Salam mesra buat semua..
Tanggal 14 Februari dianggap tarikh keramat meraikan hari kasih sayang atau memperingati kekasih. Tak terkecuali di negara kita sendiri. Bagai sudah menjadi satu budaya pulak. Filem-filem bertema romantik dan kasih sayang yang bakal ditayangkan di kaca TV pada 14 Februari sudah hampir sebulan dipromosi penuh hebat.
Begitu juga dengan pakej-pakej istimewa yang disediakan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Penjual bunga terutamanya ros merah yang melambangkan kasih sayang sudah bersedia mengaut keuntungan berganda. Semua ini umpama isyarat kepada umat Islam yang cetek ilmu dan iman bahawa Hari Valentine boleh diraikan. Bermula dengan bicara di telefon atau SMS, pertemuan, hadiah dan lain-lain semuanya dilakukan tanpa rasa bersalah.
Asal usul Valentine
Hari Valentine dikaitkan dengan kematian
paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius
II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Menurut pendapat yang lain Hari Valentine dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam
Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah
memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada
masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap
sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan
Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana
mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bagi umat Islam yang cetek pengetahuan agama dan kering jiwa terutamanya remaja dan muda mudi Islam, mengganggap Hari Valentine tidak salah diraikan. Inilah yang sangat membimbangkan. So, sebarkanlah dan sama-sama la kita mengingatkan saudara dan rakan di sekeliling kita yang masih 'kabur' dan "buat-buat kabur" mengenai Hari Valentine di sisi Islam
Hukum Menyambut Hari Valentine
Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang
jahat.’’ (al-Isra: 32)
Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram. Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di
antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta,
pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan
Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan
demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah
syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.
Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani
dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah
mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi
sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam
lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan
Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’
Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya
perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan
lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan
diri.
Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan
norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport
dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas
dasar suka sama suka.Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem
tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama
baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.
Untuk mendalami lebih lanjut sila ke blog Ustaz Zaharuddin atau Ustaz Hasrizal.
.
19 comments:
Salam Ummu Ammar,
hmm....mmg betul tu.....anak2 muda skrg ni terikut2 sgt menyambut valentine ni......sebenarnya menunjukkan kasih syg x salah kalau kena tmptnya mengikut landasan agama.....terutama pd yg dah berkahwin. Menunjukkn kasih syg kdg2 x perlu pun bersentuhan secara fizikal....:)
salam ummu ammar...saya pun tak pernah sambut valentine ni dan alhamdulilah dapat suami yang sejiwa juga...mmg betul ada kdg2 org melayu yg suka terikut-ikut budaya kristian tanpa sedar, saja-saja kata mereka,lagi-lagi diorang pertahankan bukan kasih sayang antara kekasih aje, dgn suami isteri, ibubapa pun blh gak. bagi saya kalau nak tunjukkan kasih bukan pada tarikh ini sahaja yang ...wallahua'alam
Salam
Kadang-kadang geram juga bila iklan2 di tv yang seolah menggalakkan untuk menyambut valentine.
Satu lagi yg org selalu buat ialah April Fool, sedangkan ia jelas menunjukkan sejarah umat Islam diperbodohkan
salam...anak2 muda la ni mudah sangat tergoda dgn duniawi.... ada ka dok sambut benda tu semua...
salam.
saya ngan asben pun mmg x sambut valentine day ni...saya rasa hal ini terjadi sebab ramai yg tak tahu ape kisah disebalik velentine tu...sebab tu ilmu itu penting...oleh itu jangan berhenti mencari ilmu sampai putus nyawa....
salam...
bagus info ni...menyedarkan sesiape yg xtau ape hukum menyambut hari valentine
ramai yg tak ambil tahu hal hukum hakam ni kan..kita pun alhamdulillah tak pernah sambut2!pernah baca artikel pasal ni suatu ketika dulu..
ni la masalahnya terlalu nak ikut budaya barat yg entah apa2..huhu
kdg iza lupa valentine tu bila.haha tapi kt sini mmg disambutkan..jd mmg selalu je iklan bgtau valentine..bla bla
kt kat msia nama je merdeka.tp sebenarnya belum merdeka ..merdeka pemikiran..semua nk ikut barat =(
p.s: bersama suami, setiap hr itu adalah hari kasih sayang kami
oh ya..teringat kwn di iowa..anaknye sekolah ..jd mmg cikgu2 smbt..jd setiap kali pi sekolah..mesti mama dia ckp
'kaklong, kita diharamkan sambut valentine tau..'
-> setiap anak itu amanah ibu bapa mencorak nya..jd puteh ka, hitam ka, kelabu ka..
wallahua'alam
salam..
susah nk ckp zaman skrg ni.mcm la kita mati kalo xsambut valentine tu.bengang je rasa bila tgk remaja2 islam sndiri yg duk lantung2 mlm valentine ni..
astaghfirullah..minta la kita yg masih dikurniakan kefahaman ttg ini agar tidak terjebak dan mampu untuk menjelaskan kpd mereka2 yg kurang mengerti ttg hal ini..
salam kenal utk pemilik blog :)
salam rindu buatmu ya ustazah..=)
alhamdulillah..sy diberi kesempatan tuk view post ustzh..
Hari Valentine...topik yg menarik..sy harap sgt semua umat Islam tahu akan kebenaran di sebalik kepalsuan "Hari Valentine" ni..sedih bile tgk org pakat2 celebrate..benci pon ada!..=(...
Selagi masih ada waktu,sama2 kita mengajak ke arah kebaikan..mabruk alaik ya ustazah...
Kak Ani..
Betul tu..berkasih sayang x perlu tunggu Valentine..tp bg yg belum berkahwin, banyak batasnya..nak lebih2..kena tunggu kahwin dulu...
ibuaiman..
Setuju ngan ibuaiman..Susah kan kalau budaya barat itu sudah mnjd budaya dlm kehidupan..sudah tdk tahu mana halal dan mana haram...
Nida..
Seingat akak, mula2 tahu psl Valentine masa awal remaja dulu dr TV-sbb ada filem2 sempena Valentine..dan lg satu majalah2 spt Remaja..besar peranan media kan?
Alimaz..
Memang kronik remaja skrg..dah tak tahu beza halal haram..so, anak2 kita pun risau jugak kan..mula dr skrg la nak kena bg didikan yg mantap..
Nadia..
Betul tu..akak setuju..ibubapa berilmu duniawi dan ukhrawi..insyaAllah dpt membimbing anak dgn baik..ini kalau ibubapa x sembahyang..jgn harap la anak2 nak sembahyang..
ayunaufal..
Sama2 memperingati itu penting..nanti bleh la ayu kongsi ngan kawan2 dan family yer..
mamalieyna..
Sejak keluar fatwa diharamkan sambutan Valentine ini, byk artikel mengenainya kita boleh rujuk kt internet..moga mampu menyedarkan yg msh belum sedar..
izza..
Lg besar cabaran membesarkan ank di bumi asing yg berbeza budaya dan agama..ibubapa kena ada asas agama dan jati diri yg kukuh kalau tidak..rosaklah agama anak2..
deena..
Salam kenal utk deena juga..syukur Alhamdulillah..asas agama yg ibubapa berikan menjauhkan diri dr mendekati budaya songsang sedemikian..
Nadiah..
Betul tu..agaknya kalo x ikut budaya tu..nanti ketinggalan zaman agaknya..sedangkan mrk x tahu yg kalau kita ikut kita ketinggalan merebut syurga Allah..
Siti Nadiah..
Allahu yubarik fiiki..Sejuk hati uzh ada anak murid mcm ni..sama2 la kita memperkasakan dakwah dlm setiap gerak langkah wpun secara santai di blog..
itulah pegangan agama anak mudakita.tak nampak kelebihan Isla..sedihnya..
HELLO, THIS IS AN ADORABLE VINTAGE VALENTINE CARD FEATURING A DRUMMER AND HIS SNARE DRUM AND HE JUST LOVES BOOGIE WOOGIE! MECHANICAL, RIVET IS TIGHT! MINOR EDGE CREASE, BARELY CAN SEE JUST WANTED TO MENTION IT.
Post a Comment