Monday, August 02, 2010

Bila Nenek Pergi Sekolah

Salam mesra buat semua...

Mencari setitik ilmu bukan mudah. Memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Proses melaluinya akan lebih sukar, apabila kita menjadikannya sukar. 

Dulu, saya amat kagum pada rakan-rakan guru yang sambung belajar PJJ atau part time. Sekarang saya bertambah kagum. Setelah melaluinya ia tidak semudah disangka. Jiwa kadang-kala tergugat, semangat mula mengendur bila masa tidak dapat seiring antara dua..ilmu dan kerjaya. Beberapa rakan sekelas sarjanaku ada yang menarik diri walau sudah mendaftar ribuan ringgit, kerana tanggungjawab di sekolah menghalang impian dilunasi dengan sempurna.

Bagaimana dengan diriku? Saya berdoa agar Allah memberikan kekuatan dan semangat untuk terus mencari dan mencari ilmu Allah di muka bumi ini setakat daya kudrat yang diizinNya..dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu..

Pepatah Arab mengatakan.." Tuntutlah ilmu dari buaian sampai liang lahad ". Kisah nenek tua berusia 120 tahun menjadi pelajar paling tua di dunia amat menarik perhatian saya...Semangatnya amat tinggi. Moga semangat itu juga mengalir dalam diri pencinta-pencinta ilmu...Ayuh!


BEIJING: Seorang nenek berusia 102 tahun menjadi murid sekolah rendah tertua di dunia selepas kembali ke sekolah di sini.

Ma Xiuxian, dari Jinan, wilayah Shandong, mula bekerja di kilang kapas pada usia 13 tahun, lapor akhbar Qilu Evening Post. Namun, beliau sentiasa berharap untuk mendapat peluang belajar dan kini kembali ke sekolah bagi menyambung impiannya. “Saya gembira akhirnya dapat merealisasikan impian bersekolah pada usia ini,” kata Ma.

9 comments:

FaRhAH Za'Ba said...

yeah!! belajar, belajar, dan terus belajar...! ^____^
bile belajar, diri akan terasa muda~ hehe..=)

Ummu Ammar said...

Farhah > Memang muda pun..hehehe..Apa2 pun selamat belajar...!

Ibuhani said...

zaman2 dia dulu......org pompuan x gi sekolah kot....bagus smgt nenek ni. SORAK gak utk nenek ni.....GO granny GO!

Ummu Ammar said...

Mizah > Thanks! Jom la sama2 mengejar ilmu..

Kak Ani > Mungkin la kut...hihihi..terbayang camne la nenek ni kat sekolah kan?..

teenage party games said...

Mencari setitik ilmu bukan mudah. Memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Proses melaluinya akan lebih sukar, apabila kita menjadikannya sukar

Nadiah Sidek said...

nadiah doakan akak dapat habiskan master akak :)

al-lavendari said...

selepas membaca entri ini, tetiba saya rasa muda bila belajar kat UMCced.

Ummu Ammar said...

Nadiah > Syukran dik..Insya Allah..moga Allah permudahkan..

Ummu Ammar said...

al lavendari > Anda mmg berhak merasa sebegitu..kerana org yg bsusah payah menuntut ilmu harus kuat, tegar, bsemangat,..bkn kah itu ciri-ciri org yang muda? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...