Tuesday, August 31, 2010

Sabar Itu Indah

Salam mesra buat semua..

Sabar itu indah. Alhamdulillah. Penuh kesyukuran. Tidak terhingga rasa nikmat yang menular  kini. Seakan bernafas selepas seketika kelemasan. Maaf kerana lama tidak mampu aktif seperti sebelumnya terutama ziarah menziarahi blog teman-teman blogger semua. Sibuk dengan tugasan di sekolah dan pelajaran, membataskan ruang untuk saya berbuat demikian.


Ramadhan tahun ini cukup menduga dan membutuh kesabaran. Sepanjang bulan mulia ini, setiap hujung minggu, saya akan mengikuti kuliah dan bergelumang dengan tugasan kuliah, assignment, presentation dan sebagainya. Puasa bukan penghalang, malah satu kenangan manis dapat berbuka dengan teman-teman sekuliah walau hanya di warung-warung tepi jalan. 

Hujung minggu ni masih berbaki satu lagi kuliah IT di bawah Prof Malek sebelum disambung balik selepas Raya. Minggu lepas, kelas Curriculum and Pedagogy di bawah Dr Hamida berakhir jua. .selepas 36 jam bersama dengan 4 kali perjumpaan, banyak mutiara ilmu  dan pengalaman yang dapat dikutip. Semuanya menjadikan saya lebih menghargai dan menghayati bidang kerjaya ini. 

Walaupun pada mulanya, ketegasan Dr Hamida sedikit memberi tekanan, namun sisi keprihatinan dan kemesraannya menjadikan perpisahan ini berat untuk dilalui. Semoga paper Dr Hamida ini dapat saya lepasi dengan baik kerana sudah mencuba sebaik mungkin..Insya Allah.

Saya mampu bernafas dengan lega. Sungguh lega. Setelah bertungkus lumus hampir tiga bulan, semester pertama hampir melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar sekejap sahaja masa berlalu. Kesukaran dan kepayahan bergelar pelajar sarjana dalam masa yang sama menggalas tugasan yang maha banyak di sekolah, mula terasa di hujungnya kemanisan. Ayuh! Lagi 1 tahun setengah untuk dilalui..

Terima kasih buat suami yang sangat menyokong. Sentiasa setia memujuk kala saya patah semangat. Kata-kata azimatnya yang tidak pernah kering dari bibir. Jua, membantu meringankan tugasan rumahtanggaku dan menjaga anak-anak. Syukran ya habibi..syukran..syukran.. 

Terima kasih buat semua yang sudi membaca coretan ini..doakan saya ye!

5 comments:

yatie chomeyl said...

bit taufiq wan najah kak...semoga kita sama2 berusaha lg gigih :)

Ibuhani said...

smoga dipermudahkan Allah SWT..........slmt berusaha :)

teenage party games said...

Funny? There was once when a ship asked me in front of his captain, "So Mr Agent, are we free to go anywhere not?" So I answered easily,"Yeah basically you all are free...even if you want to jump from another deck or dive into a hold area also would be no problem" (a place where they stuff the containers)...

Ummu Ammar said...

yatie > Thanks dik..Akak tumpang ambik semangat Yatie yang dah maju bertapak2 dari akak...moga Yatie juga berjaya dan dipermudahkan urusan dalam menuntut ilmu..

Ummu Ammar said...

Kak ANi > Thanks! Pahit akan manis akhirnya..Insya Allah..apa2 pun saya sangat bahagia kembali belajar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...