Friday, April 20, 2012

Saat Yang Diidamkan

Seminggu dua ini, saya selesa untuk bersenang-senang. Dalam erti kata yang lain, bermalas-malasan :)). Barangkali meraikan peperiksaan akhir yang sudah pun berlalu. Sebelum berjuang di medan penulisan, saya berharap dapat memanjakan diri dengan aktiviti kegemaran iaitu membaca. Beberapa buku yang sudah lama dibeli tapi belum dihadamkan adalah sasaranku. Namun hati seumpama meronta untuk membaca dua naskah hebat ini.


Kumpulan cerpen tulisan Zaid Akhtar, yang perlu dimiliki.
Meminati tulisannya sejak di bumi anbiya' lagi, tidak sangka berkongsi tempat kerja dengan beliau di Segamat, Alfun Mabruk ya akhi atas kelahiran ini..


Beberapa orang rakan memberi ulasan yang baik tentang novel ini..
sesekali apa salahnya, kan?

Kata-kata pujangga ini mengakhiri tampalan saya kali ini..:))

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, 
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. 
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. 
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

6 comments:

Dr. Norziha said...

assalamualaikum,

saya juga suka baca novel, dulu2 kemampuan membeli kurang, hrpnye lps2 ni boleh la beli mane2 yg teringin baca...rasenye di uk ni novel2 sgt murah lg2 kalo blh dpt di carboot sales ;)

Salmi said...

Dah lama hobi ni akak tinggalkan. Teringin nak mulakan kembali andai ada karya hebat yang memikat hati..

Zaid Akhtar said...

Salam.
Puan,
Terima kasih kerna sudi mempromosikannya di blog puan ini.

:-) Saya sendiri tergelak dan senyum sendiri bila baca cerpen lama-lama. Mohon maaf jika tidak memuskan hati - terimalah seadanya ya.

Ummu Ammar said...

Hamba Allah,

waalaikumussalam.

Betul tu. teruskan membaca..Membaca apa jenis genre sekalipun ia adalah hidangan ilmu yang luas. Tajamkan minda dengan membaca...:))

Ummu Ammar said...

Kak Norsalmi,

Samalah dengan saya sendiri. Masa terlalu cemburu sebenarnya, namun luangkan masa untuk mendampingi buku2...utk novel, saya pun pilih yang tertentu sahaja...tengok penulis dan tema novel tu..:))

Ummu Ammar said...

Zaid Akhtar..

Jika tiada yang lama, maka tiadalah yang baru...:))

p/s : Tunggu yang betul2 baru..bila mungkin?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...