Monday, April 30, 2012

Wednesday, April 25, 2012

Jangan Putus Asa

2 comments



"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."- Kata-kata pujangga ini yang saya baca pada catatan teman di FB agar berkesan di jiwa. Pelbagai perasaan mula memberat dalam jiwa saya saat ini apabila misi menyiapkan project paper sarjana saya belum terusik. 

Salahkah kesibukan yang menghalang atau masa yang selalu cemburu? Hakikatnya, semangat dan motivasi sebenar untuk bertindak adalah datang dari kekuatan diri kita sendiri dengan bantuan Allah SWT. Ya Allah, permudahkanlah..


 Treasure is definitely there. Never give up.
 

Sunday, April 22, 2012

Usia & Kehidupan

9 comments

21 April kembali lagi. Saya membuka kembali catatan lama Erti Hidup bila Usia Semakin Berganjak dan Rindu Di Hari Lahir 
Ia umpama muhasabah buat diri bila usiaku berganjak lagi hari ini.

"Marilah kita hidup…
seperti orang yang menanti mati
kerana ingat mati itu…
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiranya inilah detik terakhir
marilah kita mulakan semula
walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma…
itu lebih bermakna!”
~Ustaz Pahrol Md. Juoi~ 


Terima kasih buat semua yang menitipkan ucapan hari lahir buatku.
Ukhuwwah dan kasih sayang kalian hulurkan adalah hadiah terindah daripada Ilahi.
Semoga kalian sentiasa di bawah keredhaanNya.


Friday, April 20, 2012

Saat Yang Diidamkan

6 comments
Seminggu dua ini, saya selesa untuk bersenang-senang. Dalam erti kata yang lain, bermalas-malasan :)). Barangkali meraikan peperiksaan akhir yang sudah pun berlalu. Sebelum berjuang di medan penulisan, saya berharap dapat memanjakan diri dengan aktiviti kegemaran iaitu membaca. Beberapa buku yang sudah lama dibeli tapi belum dihadamkan adalah sasaranku. Namun hati seumpama meronta untuk membaca dua naskah hebat ini.


Kumpulan cerpen tulisan Zaid Akhtar, yang perlu dimiliki.
Meminati tulisannya sejak di bumi anbiya' lagi, tidak sangka berkongsi tempat kerja dengan beliau di Segamat, Alfun Mabruk ya akhi atas kelahiran ini..


Beberapa orang rakan memberi ulasan yang baik tentang novel ini..
sesekali apa salahnya, kan?

Kata-kata pujangga ini mengakhiri tampalan saya kali ini..:))

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, 
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. 
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. 
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Tuesday, April 17, 2012

Saturday, April 14, 2012

Perjalanan Yang Belum Selesai

4 comments
Jumaat, tanggal 13 April 2012. Saat skrip jawapan Technology Planning and Management in Education diserahkan, saya dapat melihat wajah-wajah keriangan rakan-rakan. Senyum melebar mula mekar di bibir menzahirkan rasa yang sama. Saat ini adalah detik yang bermakna dalam hidup kami. Terasa sebak seketika. Dengan rahmat dan inayahNya jua, Allah telah memudahkan perjalananku selama ini.

Tamat sudah satu fasa perjalanan pengajianku. Sungguh indah kurniaan Ilahi, saat impian mula terasa di genggaman, bagai ada satu semangat yang menyala. Ya! perjuangan ini akan diteruskan hingga ke titik akhir. 3-4 bulan yang mendatang adalah fasa "menulis" yang tidak kurang cabarannya.

Saat bertukar salam dan ucapan dengan rakan-rakan, saya terkenang saat-saat yang ditinggalkan. Pasti banyak yang akan saya rindui..saat senang mahupun sukar.


Selamat berjuang buat sahabat-sahabatku, semoga kita sama-sama menempuh perjalanan yang belum selesai ini penuh semangat dan azam, untuk sampai ke destinasi yang diimpikan.

Sunday, April 08, 2012

Damai Nan Indah

6 comments

Pagi Jumaat yang tenang, bermula agenda kami di pasar minggu Penarik, membeli sedikit keperluan dapur dan melayan selera dengan membeli sarapan pilihan masing-masing. Pantai Rhu Sepuloh yang tenang dan damai, kami jejaki setelah sekian lama. Hampir berbulan rasanya tidak beraktiviti di sini. 

Bersarapan dan bersantai dengan wajah-wajah kesayanganku sambil ditemani panorama pantai yang tenang, sungguh mendamaikan. Tidak mampu untuk saya manifestasikan perasaan dan ketenangan yang dirasa. Syukur pada Allah atas kesulitan dan kesibukan yang kian reda bahangnya, memberi ruang untuk saya bernafas penuh lega. Alhamdulillah.

Seterusnya..biar gambar pula yang bercerita..:)) 

Sepi & damai

Nasi kerabu : Simple & sedap

Peminat tegar ayam goreng

Suka gambar ini ~ Sungguh mendamaikan jiwa..

Buat rakan-rakan semua..selamat berhujung minggu bersama keluarga anda.  
Semoga bahagia.


Wednesday, April 04, 2012

Sketsa Rabu

3 comments

Firman Allah: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar, 39:10)
 

Sunday, April 01, 2012

Kegilaan Teknologi

0 comments
Sambil membelek nota (studylah kononnya..), saya terbaca maklumat ini, agak menarik untuk dikongsi. Gambaran ledakan teknologi dalam kehidupan manusia sedunia. Selamat membaca.

   

  • Out of 6.8 billion people on the planet ~ 5.1 billion people have mobile phone subscriptions, while only 4.2 billion people have  toothbrushes. 
  • At colleges and universities, 63 percent of students have smart phones. 
  • In the United States, 59 percent of adults access the Internet wirelessly, with 65 percent of 18-29-year-olds accessing the Internet with a mobile device. 
  • In addition to Internet access, 95 percent of 18-29-year-olds use their mobile phones to send and receive text messages. 
  • In 2010, 40 percent of adults went online wirelessly with a mobile phone, compared with 32 percent in 2009. 
  • 95 percent of 18-34 year olds have a mobile phone. 
  • 70 percent of 18-34 year olds own a laptop.

Majukah kita seiring dengan kemajuan teknologi? 
Tiada ertinya kemajuan jika agama dipinggirkan. 
Tiada nilainya kemajuan jika maruah dan akhlak diketepikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...