Saya pernah berkongsi tentang Kisah Diet & Kalori, ia membuktikan keazaman diriku yang kuat untuk menurunkan berat badan. Alhamdulillah, hampir dua bulan meminggirkan nasi 5-6 hari seminggu dan mementingkan makanan berkhasiat, memberi impak lumayan bila berat sudah tidak mencecah angka 60kg. Kesibukan dan tekanan sedikit mengoyahkan, apabila rutin kian diabaikan. Untuk memugar kembali azam yang kian pudar, cerita tentang lemak visceral mungkin boleh membantu..saya dan anda?
Lemak visceral berbeza dari lemak tubuh lainnya (lemak subkutan-lemak di bawah kulit).
Lemak Visceral juga disebut lemak intra-abdomen, iaitu lembaran
lemak yang mengelilingi organ internal tubuh manusia yang ditunjukkan
dalam ukuran ketebalannya. Sedangkan lemak subkutan berada di sisi lain,
adalah lemak tubuh yang berada dekat dengan permukaan kulit dan
dianggap kurang berbahaya, dan lebih mudah dihilangkan berbanding
lemak visceral.
Kajian telah menunjukkan bahawa manusia dengan lemak visceral lebih berisiko tinggi terhadap penyakit jantung, stroke, diabetes, darah tinggi dan lain-lain. Orang yang jarang bergerak, perokok dan peminum memiliki lebih banyak lemak intra-abdomen atau lemak visceral daripada orang yang aktif yang bukan perokok dan non-peminum. Stress mungkin juga menjadi faktor dalam pembentukan lemak visceral di dalam tubuh.
Menghilangkan lemak visceral lebih sukar daripada lemak subkutan kerana lemak tersebut lebih kuat tertanam/menempel di dalam tubuh manusia. Pakar perubatan mengesyorkan tiada cara lain yang dapat menyingkirkan “visceral body fat“, melainkan melalui senaman secara berterusan. Siapa sangka, senaman seperti berjalan kaki di taman sebanyak 3 kali seminggu mampu mengatasi peningkatan jumlah “visceral body fat“. Selain itu pemakanan yang sihat juga membantu mengurangkan lemak visceral dalam badan kita.

Sumber : Internet
3 comments:
Terima kasih berkongsi info. :)
so jgn stress2 ye....nanti lemak terbentuk kt badan kita....tq 4 d info... :)))
Nida..
Sama-sama. Sharing is caring.:))
Kak Ani..
Sama-sama. Itulah pasal..makan dah jaga..tp stress tu setiap hari ada..:)) Insya Allah akan dikawal sebaiknya..
Post a Comment