Salam ukhuwwah.
Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menjamu selera di sini. Biarpun premis makanan segera 100% produk Muslim keluaran HPA Industries iaitu Radix Fried Chicken (RFC) sudah beroperasi hampir setahun di Kuala Terengganu, petang Khamis lepas, saya berpeluang ke sana setelah diajak rakan sekuliah.
Saya akui, saya sudah jatuh cinta sejak mula melangkah masuk sehinggalah menyudahi santapan. Kepuasan terasa kerana dapat makan tanpa rasa was-was kerana makanan yang disediakan adalah berkonsepkan ayam segar organik. Tan, rakan saya berbangsa China berkali-kali memuji keenakan hidangan dan berazam untuk datang lagi menjamu selera.
Chicken Delight |
Satay ~ Sedap! |
Susun atur yang kemas & moden |
Salah satu sudut yang menarik |
Sabda Rasulullah SAW:
"Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap umat Islam."
Saya sudahi entry ini dengan mengajak anda berhijrah ke RFC. Intai-intailah kewujudannya di kawasan anda kerana cawangannya sudah bertambah di sana-sini. Sokongilah produk Muslim seperti mana sebelum ini anda mampu menyokong resepi Kolonel Harland Sanders, pengasas (KFC) ~ yang bukan Muslim pun..
7 comments:
Saya antara belum merasa RFC, insyaAllah teringin nak rasa kalau jumpa? RFC KT di mana ya?
nadiah dah pernah makan beberapa kali dah ayam goreng RFC di sg.petani. memang sedap! tapi nadiah tak pernah masuk pun kedainya...tunggu dalam kereta je sementara mak ayah gi beli :)
Alhamdulillah,mereka telah berjaya menunaikan fardu kifayah.....tapi ada desas desus defisit mereka agak terganggu akbibat kesilapan pengurusan...satu yang menyedihkan...Sama-sama kita doakan agar pihak pengurusan mereka meyedari dan membuat baikpulih dengan segera.
Zefa..
RFC K Trg ~ belakang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.Alamat dan peta lengkap..rujuk http://hpakt.wordpress.com/2010/12/01/rfc-kuala-terengganu/.
Nadiah..
Bila menjamu selera di dalam RFC..terasa macam tenang je. Suasana Islamik. Masa akak pergi tu ada beberapa keluarga dan group anak muda yang menunggu waktu berbuka puasa.
Makbonda..
Insya Allah. kita sama-sama doakan. Perniagaan makin maju, maka makin besarlah cabaran dan dugaan.
besarnya satey nampak menyelerakan...untung rakyat terengganu byk restoran makanan yg dh tentu halal...alhamdulilah
Post a Comment