Thursday, April 21, 2011

Rindu di Hari Lahir

Salam ukhuwwwah,

Mata masih lagi gagah berbakti menyiapkan assingment untuk kelas petang esok. Kala ucapan-ucapan hari lahir menerjah dari sms dan FB, saya baru tersedar, 21 April tiba lagi. Menambah angka usia perjalanan hidupku sebagai seorang hamba di muka bumi. Syukur atas segala nikmatMu yang tidak terhingga..

Pasti saat-saat sebegini, saya teringatkan pada insan yang telah melahirkan saya., yang telah pergi buat selama-lamanya. Semoga aman dirimu di sana..Al Fatihah.



Pada kala aku mengenang ibu
masih terasa eratnya pelukanmu
panas air mata membasahi pipi
tempatmu masih terpahat di hati
pasir berpindah pantai masih di situ
waktu berubah kasihku masih padamu.
Kesudahan hidup kematian yang pasti
pemergian yang kutangisi hingga kini
kasih sayangmu menggegar jiwa
ada tugas belum selesai
ada hajat belum tertunai
ada budi belum dibalas
bagai hutang yang belum dilangsai
terlalu banyak yang kuterima
terlalu sedikit yang sempat kuberi
kesalku kemewahan ini tak dapat dikongsi.
Nostalgia bersamamu kubiarkan segar
suka duka ingin kulalui bersama
kau cemas membalut lukaku di lutut
terseliuh kaki kau yang mengurut
rajukku sekejap pandai kaumemujuk
kasihmu menemaniku pada saatku dicabar
memilih antara antah dan beras
antara berlian dan kaca
zamrud mutiara di telapak tangan
masih ibu permata hatiku.

Dipetik dari karya KHADIJAH HASHIM ( Masih Lagi Ibu )
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur 


Terima Kasih atas ucapan hari lahir samada di FB, sms mahupun di blog. Semoga kebahagiaan dunia akhirat milik kita semua. Ameen.

8 comments:

FaRhAH Za'Ba said...

Waahhh~
selamat ulang tahun kelahiran yang dirahmati Allah!
Semoga dipermudahkan segalanya.
sayang ustazah.^_^

Nadiah Sidek said...

happy birthday kak! :)

Syukri Kamaruddin said...

owh hoo selamat hari lahir..jaga diri , jaga iman :)

yatie chomeyl said...

hepi bestd-day kak.

meme pun bilo hari lahir mesti teringat ko arwah ma kan..kalu buke sbb dio, takdop la kito di dunio ni

fa10 said...

selamat hari lahir...

Ummu Ammar said...

Farhah > Syukran atas ucapan dan doamu..semoga berjaya sentiasa! sayang farhah juga..:D

Ummu Ammar said...

Nadiah > Terima kasih..

Syukran > Terima kasih. Insya Allah

Ummu Ammar said...

yatie > memang teringat..segala kesulitan & kesakitan ketika melahirkan anak2 menggingatkan kita pd ibu dan kesakitannya melahirkan kita..lbh2 lg bila dia sdh tiada..sbb masih belum puas berbakti dan membalas jasanya..

fa10 > Terima kasih f10 atas ingatan dan doamu..moga sentiasa bahagia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...