Sunday, March 28, 2010

Kini Usiamu 7 Tahun

Salam mesra buat semua...

Bila tibanya tarikh 28 Mac, tiba-tiba hati saya jadi sebak. Tarikh keramat yang cukup bermakna dalam hidupku. Saat pertama saya menjadi seorang ibu setelah melalui saat-saat getir melahirkan bayi lelaki comel seberat 3.4kg ke dunia ini jam 3.00 pagi 28 Mac 2003. 

Sepanjang tempoh 7 tahun ini, banyak susah senang membesarkannya. Saya pernah menangis tanpa henti dalam bas semasa perjalanan dari K Terengganu - Segamat semasa meninggalkannya untuk kembali bertugas di Segamat selepas tamat tempoh cuti 60hari. Satu minggu di sana, saya hanya berendam airmata kerana rindukan Ammar apatah lagi dia menyusu badan. Lalu saya nekad membawanya bersama saya selepas tu.

Ammar seorang anak yang manja dan aktif. Sentiasa inginkan perhatian. Suka bercakap dan bercerita dan mahukan kita mendengar apa yang diperkatakannya. Kuat makan juga. Kadang-kadang suka memberontak dan degil  juga tapi ada beberapa sisi dalam dirinya yang saya kagumi.Pintar, prihatin dan bertanggungjawab.

Di bawah ni, gambar-gambar pilihanku sepanjang tempoh Ammar membesar dan memberi erti yang amat bermakna dalam hidup kami sekeluarga.

Ammar 7 bulan

Ammar 2 tahun

Bersama adik Afiq

Ammar 5 tahun -  Masa ni dah start montel..

Ammar 6 tahun


Ammar di usia 7 tahun. Makin montel dan sihat..

Menginjak usia ke-7. Sanah Helwah ya bunayya, semoga menjadi anak yang soleh, taat ibadah, patuh dan hormat pada ibubapa dan orang tua , semakin cerdas, pintar, kreatif, berdikari dan percaya diri. Ummi dan Abi hanya bisa mendoakan dan berusaha sedaya mungkin membahagiakanmu dan melengkapi keperluan duniawi dan ukhrawi buatmu. 

Teruskan langkahmu
Capailah impianmu
Luaskan ilmu dan pemikiranmu
Gapailah awanmu
Jangan lupa pada Tuhanmu
Kerana Dialah Yang Satu
Penentu kebahagiaanmu
Di dunia yang menipu
Dan di akhirat yang diburu

14 comments:

TUKANG KATA said...

Selamat hari lahir kpd anakandamu UA..

moga sentiasa dirahmati Allah sentiasa!

:)

sI tEDI said...

sihatnya ammar,

Selamat Hari Lahir ammar..

deena farhana said...

selamat hari lahir ammar...comelnye!

helmy sudin said...

sanah helwa Ammar!

semoga jadi anak yang soleh,bijak,pintar.boleh belajar kat mesir macam ummi dia =)

x pun kat joden macam paman dia :p

Nida said...

Selamat ulang tahun kelahiran buat Ammar, semoga menjadi anak yang membahagiakan hati kedua ibubapa..aminn

Dulu masa Nida KPLI di Batu Rakit, anak Nida baru berusia 6 bulan dan masih menyusu badan sepenuhnya..

Setiap hari Nida menangis mngenangkan anak yang jauh di Johor...

makbonda said...

Semoga Ammar membesar dengan memunafaatkan umurnya dengan bermakna.......

Ibuhani said...

selamat ulang tahun Ammar, Semoga jd anak yg solleh n berguna dunia akhirat n sentiasa dlm perlindungan Allah SWT :)

mamalieyna said...

Selamat Hari lahir buat ammar...! comeinya ammar waktu baby dulu tu...skrg...bertambah2 comelnya! ^_^

Ummu Ammar said...

Tukang Kata, si TEDI, deena..

Terima Kasih atas ucapan buat Ammar.

helmy..

Insya Allah. Dia ingin bebenor pg Mesir tgk camne rupanya tempat belajar ummi dan abi. Tp kalau ikut jejak paman dia ke joden ok gak..:D

Ummu Ammar said...

Nida..

Hmm.. Nida buat KPLI kt Mktb Batu RAkit rupanya..dulu masa KPLI, ramai gak kwn2 yg tpaksa tinggal anak kt kg..masa tu akak belum kahwin..tapi bila dah melalui sendiri walau hanya tempoh seminggu jer berpisah..ia sangat memeritkan..

Macam mana la Nida melalui tempoh setahun yg panjang?..Akak salute pd ketabahan Nida..

Ummu Ammar said...

mak bonda, ibuhani..

Syukran atas doa kalian berdua. Insya Allah. Ameen

mamalieyna..

Hihihi..Makin besar makin comel badannya kan?..risau gak sebenarnya sbb dia kuat makan..harap2 taklah bawak sampai dewasa..

Ummu Husna said...

Salam, Ummu Ammar..

Alhamdulillah. Tahniah buat Ammar atas ulangtahun kelahiran ini. Sanah helwah ya bunayy..dan tahniah juga buat Ummu Ammar yang berkorban segalanya sebagai seorang ibu.

Semoga Ammar terus membesar sebagai anak yang soleh dan muslih, ameen.

QuEeN Of 2 Heroes said...

selamat hari lahir ammar... moga jadi anak yg soleh... :) teringat lak dulu...hampir nak namakan darwish ngan nama ammar...cantik nama ammar ni... :)

Ummu Ammar said...

Kak Ina..

Teruja saya bila Kak Ina singgah komen kt sini..saya ni peminat Kak Ina..hihihi..Syukran atas doanya. Ameen.

Nadia,

Syukran Nadia krn sudi ucap dan doakan utk Ammar..nama Ammar tu akak yg pilih...nanti ble dpt second baby boy..Nadia bleh ltk nama tu..hihihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...