Salam buat semua..
Entry kali ini menjejak semula kenangan permusafiran ilmu saya di
bumi Anbiya' : Mesir/Egypt untuk tatapan buat anak-anakku
khususnya yang selalu tertanya-tanya tentang Mesir, universiti Al Azhar , keistimewaan dan lokasinya. Catatan
ini untuk mereka, moga ada pengajaran beharga di sebaliknya.
Mesir indah dan unik kerana dua perkara Al Azhar dan panorama Mesir serta budayanya. Gabungan inilah yang membuatkan Mesir dikenali dengan khazanah ilmu para ulama dan sejarah dan keunikkannya yang tersendiri.
Universiti Al-Azhar, Mesir : Allah mentakdirkan jejak saya bertapak di universiti tertua di dunia ini untuk menimba ilmu buat bekalan dunia dan akhirat. Terima kasih tidak terhingga buat ayah khususnya. Kalau dulu saya agak memberontak dalam diam kerana pilihan ayah buat saya selepas UPSR adalah sekolah agama. Sebagai anak yang dididik untuk taat pada ibubapa, saya akur. Lepas SPM, walaupun menerima tawaran memasuki IPT lain ,ayah masih mahu saya meneruskan pelajaran di aliran Thanawi ( Arab) di SMA ( Atas) Sultan Zainal Abidin.
Setelah layak memasuki Al Azhar, hampir-hampir saya putus asa untuk ke Mesir kerana beberapa cabaran dan dugaan yang datang menguji kesabaran. Namun, takdir Allah sudah tertulis. Tercapai juga hasratku untuk melanjutkan pelajaran di bumi barakah ini.
Universiti Al-Azhar, Mesir : Allah mentakdirkan jejak saya bertapak di universiti tertua di dunia ini untuk menimba ilmu buat bekalan dunia dan akhirat. Terima kasih tidak terhingga buat ayah khususnya. Kalau dulu saya agak memberontak dalam diam kerana pilihan ayah buat saya selepas UPSR adalah sekolah agama. Sebagai anak yang dididik untuk taat pada ibubapa, saya akur. Lepas SPM, walaupun menerima tawaran memasuki IPT lain ,ayah masih mahu saya meneruskan pelajaran di aliran Thanawi ( Arab) di SMA ( Atas) Sultan Zainal Abidin.
Setelah layak memasuki Al Azhar, hampir-hampir saya putus asa untuk ke Mesir kerana beberapa cabaran dan dugaan yang datang menguji kesabaran. Namun, takdir Allah sudah tertulis. Tercapai juga hasratku untuk melanjutkan pelajaran di bumi barakah ini.
Kampus induk Universiti Al Azhar, Kaherah bersebelahan Masjid Al Azhar , Kaherah.
Universiti Al Azhar dikenali sebagai al-Azhar al-Shareef, "Azhar yang
Mulia", adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai
pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969, ia merupakan universiti yang kedua tertua
ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin
di Fes, Maghribi. Kini Al-Azhar adalah salah
sebuah pusat pendidikan terpenting dalam dunia islam, universiti ini boleh
memuatkan pelajar seramai 90,000 orang dalam satu masa. di beberapa cawangannya.
Ahli kaji sejarah berselisih pendapat bagaimana masjid ini mendapat namanya. Sesetengah pendapat mengatakan ianya mendapat nama Al Azhar (yang bermaksud bunga-bunga ) kerana semasa mereka menemui Kaherah kawasan ini di kelilingi/dipenuhi oleh ratusan bunga-bungaan .
Inilah universiti tempat saya berhempas pulas menuntut ilmu selama 4 tahun di Mesir. Rindu benar rasanya.. Gambar terbaru ni..saya ambil dari google. Dulu takde pokok-pokok kat tepi pagar tu. Kosong je..Sekarang dah banyak pengubahsuaian.
Dikenali sebagai Kuliyyatul Banat Al Azhar ( cawangan untuk mahasiswi2 Al Azhar) dan terletak di Madinat Nasr, Kaherah. Ada dua fakulti iaitu Falkuti Dirasat Islamiyyah ( pengajian Islam ) dan Fakulti Insaniah ( Sosial dan Kemasyarakatan). Untuk pengetahuan semua, Al Azhar mengasingkan kampus mahasiswa dan mahasiswi. Selain dari kampus mahasisiwi di Kaherah. Ada dua lagi, iaitu satu di Iskandariah dan satu lagi di Mansourah. Manakala untuk mahasiswa pulak selain kampus di Kaherah ada beberapa cawangan iaitu kampus di Tanta, Damanhur, Shibin el-kom, Zaqaziq, Syubra dan lain-lain.
Ilmu Allah SWT itu luas. Sangat luas. Al Azhar ialah salah satu dari gedungnya. Melahirkan para ilmuan dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Mungkin lain tempat, lain ragam dan situasinya. Namun bagi saya, merantau di bumi para Nabi ini memerlukan kesabaran dan ketabahan yang bukan sedikit. Kerana, menuntut ilmu Allah, mempelajari rahsia Al Quran dan as Sunnah membutuhkan keikhlasan dan keyakinan. Bukan untuk main-main atau kerana mengenggam ijazah semata. Mahu lulus di Al Azhar bukan mudah. Ramai yang berjaya dengan jayanya. Ramai yang masih bergelut dengan pengajian sehingga bertahun-tahun. Tidak kurang juga yang mengalah di pertengahan jalan. Saya rasa tidak ada situasi sebegini berlaku di mana-mana universiti di seluruh dunia. Kalau ada pun, mungkin hanya segelintir mahasiswa/wi yang menghadapi situasi berkenaan.
Itulah Al Azhar - universiti kehidupan bagi saya. Mengajar saya erti kehidupan sebenar di muka bumi Allah ini dalam menggapai kebahagiaan hakiki di dunia mahupun di akhirat. Terima kasih ayah. Sekarang saya sangat menghargai pilihan ayah buat saya kerana dengan mempelajari agama, kehidupan ini lebih terarah dan sempurna.
Alhamdulillah. Syukur tak terhingga saya panjatkan pada Yang Maha Kuasa. Segala urusan pengajian saya dipermudahkan. Rezeki saya begitu murah sekali. Pengajian dapat saya habiskan dengan baik dalam tempoh 4 tahun sahaja.
Penghujung tahun 2000, salam perpisahan buat Al Azhar dan Mesir dihulur penuh kesedihan tapi sarat dengan kelegaan dan kepuasan kerana berjaya mengharungi kepayahan menuntut ilmu dan menjalani kehidupan sebagai anak rantau di bumi asing. Kini, secebis ilmu yang ada saya jadikan pedoman diri dan disebarkan dalam masyarakat menerusi bidang/kerjaya saya sekarang..pendidikan!
12 comments:
sy terfikir nk hntr anak ke sekolah agama bila dia besar nnt tp takut nnt dipertikaikn pulak sbb sy dulu tak sekolah agama pun, hatta ms sekolah rendah sekalipun. ms kecik2 dulu mak kata sy yg tak nak sekolah agama..sbb letih dh ke sekolah kebangsaan..mak pun mmg tak paksa sbb dia kesian. apa pendpt akk? ke...sy je yg duk fikir yg bkn2?
Nadiah..
Takde salahnya Nadiah..masa akak ngajar SMKA dulu, akk perhatikan majoriti ibubapa nk sgt anak2 diaorg msk sek agama w/pun diorg bkn aliran agama..kalo x dpt, dtg merayu2..akk rasa dah ada kesedaran dlm msyrakat kita..krn dlm dunia yg makin celaru skrg, agama adalah penyelesaiannya.Lg satu dgn bidang agama juga tak semestinya jd ust/ustzh, ada yg jd doktor,peguam dlln..lg bagus..ramailah specialist pelbagai bidang yg Islamik!Fardu kifayah lg..
Skrg ni dah banyak sek2 agama yg bagus2 kt SMA, SMKA, SBPI, SBP kalo kt Trg akk ckp berkenan dgn Imtiyaz..teingin nk mskkan anak2 kt situ..ada hafaz quran harian..
Anak2 umpama kain putih, kita lah yg mencorakkannya samaada hitam atau putih..
Mdh-mudahan kita permudahkan dlm mdidik ank2..risau tgk akhlak/moral ank2 zmn skrg ni..
Alangkah bertuahnyer dpt menimba ilmu di Tanah Mesir..herm..dl sepupu saya bljr sana jugak, selama belajar lgsg tak pnh balik, belum cukup mampu nak balik walau sekali setahun..balik je selepas selesai menuntut ilmu..tengok anak2 buah dan sepupu sume dh besar panjang...^_^
SMA ( Atas) Sultan Zainal Abidin yg kat ganu tu kan? saya sempat amik B.Arab sampai form3 je :p pas tu x amik da coz sy lebih berminat ngan sains tulen...
bertuah dapat gi belajar jejauh kat negara org...banyak hal yg dapat kita belajar... :)
Sedang kumpul fulus nak gi Mesir ni.... dah rindu sgt dah!
mamalieyna..
Alhamdulillah..jauh perjalanan luas pengalaman..
Sepupu mamalieyna pulang berganda agaknya - ijazah & anak2 sekali..
Nadia..
x-SMAASZA gak la ni..tak kisah apa bidang sekalipun, asalkan hidup kita masih dijalanNya dan beramal dgn suruhanNya..
Memang banyak pengalaman & kenangan bljr kt negara org..
psstt..hari tu pg Indon kan? Banyak pengalaman ble tgk budaya tmpat org, ye dok?
Che Sue..
Nanti Angah nak ikut!Hihihihi..
salam...ukhwah
Senja bersimpuh di kaki langit
Kembali ke pelukan malam
Dinaungi gumpalan embun yang kemerahan
Bulanpun pecah pada senyuman
Matahari dan rembulan
Tak sanggup lagi melukiskan
Sejuta puisi keindahan
Pada semilir angin…
Di lembah sungai nil
Lihatlah….
Pancaran cahaya gemerlapan
Dari perahu-perahu kecil yang bergerak perlahan
Dan sajak-sajak terbuai merdu
Yang mengalun di setiap perahu
Gelombangpun menyala
Seolah mengikuti irama
Betapa indah riak Sungai Nil
Dan bening nilam air mata dewi Issis
Gemertak daun-daun yang bersentuhan
Semburat jingga berhamburan
Di lembah sungai nil
Ada risalah yang terus mengalir
Terus mengalir, sampai hilir
Kutatap muda mudi berjalan beriringan
Dengan sekuntum mawar dalam genggaman
Imbaba Brige melintang dengan tenang
Pesona Cairo Plaza Tower yang menjulang
Sungguh indah, di malam penuh bintang
Malam yang tak mungkin terlupakan
p/s: saya peranh sampai di sana..
anaklaut..
Hmm..pernah ke sana la ni..Puisi indah ini membuatkan jiwa saya terkenang panorama Sungai Nil, kota Kaherah yang sibuk dan bunyi2 hon kereta yang memecah kesunyian malam..
Salam..
Beruntung UmmuAmmar diberi peluang utk belajar di sana...
Teringat kisah seorg saudara saya yg belajar di sana, tapi tidak sempat untuk pulang dengan ijazah.. beliau mati di dalam bilik air kerana terhidu gas.. Al-Fatihah buat si mati
Ye ke Nida? Pernah kluar paper kan? Saya rasa mcm pernah baca psl saudara nida ni kt paper. Kalau tak silap perempuan dok?
Alfatihah. Moga dia dtempatkan di sisi org yg beriman.
Post a Comment