Thursday, September 15, 2011

Kerana RM30


"Logam tembaga yang mampu dijual sebagai barangan lusuh pada harga RM30 sekilogram, menyebabkan kabel telefon milik syarikat penyedia khidmat telekomunikasi, Telekom Malaysia (TM) Berhad, di kawasan luar bandar, menjadi sasaran mudah kecurian pihak tidak bertanggungjawab. 

Kecurian menjadi-jadi jika harga tembaga dalam pasaran naik kerana pihak tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan mudah, walaupun hakikatnya mereka menyusahkan orang ramai".

Saya petik keratan di atas dari akhbar tempatan tentang gejala kecurian kabel yang membebankan orang ramai dan menyebabkan TM kerugian berjuta-juta ringgit.

Saya kira kenyataan di atas adalah jawapan saya kepada  beberapa orang sahabat yang bertanyakan kenapa saya menyepikan diri selepas entry Semangat Yang Hilang yang lepas. Adakah semangatku benar-benar hilang melayang sehinggakan blog dan FB tidak terusik. Terima kasih buat yang prihatin~anda sememangnya prihatin biarpun sekadar tertanya-tanya jauh disudut hati.

Alkisahnya, semua itu hanyalah kebetulan. Alhamdulillah, setelah kuliah pertama Interactive Technologies I tempoh hari, saya kembali bersemangat waja untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Cuma, kesulitan bermula apabila kecurian kabel TM berlaku di kawasan perumahanku di hujung Ramadhan lepas. 

Kabel 6 tiang menjadi mangsa insan tidak berhati perut. Pasti puas hati si pencuri dapat keuntungan besar, sedangkan insan-insan lain kerugian apabila talian telefon dan internet terganggu hampir sebulan. Lebih-lebih lagi ketika menyambut 'Idulfitri yang mulia.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah, tindakan cepat pihak TM telah berjaya menangani masalah ini apabila kabel bawah tanah menjadi alternatif agar tidak kecurian lagi. Sangat lega. Banyak kerja terbengkalai dan urusan pengajian dapat berjalan kembali.

Insya Allah, jika ada ruang dan peluang, blog ini akan diupdate seperti biasa.

4 comments:

Nadiah Sidek said...

salam kak...maaf lama tak ke sini. nadiah lama tak berblog & blogwalking. baru semalam mula balik berblog

kabel sekarang ni memang kena buat bawah tanah la. kerap juga dengar pasal kes kecurian kabel

Hamizah said...

ooo..
itu sbbnya..
selamat bjuang..
kita dah nk blk sebln dua lg..
xsabar rsnya..weeeeeee..
tp bila igt nk ngaja aduh!!!!!!!lemah smgt..

Ummu Ammar said...

Nadiah,

Akak pun terasa kehilangan Nadiah. Tertanya-tanya juga kenapa lama menyepi..semoga lepas ni rajin update blog sbb ramai peminat yang rindu..:)

Ummu Ammar said...

Mizah..

Wah..tak lama lagi boleh bersua muka la kita..tapi apakah masih di sekolah yg sama?..hehehe

Base dia doh lama tinggal sekolah..lama-lama OK ah tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...