Friday, February 05, 2010

Apa Ada Pada Nama?


Salam buat semua..

Seorang sahabat ada bertanyakan saya beberapa nama cadangan untuk anaknya yang bakal dilahirkan. Pesannya nama-nama tu mestilah yang ada maksud baik dan sedap disebut. Atau dalam erti kata yang lain, ada komersialnya.

Pada saya nama yang baik, cukuplah yang ringkas dan ada makna yang baik. Macam nama saya sendiri. Maksudnya yang lemah lembut. Memang menggambarkan diri saya. Ye ke? 

Nama anak-anak pun cukup ringkas. Ammar saya yang pilihkan. Satunya kerana ia adalah nama sahabat nabi iaitu Ammar bin Yasir dan satu lagi kerana makna di sebalik nama tersebut, yang memakmurkan. Harapannya moga kelahiran si anak bakal memakmurkan hidup kami di dunia ini mahupun setelah kami tiada lagi nanti. Afiq, nama pilihan suami saya. Maksudnya yang berpengetahuan. 

Masa mula-mula menamakan anak dulu, ramai yang bertanya itu jer ke? Kenapa tidak diberi murakkabnya ( nama sambungan )? Kami fikir, satu nama sudah memadai. Ditambah dengan gelaran "raja" dari sebelah keturunan suami saya, yang mahu dikekalkan, bagi kami itu sudah cukup panjang. 

Kadang-kadang nama panjang berjela pun, tapi dipanggil orang, dua tiga huruf sahaja. Macam nama salah seorang murid saya. Namanya sahaja sudah 4 patah ditambah dengan nama ayah yang 3 patah perkataan jadilah 7 patah perkataan. Jenuh nak menulisnya. Apatah lagi nak mengisi borang-borang atau apa-apa urusan yang berkaitan..tak pasal-pasal bila dia dewasa nanti, dia pulak akan menyalahkan ibubapa dengan nama-nama yang panjang tu.


Nama adalah identiti dan nilai diri. Pengenalan awal diri seseorang bergantung kepada nama. Bahkan, harta pertama yang diberikan ayah atau ibu kepada anaknya adalah nama. Islam menetapkan ibu bapa menamakan anak dengan nama yang bermaksud baik. Sifat manusia sukakan yang indah dan baik. Islam itu indah. Allah sukakan yang indah.

Justeru, pemilihan nama anak tidak harus dipandang ringan. Nama anak yang didaftarkan tidak boleh ditukar, melainkan atas keperluan tertentu. Sebagai Muslim kita percaya kepada hari kebangkitan atau hari akhirat. Sesungguhnya nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat. Setiap anak Adam dibangkitkan dan dipanggil dengan nama seperti nama di dunia.


Sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Pemilihan nama anak secara tidak langsung melambangkan identiti ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak mereka dengan penuh teliti dan berhemah. Nama yang baik adalah doa, harapan ibu bapa kepada anak mereka. Dengan memberikan nama yang baik, mencerminkan niat suci ibu bapa supaya anaknya menjadi manusia yang baik seperti tersirat di sebalik namanya.

Sebaliknya, nama yang bermaksud buruk diumpamakan seperti sumpahan. Nama buruk mencemarkan taraf kedudukan manusia sebagai makhluk paling mulia di muka bumi
. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’...

Setiap ibu bapa ingin melihat permata hati mereka membesar dan hidup dalam baik, berjaya dan selamat. Permulaan hasrat itu perlu dilakukan dengan memilih nama yang baik. Nama dapat memberi pengaruh terhadap orang yang diberi nama.

Memilih nama baik untuk diberikan kepada anak adalah kewajipan ibu bapa. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat mengenai kewajipannya sebagai ayah. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabda bermaksud: “Hendaklah kamu memperelokkan namanya, didik dan asuhlah dia serta letakkan dia di tempat sebaik-baiknya. ” (Hadis riwayat at-Tausi).

Proses memberi nama anak perlu dilakukan sebaik mungkin mengikut garis panduan yang diberikan Islam. Jangan pakai ikut suka hati tiru pengaruh Barat. Makin ramai tertarik dengan nama berbau kebaratan yang didakwa lebih moden dan sedap itu.


Saya jumpa artikel berguna panduan memilih nama anak di blog Abu Umair. Boleh klik di sini

Sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

 5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

 6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8)Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin
فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama.
Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Moga jadi panduan berguna buat semua..

17 comments:

Nurul Izza said...

kwn iza yg bersalin tahun ni ada nama anknya..maya .... .... .... hush..4 patah perkataan.paggilnya satu je.ms nk namaakan anakpon mmg hubby xnak nm berjela.cukup 2 pth.sbb di8a nk ank pompuan ada nurul juga.

ms iza belajar bahasa arab dulu, org arab nama nya penuh dgn pnggiln.ni kes xberapa nk phm sgt sebenarnya.tp sasteranya indahh

mamaarifakeemaisy said...

Info yang baik utk dijadikan panduan..nama anak kita pun pnjg la,Muhammad Arif Haidar.. ghupenya tak berapa elok ye..huhu..kengkadang kita cam tamak jer nak namakan anak, nak jugak lebih dr 1..huhu..

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak....terima kasih info nih...nanti boleh bagi untuk anak lain...kalau ada lagi la...hehehehe.

ibuaiman said...

nama saya pun pjg sbb ade nama keluarga jadi pjg, mmg penat nak tulis masa exam..hehe...ehh nama saiful islam tak elok?kan tu nama anak ustaz hasrizal?

Chik Na said...

setuju..kita perlu letan nama yang baik-baik kerana ianya mencerminkan peribadi anak tersebut

Ibuhani said...

yelah....nama penting sbb kdg2 org boleh tafsir peribadi seseorg melalui nama...

Unknown said...

salam kak,besnye info ni..betul la kdg2 nama panjang tp panggil pendek je.baik bg nama pendek yg senang dipanggil & ada makna yg baik..nama mencerminkan keperibadian seseorang..

Nadiah Sidek said...

masa nak bagi nama anak dulu, nadiah dgn suami berselisih sikit...dia nak bubuh nama anak 2 nama, nadiah pulak tak setuju sebab nadiah nak bagi 1 nama je yg simple & baik maksudnya, tak suka nama pjg2..nantinya panggil pendek je. last2 nadiah kata, kalau nak bubuh 2 nama, jgn letak 'wan' kat depan (keluarga suami mmg ada wan kat depan)..baru dia setuju dgn 1 nama je..hehe

sblm tu byk juga la nadiah cari point supaya suami setuju dgn 1 nama. nama family nadiah & adik-beradik suami pun simple & 1 nama aje (tak termasuk wan la) tapi dia pulak nak bubuh nama anak berjela2. nasib baik dia setuju jgk dgn 1 nama..maka jadilah wan safiyyah binti wan zaki :)

Ummu Mishkah said...

salam..

info yang memang perlu diketahui olh semua, tapi nak menambah sikit.. sori yer tuan rumah!

1. Kalau kat Malaysia ni nama anak boleh lagi ditukar di JPN selagi anak belum capai umur 2 tahun.

2. Antara sebab kenapa kita
perlu memberi nama anak dgn nama yang baik dan menggambarkan identiti muslim ialah kerana di akhirat kelak kita akan dipanggil dengan nama yang ibubapa berikan untuk kita.. jadi eloklah bila dipanggil nama seseorang tu, nabi kita Muhammad SAW akan tahu bahawa nama tersebut adalah dari kalangan ummatnya. Mudah2an akan mendapat syafa'at dari Baginda. Bayangkan kalau kita memberikan nama dengan nama yang tidak berimejkan islam pada anak2 kita.. siapa yang akan memberi syafa'at buat anak kita...

3. Pendapat yang mengatakan makruh nama gabungan tu mungkin mengikut keadaan di Saudi kerana rujukan buku yang di ambil adalah dari ulama Saudi... tapi sesetengah pendapat mengharuskannya mengikut situasi setempat. Macam di Malaysia kebanyakan nama2 sekarang menggunakan nama gabungan.

4. Pendek kata... semua bergantung kepada kita ibubapa.. kalau bagi nama simple pun tapi dipanggil dengan satu suku kata jer.. pun sia2 nama yang indah tersebut. Dan kalau diberi nama gabungan.. kalau kita manfaatkan keindahan makna nama gabungan tersebut.. berganda2 keberkatan yang akan diperolehi dari nama tersebut.. insyaAllah!

5. Satu lagi kena pastikan ejaan yang tepat mengikut Bahasa Arab yang sebenarnya supaya tidak lari makna yang sebenarnya... contoh: haykal bukan hayqal.

Maaf termenyampuk banyak pulak... :)

Ummu Ammar said...

Izza..

Suka nama baby Izza tu..Iman!

mamalieyna..

Kalau panjang dan makna baik ok je..ada sesetangah tu panjang berjela tp nama xde makna apa-apa!

Alimaz..

Insya Allah..nanti ada la rezeki dr Allah tu..macam akak gak..menunggu dan terus menunggu..

Ummu Ammar said...

ibuaiman..

Panjang sebab ada gelaran keluarga kat depan kut..

Chik Na dan KAk Ani..

Nama sebenarnya adalah 'doa' ibubapa utk anak2 nya..kalau maksudnya baik beerti kita doakan yg terbaik utk anak2..

Ummu Ammar said...

ibunafis..

Betul tu..kdg2 nama dan makna cantik..tp bila nama panggilan tak betul dah jd lain plak..

Nadiah..

Situasi Nadiah ni macam akak juga la..suami mmg nak kekalkan 'raja' dlm nama anak2..

Che Sue..

Syukran sudi berkongsi..info yang sangat berguna..

Pasal ejaan nama ikut maksud Arab yg tepat..setuju sgt..sesetengah ibubapa kena prihatin dan tanya org yg lebih tahu..krn ia boleh membawa maksud yg jauh berbeza..

Angah suka nama anak Che Sue..Muhammad!

Nida n' Hanafi said...

Salam

Terns zaman sekarang suka bagi nama anak yang ntah apa2, dahlah panjang berjela2...

Nurul Izza said...

eh lupa nak share..nama adik bongsu iza nurul sakinah farhana bt abdul aziz(mama bg bersebab).ms nk buat ic tu banyak sgt masalah.sebabnya nama panjang.sudahnya dia dapat 2 ic..

1- nurul sakinah farhana
2- binti abdul aziz.

wahaha..ktorg selalu ketawakan dia.tp..

iza mmg suka nama sakinah..:))

Ummu Ammar said...

Nida..

Betul tu..ingat ada sekali tu masa kt dewan kuliah..bila pensyarah Arab memanggil nama2 pelajar malaysia dan indon yg panjang dan pelik2 dan xde makna..satu dewan ketawa..! Bg Arab itu sgt melucukan..

Izza..

Camne bleh jd 2 IC? Pelik gak yer..

Memang kita ada persamaan..dulu akak suka sgt nama sakinah..nama gelaran masa tu assakinah(ketenangan)..

Igt kalo dpt anak prpuan nak bg nama sakinah..tp ble kakak ipar dah bg dulu nama tu kt anak dia..kira cancel la..

Unknown said...

skang me ngah tunggu kelahiran anak ke-2...
masih mencari2 nama terbaik utk bb...

me nk copy en3 ni yer...
nk share ngan kekawan sume...
thanx in advance...:)

Ummu Ammar said...

eT > Selamat datang ke blog saya. Silakan..memang utk perkongsian semua..saya pun share info dr blog yg lain...ada saya sertakan linknyer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...