Salam mesra buat semua..
Saya sudah agak lama ingin menulis entry berkenaan dengan facebook.
Namun kecetekan ilmu berkenaan dengan laman jaringan sosial paling popular
masakini menyebabkan saya menangguhkan dulu hasrat tersebut. Masih banyak
kajian dan pemahaman perlu dibuat. Banyak pro dan
kontra dalam penggunaan facebook ni..ini yang mahu saya tahu..
Saya baru beberapa bulan membuka akaun facebook. Matlamat saya hanya
ingin menjalinkan ukhuwwah dengan sahabat-sahabat kenalan sahaja dan menjadikan
ia sebagai medan berkongsi cerita, pendapat dan permasalahan mahupun sebagai
satu ruang dakwah.
Hasilnya, saya dapat bertemu di alam maya dengan sahabat-sahabat lama semasa sekolah dahulu, semasa belajar di Mesir, rakan-rakan guru di Johor mahupun bekas-bekas pelajar saya yang sekarang menuntut di dalam mahupun di luar negara. Memang menyeronokkan. Menyoroti perkembangan terbaru mereka lewat gambar-gambar yang dimuatkan. Sangat efektif dan lebih mudah berbanding melalui telefon bimbit mahupun email.
Facebook ialah sebuah laman sosial untuk anda berhubung dan bersosial dengan individu-individu lain. Ia adalah kombinasi e-mail, blog mikro dan aplikasi lain untuk anda berhubung, bermain game dan berkongsi cerita anda dengan kawan-kawan secara ‘live’.
Hasilnya, saya dapat bertemu di alam maya dengan sahabat-sahabat lama semasa sekolah dahulu, semasa belajar di Mesir, rakan-rakan guru di Johor mahupun bekas-bekas pelajar saya yang sekarang menuntut di dalam mahupun di luar negara. Memang menyeronokkan. Menyoroti perkembangan terbaru mereka lewat gambar-gambar yang dimuatkan. Sangat efektif dan lebih mudah berbanding melalui telefon bimbit mahupun email.
Facebook ialah sebuah laman sosial untuk anda berhubung dan bersosial dengan individu-individu lain. Ia adalah kombinasi e-mail, blog mikro dan aplikasi lain untuk anda berhubung, bermain game dan berkongsi cerita anda dengan kawan-kawan secara ‘live’.
Anda boleh menyertai kumpulan yang mempunyai minat yang sama dan menjemput mereka menyertai anda.
Lebih 200 juta pengguna (sehingga April 2009) di seluruh dunia menggunakan facebook untuk berinteraksi, berbual-bual dan mengeratkan tali persahabatan.
Mereka yang menceburi bidang perniagaan juga menggunakan facebook sebagai salah satu medium untuk mempromosikan diri mereka dan juga perniagaan mereka. Di sini mereka dapat leveragekan masa dan tenaga mereka untuk faedah perniagaan – meningkatkan jualan, membuka pasaran baru dan bertemu dengan rakan kongsi yang berpotensi.
Selain dari itu pemimpin-pemimpin kerajaan atau parti politik mahupun pertubuhan-pertubuhan tertentu menggunakan facebook sebagai medan untuk berkongsi aspirasi, mengenengahkan pandangan, menangkis tuduhan atau dakwaan tentang sesuatu perkara mahupun sebagai cara supaya rakyat dan orang ramai mengenali mereka dengan lebih dekat.
Selain dari itu pemimpin-pemimpin kerajaan atau parti politik mahupun pertubuhan-pertubuhan tertentu menggunakan facebook sebagai medan untuk berkongsi aspirasi, mengenengahkan pandangan, menangkis tuduhan atau dakwaan tentang sesuatu perkara mahupun sebagai cara supaya rakyat dan orang ramai mengenali mereka dengan lebih dekat.
Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York.
Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka. Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008?, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama.
Majalah Forbes Top 400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008.
Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.
Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)
Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti…
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B’inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .
Keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut??
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak?
Bagaimana pula hukum penggunaan facebook menurut pandangan Islam. Saya kongsi bersama anda pendapat Ustaz Hasrizal yang saya petik dari kupasan tentang facebook di blog beliau.
Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu.
Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.
Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]
Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.
Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook. Untuk pemahaman lebih lanjut, sila rujuk artikel penuh dilaman Ustaz Hasrizal.
Justeru, maklumat yang dapat dikongsi ini moga memberi manfaat buat kita bersama. Gunalah facebook secara positif. Bukan sebagai satu wadah yang melekakan dan melalaikan kita dari tanggungjawab sesama insan dan tanggungjawab kita terhadap Allah. Fikirkanlah...
14 comments:
Tazkirah pagi yang sungguh bagus untuk panduan bersama..thanks for the good info..WAJIB dibaca oleh mereka2 yg addicted ngn FB nih!..hehe..
salam Pah..
dah pernah baca artikel pasal fb sblm ni..sama2 lah kita jaga diri spy x terleka dengannya.insya Allah
Good info... :)
Lily pon ada gak akaun facebook...tp lily jarang online coz lily x seberapa mahir lg dlm facebook...huhuhu...kesiankan...
mamalieyna..
Syukran..Berfacebook boleh tapi perlu berpada..kdg2 kalau addicted sgt pd FB ni ibadat tunggang langgang,kerja tak menjadi, pljaran terabai mlh rumahtangga pun x terurus..maka muncullah mcm2 mslh..
Kalau x silap Switzerland meng"haram"kan penggunaan FB pd ktgn awam mrk..
Zah..
Insya Allah..sama gak ngan blog, semuanya kena berpada sbb byk lg tanggungjwb yg perlu diutamakan..
Saya aktif sikit berblog bila time cuti sek..ble dah start sek Jan nanti...kurenglah sikit..
Lily...
Jgn putus asa..ambik masa utk bljr, tp bila dah pandai..pandai2 la berfacebook tu..ambik yg perlu2 jer..
kak ummu,sy lbh suke berblog drpd fb..hehehe!!!info yg sgt2 berguna utk dikongsi bersama..thanks kak
Salam ummu..
Kadang2 tak faham kenapa masih ramai yang duk addicted dengan game yg ntah apa2 kat FB tu... bukannya dapat sayur betul2 pun..
p/s: wlupun saya ada FB tapi jarang sangat membukanya.. tujuannya untuk cari rakan2 yg terputus hubungan + mrapatkan lagi ukhuwah yg sedia terjalin
hazlina..
Akak pun sama..lebih suka berblog dari FB..
Nida..
Sangat bersetuju..saya sendiri pun tak faham..tp FB ni kalau digunakan untuk kebaikan mcm dakwah,psl permasalahan hukum2,motivasi ada gak faedahnya.. dr borak2 kosong, kuiz yg tak bmanfaat dan games..
salam akak,
bagus artikel nih. nak2 lagi skrg ni orang tgh gila main mcm2 game kat FB termasuklah saya smp kadang2 terabai perkara2 yg pntg. nasib baik suami dah mengeluarkan arahan yg saya takleh main game kat FB lagi...kalau sy langgar arahan tu, jd isteri derhaka lah saya kan kak? sbb tujuan suami sy tu baik, tak nak saya lalai sgt
salam.....saya lebih suka berblog dari FB....
Yatie chomeyl..
Ya dik..arahan suami selagi tdk btentangan dgn agama kena ikut..mesti ada sbbnya..kan? Agaknya dia rasa yatie lbh syg games FB dr dia tu..hihihi..
Ada sorang kwn akak bgtau..rakan2 seoffice dia..masuk office bukak FB dulu sbb nk main games..kalo ramai jenis mcm ni..mundurlah bangsa kita..
Alimaz..
Saya pun prefer blog dari FB..
Post a Comment