu yakin ummi Iffah tdk inginkan kesenangan material dr anaknya tp keindahan spiritual yg terbit dr akhlak dan amal..

sekamar rindu said...

salam..

semoga ibu anda serta seluruh keluarga anda dirahmati Allah swt selalu..amin.

Ummu Ammar said...

sekamar rindu..

Ameen. Terharu atas doamu..Syukran!

makbonda said...

Tanpa ibu siapalah kita.
Semoga kita sentiasa berhari ibu.

deena farhana said...

selamat hari ibu buat semua ibu especialy kak UA..

Harun said...

lagu ni ada dlm mp3 saya...dan da hafal ckit2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...