Thursday, December 17, 2009

Bicara Tentang Hijrah

Salam ukhuwwah buat semua yang sudi menatap coretan kali ini..




Antara kita sedar ataupun tidak, setahun sudah berlalu selepas 1429H kita tinggalkan. 1431H datang membawa harapan baru. Begitu cepat putaran masa berlalu. Benarlah pepatah Arab yang berbunyi :"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita."

Biasanya bila fajar tahun hijriah baru muncul, masing-masing sibuk menanam azam. Saya pun tak berkecuali. Bagaimana dengan koreksi kalendar kehidupan 1430H yang lepas. Bermaknakah 1430H yang kita tinggalkan ? Macam mana nak tahu bermakna atau tidak? Renung sebentar. Selam ke dasar hati dan carilah di situ. Ada jawapannya. 

Kalau kita menjadi lebih baik dari sudut amalan dan keimanan kepada Allah dan makin mantap dari aspek akhlak dan tanggungjawab dalam kehidupan kita sesama manusia  sebagai khalifah Allah, pemimpin, suami, isteri, ibu, bapa, anak, sahabat dan lain-lain beerti kita sudah berhijrah kepada fasa perubahan. 

Kalau masih di takuk lama mahupun berubah kepada yang lebih teruk, beerti kita dikalangan orang-orang yang rugi. Sebagaimana firman Allah :"Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh."

Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. 

Justeru, semoga kedatangan 1431H ini, menyuntik keazaman untuk menjadi insan yang lebih baik dari sudut hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia. Selamat beramal!



16 comments:

anaklaut said...

salam....Maal Hijrah Buat Puan,


semoga allah swt memberi seribu kebahagiaan dan kejayaan kepada seluruh keluarga puan..amin

selamat tahun baru.1431H..

Ibuhani said...

salam maal hijrah...

Ummu Ammar said...

anak laut : TQ..Salam Maal hijrah buat anak laut juga

Semoga sinar 1431H memberi ketenangan mahu kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat buat anak laut..

ibuhani : Salam maal hijrah. Semoga kak Ani sentiasa dirahmati Allah dan anak2 K Ani 3 org yg comel2 tu bjaya dunia dan akhirat..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

SALAM MAAL HIJRAH...

SEMOGA THN BARU NIE MENJADI YG LEBIH BAIK DR TAHUN SEBELUMNYA... :)

Ummu Mishkah said...

Salam Maal Hijrah untuk angah sekeluarga.. moga yang terbaik sentiasa jadi milik kita..

anaklaut said...

salam...


tq sudi singgh blog picisan saya..

salam..Maal Hijrah..

zella y said...

slm maal hijrah... =)

Ummu Ammar said...

Lily..

TQ atas doanya. Insya Allah. Sama2lah kita menjdkan 1431H semakin baik dr thn2 sudah..

Ummu Ammar said...

Che Sue..

TQ. Kullu sanah waantum bikhair..

Anak laut..

Blog picisan..? Rasanya blog anaklaut lg glamer dan hebat dr blog saya ni..hihihi..

Ummu Ammar said...

Zella..

Welcome to my blog! Salam maal hijrah 1431H buat Zella juga..Moga bahagia sentiasa..

Nur Asna said...

salam...lagi tentang label cloud...akak dah jumpa koleksi blog/blog archieve...tapi tak jumpa pulak kat mana nak tukar from LIST to CLOUD...kat mana yea!...
selamat menyambut maal hijrah

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum.. :-)

Sama-sama kita renungkan...

"Apabila hari bertukar, berkuranglah 24jam umur kita.Apabila tahun bertukar maka semakin singkat peluang menikmaati rahmat Allah di dunia dan semkin dekatlah kita dengan perjanjian untuk bertemu dengan-Nya. Manfaatkanlah sepenuhnya peluang yang ada untuk membuat persiapan."

"Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H. Memperkukuh Ukhuwwah Memperkasa Ummah."

Unknown said...

Ummu Ammar,

salam tahun baru 1431H

Ummu Ammar said...

Kak Asna..

Pelik pulak rasanya..biasanya kat gadget archive tu ada beberapa diberi pilihan samaada kita nak paparkan secara list atau cloud..nanti saya cuba check balik cara termudah..ataupun akak cuba tanya pakcik google.com melalui blog2 tutorial..

Ummu Ammar said...

Ros Illiyyuun..

Coretan yang penuh makna..syukran..

Salam Maal Hijrah 1431H buat Ros sekeluarga..

Ummu Ammar said...

Kak yong..

Lama tak membaca coretan Kak Yong. Selamat kembali berkarya!

Salam maal Hijrah 1431H buat Kak Yong sekeluarga. Moga bahagia sentiasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...