Salam mesra,
Setelah seketika "bercuti" , akhirnya kesempatan menulis di sini tiba juga. Barangkali saya bukanlah superwoman yang tahan ke sana ke mari. Setelah melalui seminggu yang memenatkan fizikal dan mental, dua hari saya demam kepenatan.
Hanya kepada Allah saya pohon agar dipermudahkan segala urusanku. Tidak putus-putus doa itu bermain di bibir saya. Paling penting, saya pohonkan keikhlasan hadir dalam diri, agar segala yang dilakukan tidak sia-sia. Alhamdulillah, segala dipermudahkan akhirnya.
Kata orang, lihatlah dunia ini dengan jiwa yang tersenyum. Kalau kita diuji dengan kesibukan dan tekanan, ada lagi insan lebih teruk dari kita. Kalau kita rasa masalah kita cukup besar untuk ditanggung, ada lagi insan yang lebih merana. Kalau kita serba kekurangan, ada insan yang langsung tak punya apa-apa.
Senyum mampu mengubat keresahan hati, membantu kita menjadi kuat.
Biarpun, hati dan minda kita berkecamukan maha hebat.
Senyum bukan sahaja menyenangkan diri sendiri,
Tetapi juga memberi orang lain makna tersendiri.
Senyumlah! Walau ketika ini anda tertekan amat hebat..
3 comments:
Senyum.. dipenghujung bacaan n3 ini. Terima kasih ummu ammar kerana membuatkan sy senyum, sedangkan dr td berwajah biasa.. kerana hanya memandang lappy yg tidak bermakna..
pembetulan: bermakna= bernyawa..
Zefa,
Lega rasa hati dapat membuat puan zefa senyum. Senyum..tak perlu kata apa-apa...:D
Post a Comment