Sunday, October 25, 2009

Semanis Madu

Salam mesra buat sahabat-sahabat semua..


Madu? Macam saspen je tajuk entry kali ini. Bagi sesetengah wanita, mereka alah pada perkataan madu dan ia adalah sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan. Saya? No komen. Sebenarnya madu yang saya maksudkan bukanlah madu yang sesetengah orang bayangkan tapi madu yang mahu saya cerita kali ini ialah tentang madu lebah asli dan khasiatnya pada kanak-kanak.


Bagaikan sudah menjadi rutin, suami saya kebiasaannya akan menyuapkan madu untuk anak-anak setiap pagi sebelum ke sekolah atau sebelum sarapan. Madu yang dimaksudkan ini ialah madu lebah yang pure dan tidak dicampur dengan bahan lain. Harganya agak mahal dibandingkan dengan harga madu campuran. Saya biasanya agak liat untuk menelan madu lebah asli ni kerana rasanya yang sangat manis. Manis tulah ubat sebenarnya. Mesti ada yang tertanya-tanya untuk apa dan apa perlunya anak-anak diberi madu? Tahukah anda, madu menjadi bekalan buat tentera Rom sebelum mereka pergi berperang. Selain daripada itu mengambil madu adalah sunnah Rasulullah SAW. Jelaslah madu mempunyai kandungan zat yang menyihatkan.



Madu lebah sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir pada tahun 300 sebelum Masehi hingga ke Parsi, Greek dan Rome, sebagai satu cara penjagaan kesihatan. Di Eropah, ada kesatuan diberi nama Apitheraphy, didirikan oleh Profesor Bernard Descottes, Perancis yang menggunakan produk madu lebah bagi penjagaan kesihatan.Di Timur Tengah, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan madu lebah sebagai minuman kesihatan harian. Bagi masarakat Cina pula, kebiasaan memberi madu lebah kepada anak sejak kecil sudah lama dipraktikkan.


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur’an, Baginda bersabda :

"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh

yaitu madu dan al-Qur’an."

(Hadis riwayat Ibnu Majah)


Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.


Antara khasiat madu lebah asli :

  • Meningkatkan kekuatan tenaga fizikal.
  • Mencerahkan mata, memutihkan dan menguatkan gigi.
  • Mencerdaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
  • Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
  • Madu dan sarang lebah madu merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
  • Mempercepat penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Menghilangkan panas badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
  • Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. Madu lebah juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  • Madu lebah mempunyai kemampuan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (oleskan).
  • Madu lebah adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan menambah tenaga


Memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar.


Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan boleh merawat penyakit kuning di kalangan anak-anak yang baru lahir. Saya masih ingat lagi dua-dua anak saya menghadapi penyakit kuning selepas kelahiran dan cara yang mujarab menanganinya ialah dengan menyapu sedikit madu dengan putik kapas pada bibir bayi setiap hari. Insya Allah penyakit tersebut cepat sembuh tanpa rawatan lain.


Bahan Mineral & Vitamin Dalam Madu Lebah


Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu lebah amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam madu lebah:

VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.


VITAMIN B

Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga selaput mata, dan membantu proses metabolisma.


VITAMIN C
Membantu mempercepat penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.


VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.


VITAMIN E

Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.


VITAMIN K

Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan. Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam madu lebah dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.


Semoga mendapat manfaat dari entry pasal khasiat madu lebah asli yang saya ambil dari pelbagai sumber untuk manfaat bersama. Sampai bertemu lagi.

13 comments:

mamaarifakeemaisy said...

waa mmg banyak khasiat madu ni ye..tp susah jugak nk cari madu asli ni kan, nk praktikkan pd anak masa dia kecik2 la kan..lgi afdal..

Ummu Ammar said...

Memang payah nk cari..biasanya kt kampung2 je..tu pun kdg2 ada yang tipu..saya mmg bernasib baik sbb mengajar di luar bandar..banyak sumbernya dan satu lg suami saya pandai mengecam madu asli atau campuran..

Zaid Akhtar said...

Manis ya madu.
Dah bersedia nak bermadu ke?
Hehehe. Jangan mare.

Nida n' Hanafi said...

Terima kasih kerana berkongsi info.

Alhamdulillah, kami mengamalkan memakan madu hampir setiap hari sejak memijak bumi orang ni. Apa yg saya lihat, anak2 cepat baik dari flu...

Ummu Ammar said...

Zaid Akhtar..

Amboi.. 3x :p

Nida,

Betul tu..Alhamdulillah.ketahanan badan mereka lebih kuat..berhujan atau berpanas terik, mereka sukar mndpt demam atau selsema..

adianiez AIDA said...

memang elok. aida amalkan jus kurma & jus tok guru.

Ummu Ammar said...

Aida..

Saya sebenarnya susah nak telan madu lebah asli berbeza dgn anak2 dan suami..jd saya ambik jus Qhazanah ( madu + kurma+buah tin+hbatussauda dlln ).Produk ni ialah produk Ustaz Zamri ( Mari Mengaji TV9)..more info :www.qhazanah.wordpress.com. Cuba la..

Nadiah Sidek said...

nadiah tak pernah mkn madu semata2. mmg jenis ssh nk mencuba mknn. duk bygkn madu manis sgt..tu yg tak prnh nk rasa tu..

Ummu Ammar said...

Salam Nadiah..

Apa kata Nadiah cuba ambil madu..kalo x bleh dlm jumlah banyak..cuba mkn sikit dulu..akak pun nak cubalah..

Manis madu tu ada khasiatnya...baca ni..Madu ialah pemanis yang penuh berkhasiat yang asli di mana 70 peratus kandungan gula asli di dalam madu lebah terhasil daripada fruktosa dan glukosa yang merupakan makanan pemberi tenaga yang baik tetapi berkalori rendah.

Walaupun manis madu tidak menyebabkan kerosakan gigi atau penyebab ketagihan. Madu Asli kaya dengan nutrien, vitamin, mineral dan enzim-enzim yang bermanafaat . Madu juga mengandungi khasiat seperti zat besi, asid folik, zink, kuprum dan magnesium yang di perlukan dalam pengeluaran darah. Magnesium juga berkesan untuk menenangkan ketakutan.

Anonymous said...

Camne nak bezakan antara madu lebah asli & madu lbh campuran..susah la nak beza kalau x biasa..

Ummu Ammar said...

Saya pun tak pandai nak bezakan..tapi ni ada tipsnya..

Madu Liar Asli berwarna hitam, warna ini di sebabkan oleh pemakanan lebah yang terdiri dari berbagai jenis sari bunga.

Sebahagian pengkaji madu menyatakan semakin hitam madu semakin baik dan semakin berkhasiat walaupun sebenarnya warna bukan menentukan keaslian madu.

Antara tips untuk menguji keaslian madu.

Antaranya, tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan.

Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.

Ujian kedua, apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus -putus , ia seperti tali kerena ada daya graviti . Manakala madu biasa akan terputus - putus

Ujian ketiga, apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun.

Ujian keempat, madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.

anaklaut said...

salam...ukhwah,

entri yg sangat berguna,,banyk betul khasiat madu ni..kurnian Allah swt yg paling berharga pada kita..

Ummu Ammar said...

Salam perkenalan anak laut..

Betul tu anak laut..setiap ciptaan Allah ada keistimewaan dan rahsianya tersendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...