Salam 'Idul Adha dengan ucapan kullu 'am waentum bikhair..buat sahabat-sahabat yang membaca entry ini..
Antara kita sedar atau tidak, lusa hari Jumaat 10 Zulhijjah Insya Allah kita akan menyambut Idul Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban. Macam tidak begitu terasa kedatangan Idul Adha berbanding kedatangan Idul Fitri yang lebih meriah bagi masyarakat Islam di negara kita. Sedangkan Idul Adha juga hari istimewa anugerah Allah untuk umat Islam memuji dan membesarkan Allah serta disyariatkan ibadah korban yang besar fadhilatnya sebagai mengambil iktibar peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Di Mesir hampir semua keluarga yang berkemampuan akan melaksanakan ibadah korban. Sebahagian masyarakat Mesir membeli binatang ternakan untuk tujuan korban beberapa minggu sebelum Idul Adha lagi. Kiranya dah booking siap-siaplah..malah ada yang beli lebih awal dari tu lagi. Kalau kat Malaysia biasanya kita akan memilih lembu untuk dikorbankan tapi kat Mesir biasanya kambing atau biri-biri. Tetapi ada juga yang berkorban lembu dan unta. Binatang-binatang ternakan ini akan diikat lehernya dengan tali berwarna-warni (biasanya; putih, merah dan hijau) untuk memberi tanda bahawa binatang-binatang itu sudah bersedia untuk dikorbankan.
Bagi orang Mesir yang tidak mampu menyembelih sendiri, mereka boleh menggunakan khidmat tukang sembelih profesional yang beredar dari satu tempat ke satu tempat menawarkan khidmat mereka. Satu perkara pelik pasti anda akan saksikan usai melakukan sembelihan atau membantu acara korban, lelaki-lelaki Mesir menyapu baju-baju mereka malah pada keldai dan kenderaan dengan darah binatang korban dan berjalan sekeliling kampung atau kawasan mereka..itu semua adalah amalan karut dan khurafat yang bercanggah dari Islam kerana mereka beranggapan ianya boleh mengelakkan mereka dari ditimpa bencana..syukran kepada hamba Allah yang menyampaikan info ini..
Itulah serba sedikit catatan kenangan Idul Adha di Mesir. Terasa rindu pulak nak melalui situasi sebegitu. Apa-apa pun situasi dan tempat sahaja yang berbeza namun konsep dan syariat korban dan Idul Adha adalah sama untuk semua umat Islam
Puasa sunat 9 Zulhijjah ni disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujarnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa Hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmizi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)
Untuk semua bloggers dan sahabat-sahabatku..
12 comments:
Salam AidilAdha...seronok ada pengalaman bermakna tu kan, pasti sentiasa di ingatan ^_^..
Salam Aidiladha..
Mula2 memang rasa sedih bila beraya di perantauan.. tapi kenangan itu akan jadi manis suatu hari nanti... betul tak?
mamalieyna..
Happy Eid Mubarak buat mamalieyna dan family..time raya ni..jaga makan tau..awak tu tgh pantang lg..hihihi
Nida..
Salam Aidiladha untuk Nida dan family..percayalah cakap saya masa duk tempat org bkn main rindu kt msia..tp bila dah blk sini nanti rindu plak tempat org tu..
So, timbalah pengalaman sbyknya dan cipta kenangan2 yg manis utk dibawa pulang..itulah nilai sebuah pemusafiran...hihihi..
salam aidiladha..cumil lak poster lembu yg redha dan bersedia untuk diqurbankan dr i luv islam tu..sedih je..
ibunafis..
Salam aidiladha buat ibunafis dan family..
Aaaahlah..Lembu tu dah macam pasrah sangat dah...
ustzh...
yang org lelaki arab buat tue...
ialah satu amalan khurafat...
bercanggah dgn islam
mereka fikir darah yg diltakkan pd baju, keldai, kuda, kereta dan sbgnya mmpu selamat dari bencana...
Syukran mengingatkan saya..dah lama benar pengalaman saya ni..dah kt 10 thn rasanya..banyak yg dah saya lupa..
selamat menyambut eidul adha buat ummu ammar...
tu la kelebihan duk di negara org, kn? dpt merasai sendiri budaya dr negara lain..
salam aidiladha ummu ammar! :)
Maklang,,
Terima kasih dan selamat datang ke blog saya..salam 'iduladha juga buat maklang sekeluarga
Nadiah..
Hmm..betul tu..berjalanlah di muka bumi Allah ini dan perhatikanlah keunikan ciptaan Yang Maha Kuasa..
Slm 'Iduladha buat Nadiah & family juga..
Post a Comment