Sunday, August 15, 2010

Nilai Kecantikan Sebenar

Salam mesra buat semua..

Sudah agak lama tidak bersiaran. Al maklumlah, saya dilanda sedikit ke"busy”an dengan kerja, kuliah, assignment dan urusan harian yang lain sehingga membataskan waktu untuk bergerbang di blog ini. Lagipun, fikiran banyak terarah pada tugasan kuliah, maka idea untuk menulis di ruang ini agak hilang.

Saya suka untuk menyentuh mengenai laporan akhbar-akhbar utama mengenai produk kecantikan di negara kita yang mengandungi racun dan berbahaya untuk kesihatan. 
Keghairahan pakar-pakar kecantikan mencipta, mempromosi dan memasarkan produk-produk kecantikan sangat ketara dewasa ini. Apatah lagi sesetengah dari mereka mendapat pulangan yang lumayan dan hidup penuh kemewahan membuatkan individu lain turut bersaing mencipta produk masing-masing. 

Anda sebutlah dan kiralah berapa banyak produk kecantikan yang membanjiri pasaran tempatan, mendominasi iklan di akhbar dan majalah..memang tidak terkira..Semuanya digambarkan dengan cukup baik dan berkesan sehingga pengguna pening kepala memilih mana satu yang paling berkesan.

Justeru, hati-hati buat pengguna..fikir, kaji, analisis sebelum guna..kalau bab makan dan minum kita sangat berkira tentang halal atau haram produk tersebut...apa salahnya tentang produk penjagaan diri tak kiralah ubat gigi, sabun, pelembab dan lain-lain, kita mencari yang halal kerana ia adalah kewajipan...nak cari produk penjagaan diri  yang halal anda boleh klik di sini.
Renungan buat diri kita semua yang saya petik dari halaqah.net.

Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada raut wajah yang manis, pada putih kuning kulitnya, tubuh atau sorotan mata yang menawan,tetapi biarlah hati dan juga akalnya juga cantik.Malah kecantikan hati diletakkan paling utama,diikuti dengan kecantikan akal dan akhir sekali barulah kecantikan paras rupa.



Sesungguhnya ukuran kecantikan wanita muslimah yang dapat dinilai dari kaca mata Islam yang sebenar ialah;
  • Dengan imannya yang mendalam, yang memakmurkan hatinya dan melapangkan dadanya serta menggerakkan syiarnya.
  • Dengan akalnya yang bijak sana dan fikiran yang bercahaya serta berpandangan yang luas.
  • Dengan tingkahlaku dan akhlaknya yang mulia serta amalannya yang soleh.
  • Dengan kecintaannya terhadap Allah Ta'ala,sentiasa mengingatinya, melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
  • Dengan ikhlas kepada suaminya dan memuliakannya serta bersolek untuknya,mentadbir dan mentarbiah anak-anak menjadi generasi yang cemerlang.
  • Mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti lemah lembut, kasih sayang,peramah,pemurah,dermawan dan sebagainya.

Kecantikan paras rupa ini ada atau tidak ada,sama sahaja di sisi Allah Ta'ala.Ini jelas digambarkan berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Zar:"Lihatlah sesungguhnya engkau tidak dinilai mulia kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taQwa"(Riwayat Ahmad).Bukan itu sahaja,malahan Islam mengukur kecantikan dengan melihat kebersihan dari segala unsur yang bertepatan dengan ketentuan Allah Ta'ala.

Info : Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan Malaysia

Produk pelangsing badan berdaftar  ada sibutramine:

  1. KintopBody Beaus
  2. BMI-9 Xylimming Capsule
  3. Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar  mengandungi sibutramine:

  1.  Lami

Produk berasaskan makanan  mengandungi sibutramine:

  1. Obexlim
  2. Slimax Coffee
  3. Beaute Fit Body Contour
  4. Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi  steroid:

  1. 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar  mengandungi steroid:

  1. Makjun Taufiq Dua Istimewa
  2. Majun Dua Istimewa
  3. Ginseng Jin Fui Wan
  4. Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  5. Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  6. Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  7. Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  8. Makjun Syafiq 3 Istimewa
  9. Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

  1. Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  1. Eriesya Spa Beauty Cream
  2. Atika Beauty Renewal Cream
  3. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  4. Ratna Sari Whitening Night Cream
  5. Tia Amelia Krim Jeragat
  6. Chantique Whitening Night Cream
  7. RZAC White Pearl Cream
  8. Nuriz Day and Night Cream
  9. Elite Rias Er Cream
  10. R&Z Whitening Night Cream
  11. Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  12. Pigmentation Recovery Complex
  13. Zara Rejuvenation Cream
  14. Natasya Krim Herba Gold
  15. De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar   ada  antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar   mengandungi antihistamine

  1. Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  2. Qian Tong Dan
  3. Raja Ubat Resdung
  4. Coral Plus UA 350M   
   

1 comments:

deena farhana said...

salam kak UA..

dah lama deena x dtg sini..maaf ye..suke bace entri ni..betul tu..kdg sy pening tgk bermacam2 jenis iklan produk kecantikan..naik jenuh nengoknye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...