Tuesday, January 12, 2010

Sindrom Anak Kedua


Salam syukur, salam takzim buat semua...

Sudah beberapa hari, saya menghilang seketika. Bukan disengajakan tapi terpaksa. Lalai dan busy punya pasal, bil broadband saya 2 bulan tidak berbayar. Maka no internet, no blogs, no FB dan lain-lain sebab dah kena potong..Hari tu masa settlekan bil2 lain. Entah macam mana boleh tercicir bil broadband ni kat kampung. Bila tertangguh dari hari ke sehari. Macam ni la jadinya..Lepas ni kena bayar bil secara online la nampaknya..jimat tenaga dan masa..

Hari tu lepas keluarkan entry pasal Ammar dan fasa persekolahannya yang baru bermula. Saya bercadang pula nak tulis entry pasal adiknya, si Afiq. Tapi dek kesibukan  membuatkan saya tidak dapat mengupdate selepas entry tu. Afiq ada terpandang entry tu kat blog saya..maka merajuk la dia. Siap cakap lagi.."Ummi ni asyik gambar Ammar jer..Afiq takde pun.." Moncong2 mulutnya merajuk sambil matanya menjeling tajam ke arah saya. 

Kalau Ammar mengikut abinya bersekolah di Kuala Terengganu, Afiq pula bersekolah di prasekolah SK Saujana. Bersebelahan dengan sekolah saya. Oleh kerana sejak umur 4 tahun Afiq sudah ke taska. Jadi rutin pagi seperti bangun awal dan bersedia ke sekolah merupakan perkara yang mudah baginya. Sekali sekala ada la jugak meragam sebab mengantuk atau kurang sihat. Selain dari itu Alhamdulillah, mudah sekali menguruskannya. Dia pun seronok dan teruja macam abangnya. Namun, dia lebih berdikari kalau dibandingkan dengan abangnya semasa mula-mula bersekolah dulu.


Saya suka memerhati pembesaran anak-anak dari pelbagai sudut : fizikal, mental, emosi, sosial dan sebagainya. Banyak beza perilaku antara mereka berdua. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing yang tersendiri.

Ammar walaupun aktif sangat tapi jiwanya sangat lembut dan manja. Mudah tersentuh dan cepat menangis kalau dimarahi. Tapi mudah membantu bila diperlukan. Satu lagi Ammar ni suka sharing dengan kami tentang pengalaman hariannya tatkala di sekolah ataupun tentang perkara-perkara baru yang dtemuinya. Memang gemar bercakap.

Manakala Afiq lebih keras dan degil. Kadang-kadang dia memberontak dan agak cemburu dengan abangnya. Sengaja dicarinya ruang untuk bergaduh dengan abangnya. Dia juga sukar untuk menceritakan apa yang dilalui dan dipelajari di sekolah. Kadang-kadang kalau mood dia ok ada la jugak dia bercerita. Ini menyebabkan saya sukar untuk mengagak prestasinya di sekolah. Tahu-tahu dia dah pandai membaca. Namun kelebihannya, dia pandai berdikari dan membawa diri. Sangat teliti dan kemas. Kadang-kadang dia agak sensitif juga. Bila dia tengok saya menangis, dia turut menangis sama.

Bagi saya, mahupun ibu-ibu lain di dunia ini, kasih sayang pada anak-anak adalah sama rata. Tiada beza walau sedikit pun. Setiap anak ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing. Walaupun anak yang keras dan degil lebih kerap dimarahi berbanding yang mendengar kata ia semuanya adalah fasa pendidikan bukannya pilih kasih. Afiq mahupun Ammar, kalian berdua adalah permata hati dan belahan jiwa ummi yang sangat ummi sayangi..

Mungkin anda pernah mendengar sindrom anak kedua. Rata-rata anak kedua mempunyai sikap yang hampir sama. Lebih keras, degil, panas baran dan mudah memberontak berbanding anak sulung dan anak-anak yang lain..Dialog biasa yang kita dengar...”Biasalah.. anak kedua memang macam tu...”.Tapi saya rasa tidak semua anak kedua begitu. Apa-apa pun untuk panduan ibubapa semua terutamanya yang merancang untuk mendapatkan anak kedua ...mungkin info di bawah boleh membantu..

Berlaku kerana kehamilan tak dirancang
- Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi

" Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik," Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat

"Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan. Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan.

"Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia.

"Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia. Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan.

Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak.

Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor menyumbang kepada perasaan tertekan si isteri.

Anak Kedua Lebih Fleksibel
- Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

"Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fl eksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.

25 comments:

gyan MD said...

salam..
semoga dimakbulkan doa utk sepanjang tahun ini. amin. cuma perkara ini adalah sebahagian dr hikmah & kekuasaan Allah kepada hambaNYA yg berfikir..

Ummu Ammar said...

Salam myself..

Dah lama tak meninggalkan komen kt sini ye..Syukran atas doanya..

Betul tu..Kaji dan berfikirlah atas setiap kejadianNya..pasti ada rahsia tersendiri..

Nadiah Sidek said...

slalu jgk dgr psl sindrom anak ke-2 ni. nk bndingkn dgn adik-beradik sendiri..nadiah 2 beradik je pun. hehe. tp adik nadiah ni agak keras kepala gk la. slalu memberontak & salu jeles dgn kakaknya yg sorg ni. dia duk anggap mak ayah lebihkn nadiah dpd dia..huhu. skrg ni nmpk berubah la skit adik nadiah tu.

tp sindrom ni tak kena lak dgn mak nadiah. sgt kontra. mak anak no.2 juga tp dialah yg byk mengalah, dia la yg byk bertolak ansur dgn adik-beradik..(rs nk mengalir air mata tulis benda2 ni). maaf kak, takleh nk taip lg dh..

Ummu Ammar said...

Salam Nadiah..
It's OK dik...Nampaknya entry ni bagi kesan tersendiri buat Nadiah..

Mcm situasi mak Nadiah..Akak rasa x semua sindrom anak kedua ni dihadapi oleh semua anak2 kedua dlm mana2 family..its depends on cara diaorang dibesarkan, situasi family, pendidikan d sbgnya..

Nurul Izza said...

kebetulan iza ank kedua.susah nk cerita tp iza mmg sgt tak suka berkongsi brg. sebab brg iza jaga 10 tahun pon masih elok.kalau adik2 guna, sure tak mcm tu.contoh tudung. iza jg elok 5 tahun pakai, dpt kt adik bongsu. dia pulak masuk mesin.hbs tudung2. semua adik2 tau, brg kakak dia ni mmg susah skit nk kongsi

tpi iza juga sennag sgtla kuar air mata. dan sgt tak boleh tgk mama diambang kemurungan, kesedihan (ive a lot story behind this.)
tapi juga dsebabkan along masuk asrama dari form 1, kami byk sgt beza.along mmg pandai dan bijak iza pula sebaliknya. sebabkan along msk asrama iza jd ank sulung. jd apa2 hal mmg dgn adik2.

iza rs kesemua perangai depends on ibu bapa, cara dibesarkan, situasi fmly dsbg.

Nida n' Hanafi said...

Salam Ummu Ammar..

Kisah si Afiq sama dengan Nur Hazirah anak kedua Nida, dan kehamilannya pun tanpa dirancang..

Berdikari, manja, suka sharing apa jua yg berlaku... semuanyalah sama dengan Akak Azi.. cuma satu jer yg berbeza sedikit, kalau Afiq mudah bangun pagi, Akak Azi pula Masya Allah punyalah liat nak bangun... :-)

Ibuhani said...

Salam Ummu Ammar,
wah! Handsome si Afiq ni n pandai bergaya orgnya :)

Kak Ani setuju ngan Ummu Ammar yg pembesaran anak2 depends on cara dia orang dibesarkan, situasi family, pendidikan d sbgnya sbb keadaan ini yg akan membentuk karektor anak2......

Ummu Ammar said...

Izza..

Afiq dan abinya kebetulan sama anak kedua. Masya Allah. Byk persamaan antara mrk..antaranya ada persamaan ngan Izza. Sgt teliti dan kemas. Brg dia tak boleh dusik sembarangan. Kalau ambik mcm tu..letaknya macam tu la..

Suami akak dah lain sikit sejak kahwin dgn akak..dulu adik2 dia mcm gerun sikit ngan dia..tp dr masa ke semasa akak slow talk dgn dia..Alhamdulillah..skrg dia dah mesra alam ngan adik2 dia..

Ummu Ammar said...

Nida..

Afiq dulu pun memang hamil tanpa dirancang. Masa tu Ammar belum cukup 1 tahun. Dah la akak kt Johor dan suami kt Trg. Akk ambik masa utk menerima keadaan itu..sekarang rasa menyesal lak bila igt semua tu..kerana anak sbnrnya adalah rezeki dr Allah..

Akak Azi liat bgn pg? Ish..ni dh tertukar..biasanya bdk lelaki yg liat..agaknya dia penyejuk kut..

Ummu Ammar said...

Kak Ani..

Afiq mmg suka bergaya..lg satu dia mmg 'makan' dek gambar..

Sbg pendidik mmg nampk sgt..yg situasi family memainkan peranan penting dlm pembentukan ank2...pljr yg bmasalahan majoritinya dr family yg porak peranda dan asas pendidikan yg rendah..

So..utamakan keluarga anda..

gyan MD said...

salam lagi satu kali..

agak lama myself x tinggal note kat sini kan.. tp sentiasa mgikuti.. cuma bnyk perkara yg perlu diberi perhatian. cuma tertanya2, dlm konteks kacamata agama kita.. ada tak pendapat2 @ perbincangan2 oleh cendikiawan islam masa silam.?

p/s : myself cuba korek rahsia berguna ni..

mamaarifakeemaisy said...

alahai sudah pandai afiq jeles2 ngn abang ammar ye..ye la nmpk muke abg ammar jer kt blog ummi eh! ^_^

thanks for sharing info, bagus ni...tuk pnduan bersama. ^_^

Ummu Ammar said...

myself..

Menarik juga kalau dapat tahu pendapat ilmuwan Islam tentang perkara ni..Insya Allah, kalau ada kesempatan saya cuba buat research..

Nanti kalau myself jumpa psl ni bleh la kongsi kat sini yer..

Ummu Ammar said...

mamalieyna..

Hari tu masa entry psl birthday Afiq kt blog ummi, abang Ammar jeles gak..kira seri la tu..

Semoga info ni dapat membantu mamalieyna..

yatie chomeyl said...

kalau anak ke3, apa plak sindrom nya kak? *saya anak ke-3* hehe

Ummu Ammar said...

Yatie..

Tak tahu la plak kut2 ada sindrom anak ketiga..tp setakat ni rasanya hanya ada sindrom anak kedua jer..yatie kena buat research ni..

Nurul Izza said...

YC mcm sedih je ye.org kata ank ke3 sangat bertimbang rasa.dan sgt penyayang.ada ke ciri2 tuh? ekeke

kdg iza rs anak kedua ni mmg byk persamaan. iza jenis hati mudah je menangis, hati tisu mcam tu.

tang yang barang tu, hah mcm tula iza.ekeke.yeay leh geng dgn afiq.

tang adik2 tu, along macam tu.iza dan adik2..macam kawan.kadang dibulinya iza ni.(iza ank kedua dr 7 adik beradik dan kami beza setahun sorg..) bayangkan...

mama is a wonderful mom. keje + anak sorg setahun, xde maid, superb mom..katanya bukan xnak plan..tp dimarah oleh atuk (mertua mama katanya mcm xnak rezeki..pelik iza dgr)

gyan MD said...

ummu amar..

insyaAllah. tapi kalau sy jadi afiq pun sy jeles dgn ammar.. ummi dier pun taruk nama blog pun "ummu ammar".. camlah ummi kpd ammar sorang.. kan..? hehehe..

saja usik

Ummu Ammar said...

Hati tisu? Akak suka istilah tu..akak pun jenis hati tisu gak..sama la kita..tapi akak anak ke 10..

Ya Allah kagumnya akak pd mak Izza..akak anak 2 ni pun kdg2 mcm x sempat jer..tp xpe nanti bila anak2 dah dewasa, senang la mak Izza..

Izza, nanti Izza kena jd camtu gok, deh?

Ummu Ammar said...

myself..

Afiq belum perasan sgt..tp Ammar dah pernah tanya..knp nama Ammar..ni blog Ammar ke ummi?

Mcm ni la saya explain kt dia..

Ummu Ammar maksudnya ibu@emak Ammar. Cara org Arab menggelarkan diri mrk. Hanya nama anak sulong je yg digunakan pd hujung ummu ( emak) atau abu ( ayah )..myself pun boleh cuba..abu ( letak nama anak sulong )

Lg satu Ummu Ammar adalah nama gelaran tokoh wanita syahid pertama dlm Islam - Sumayyah..sbb tu saya suka..

Unknown said...

ummu ammar,

dlm kes kakyong kan.. bukan sindrom anak ke-2 tp sindrom anak ke 3.. sbb masa pregnant Aliya memang tak expect.. masa tahu pregnant tu.. emo juga utk satu tempoh masa... mana tak nyer sbb anis masa tu baru 3 bulan.. tup2 lekat plak sorg lagi...

Ummu Ammar said...

Kak Yong..

Rapatnya anis ngan aliya..takpe la kak yong..rezeki tu..mcm saya gak la masa ngandungkan afiq..ambik masa utk menerima keadaan tu..lama2 bila diri mula redha, rasa bsalah sgt..satu pengajaran utk diri...dan skrg bila dah lama mendambakan 'rezeki' yg dinanti2..hati saya sentiasa bermuhasabah..mungkinkah ini peringatan dr Allah atas kesilapan saya dulu..

Anonymous said...

Salam.. Saya merupakan anak ke-3 dari 7 orang adik-beradik… Daripada apa yg puan ceritakan di sini sememangnya betul dgn apa yg berlaku kepada kakak saya yg merupakan anak ke-2… Sampai ke besar perangai dia degil, suka dengki, memberontak, barang2 dia pantang di usik, dan solah2 dia dipinggirkan oleh ibubapa.. Walhal adik-beradik lain tak pernah pun merasai ibubapa kami pilih kasih.. Perangai kakak ini agak melampau hingga mendatangkan perasaan sedih dlm kehidupan kami sekeluarga… Harap pembaca di sini memberi tumpuan yg sepatutnya utk ‘settle’ perangai anak yg kedua sejak kecil lagi, agar tidak menjadi nanah dlm keluarga bila dia dah dewasa kelak…

Anonymous said...

Salam . i just want to share . there is no one can felt what 2nd child felt . only 2nd child vs 2nd child understood each other . tahu tak kenapa ? Sbb mostly ibu x bersedia nk concieve second baby . so sikap x dapat menerima tu berterusan disalur kan kepada baby dlm kandungan for almost 9 months . we felt unaccepted . most awards goes to 1st child most love goes to the youngers . what left behind for second child ? There is no place for us(2nd child) in family . that is y we seek for outsider love . friends . teacher etc ... Some people just dont understand us . we felt neglected ... All we do is try to fought for unresponsive attention from parents .. :'( ... This is sincere from deepest in my heart .. Im hvg second child syndrom in my self .

Anonymous said...

Salam
Cuba tanya dia elok elok . speak with shoulder to shoulder . tanya . kenapa dia begitu .. Sbb apa .. Punca diaa .. Cakap lembut2 . anak kedua sgt sensitif dan lembut .. Insyaallah penyelesaian akan sampai . saya anak kedua tapi saya bukan nanah dlm keluarga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...