Salam mesra buat semua..
Sehari
dua ni agak kecoh dengan ura-ura penutupan facebook pada tanggal 15 Mac 2011 ini. Ramai
yang tak senang duduk nampaknya. Pada saya, elok juga kalau ditutup. Walaupun facebook
ada kelebihannya, namun jangan lupa, keburukannya juga besar.
Bukan
isu penutupan FB yang menjadi fokus saya, saya tertarik dengan luahan rasa
pengasas FB iaitu Mark Zuckerberg yang seakan sudah putus asa untuk terus “memperjuangkan” FBnya. Akhbar Weekly World News melaporkan
bahawa pengasas laman sosial itu sedang menghadapi tekanan untuk terus
menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook
sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah
mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan
ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo
Alto baru-baru ini.
Dalam
satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara
peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir
ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai
akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."
"Saya
tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata
Zuckerberg.
Berusia
27 tahun. Sudah mencapai taraf billionaire dan mengungguli antara individu yang
mempunyai kekayaan hebat di dunia. Namun, jiwanya kosong dan tertekan.
Buat peringatan bersama..
Apa guna harta menimbun, bila jiwa kosong tanpa agama dan redha Ilahi.
Renungkan..