Tuesday, April 20, 2010

Dalam Hati Ada Taman

Salam mahabbah buat yang sentiasa setia..

Sabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakkan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.


Kenapa hati selalu gundah dan resah, jiwa kacau dan serabut mahupun pengaruh dengki, benci, khianat, amarah, gelojak nafsu sentiasa menghuni hati dan jiwa kita? Puncanya adalah taman hati kita yang kering kontang, gersang dan kemarau dari mengingati Allah mahupun tunduk, patuh dan mencintaiNya lebih dari kecintaan kita pada dunia dan  segala isinya. Carilah ubat, carilah penawar untuk mengubati hati sebelum ianya parah dan  tidak mampu dikawal..Justeru..apakah ubat kepada penyakit hati?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.

12 comments:

deena farhana said...

salam kak UA,

trm ksh perkongsian ini..betul tu, bila perut terlalu kenyang, hati akan mati, pergerakan juga di batasi..maka sekaligus jiwa malap.

moga kita tidak tergolong dlm kalangan sedemikian..

islami98 said...

Salam Ummu Ammar,

Betul tu....Andaikan hidup manusia ini diisi dengan kecintaan yg menggunung terhdap Ilahi...Pasti setiap nukilan hidup manusia itu indah...Indah dengan cahaya Islami...

Kadangkala, kesusahan yg mendidik kita...Kerana itu bahagia tak semestinya jalan yang mulia...

Jazakillah ya Ummu atas perkongsiannya...
islami98 a.k.a Iffah

Nadiah Sidek said...

syukran kak..

yatie chomeyl said...

baca entry akak ni ms tgh makan cheese cake, terus terhenti makan hehehhe

Nice sharing ;)

Chik Na said...

terima kasih kerana mengingati ...

ibuaiman said...

Salam Ummuammar,
pohon copy sabda Rasulullah tersebut ke blog saya.

TQ..:)

Ibuhani said...

hati kering....mak k.ani slalu rujuk pd org yg degil n x der perasaan......hehehe....mcm tulah agaknya....kering kontang hati tu :)

Ummu Ammar said...

deena..

Manusia selalu mengutamakan kepentingan perut tanpa peduli keburukannya pd kebersihan hati..mg dapat manfaat..

Iffah..

Setuju. Hati yg hidup dgn cinta dan taabud pd Ilahi akan memungkin bahagia hakiki...dan begitulah sebaliknya..

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Sama2..moga dpt manfaat bersama..

Yatie..

Cheese cake?..Hhmmm..sedap tu..makan la sampai habis, jgn malu2..nanti membazir plak..hihihi

Chik Na..

Sama2 mengingati antara kita..

Ummu Ammar said...

ibuaiman..

Silakan..kalau ia untuk manfaat bersama, tiada salahnya..

Kak Ani..

Betul tu..macam tanah yg kering juga la mana ada manfaatnya..berbeza kalau ianya subur..pelbagai kelebihannya..

teenage party games said...

I think this is spring session, coz nature have a great color this time which i seen in the picture..

teenage party games said...

Great nature beauty here..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...