Monday, January 10, 2011

Kaya Harta Miskin Jiwa




Salam mesra buat semua..

Sehari dua ni agak kecoh dengan ura-ura penutupan facebook pada tanggal 15 Mac 2011 ini. Ramai yang tak senang duduk nampaknya. Pada saya, elok juga kalau ditutup. Walaupun facebook ada kelebihannya, namun jangan lupa, keburukannya juga besar.

Bukan isu penutupan FB yang menjadi fokus saya, saya tertarik dengan luahan rasa pengasas FB iaitu  Mark Zuckerberg yang seakan sudah putus asa untuk terus “memperjuangkan” FBnya. Akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Berusia 27 tahun. Sudah mencapai taraf billionaire dan mengungguli antara individu yang mempunyai kekayaan hebat di dunia. Namun, jiwanya kosong dan tertekan. 

Buat peringatan bersama..
Apa guna harta menimbun, bila jiwa kosong tanpa agama dan redha Ilahi.
 Renungkan..


2 comments:

Liz said...

Liz teramat setuju kalau facebook ditutup....banyak sekali keburukannya ya...manusia lalai..setiap detik sentiasa berzikir dengan facebook terutama teenagers...Liz mulanya juga addicted tapi bila difikir2 membuang masa juga..hehehe harap2 blog jgn ditutup ya...yang ini boleh juga control time hehehe

Ummu Ammar said...

Liz> Setuju ngan pendapat Liz..antara keburukannya, mendedahkan manusia kpd sifat menunjuk2, riak dan menghilangkan nilai diri seseorg..contohnya saya pernah respect seseorg krn keperibadiannya tp bila di FB, pandangan saya tercalar krn catatannya dan peribadinya adalah dua medium yg sgt berbeza..so, hati2 mencatat di FB krn ia menghilangkan nilai diri sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...