Beberapa minggu yang sungguh memenatkan. Memasak adalah terapi terbaik meredakan tekanan yang menghuni jiwa raga. Saya hanya tukang masak tak bertauliah yang gemar memasak. Abaikan rupa yang tidak seindah mana asalkan rasa melekat di hati. Resepi kali ini saya ambil dari buku resepi kesayanganku..1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza. Selamat Mencuba.
1/2 cawan gula & 1/2 cawan air ..
(dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti)
Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad
Hiasan
1 tin buah koktel/peach
Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktail dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susun dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail atau buah peach
8. Sejukkan sebelum dihidang.
4 comments:
As'salam sdp tu dpt mkn puding ni... mmg fv....nak pulak ada buah2 campuran
Salam Kak Sheila,
Sungguh berbesar hati menerima komen dari pakar masak macam akak..segan pun ada..kalau akak buat mesti lg meletup..:)
Assalamualaikum UA.. lama sungguh tak tinggal jejak di sini. Selalu intai2 sahaja.. Mlmni mata ngantuk jadi segar semula gara2 intai puding roti karamel UA.. :D
Zefa,
Janganlah intai2. Masuk je dan buat macam rumah sendiri..:)
Puding UA tidak secantik puding roti karamel Zefa..:)
Post a Comment