"Sahabat yang baik ialah apabila dipandang wajahnya,
membawa kita mengingati Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu, melihat gerak gerinya meninggikan takut kepada Allah, berkawan
dengannya berjuang kerana Allah."
Mutiara kata ini mengingatkan saya pada keindahan persahabatan yang terjalin semasa di alam persekolahan dulu. 9 insan membina persahabatan dan berukhuwwah umpama adik beradik. Keakraban kami atas dasar ukhuwwah fillah, bertemu dan berpisah kerana Allah. Menggelarkan ukhuwwah kami sebagai "Kemboja Putih" simbolik kepada kesucian dan keluhuran persahabatan. Namun, selepas tamat persekolahan, masing-masing membawa haluan menuju impian dan cita-cita.
Sebahagian dari kami merantau mencari ilmu di bumi Jordan dan Mesir. Sementara dua sahabatku menyambung pengajian di dalam negara. Kini, kami semua sudah berkeluarga dan hampir semuanya bergelar pendidik anak bangsa. Biarpun lama tidak bersua lantaran kekangan masa dan jarak, teknologi merapatkan kami. Catatan ringkas dari hati saya tentang mereka.
Umm
Kami gelar Umm (Ibu) kerana dia umpama ketua kami. Seorang yang banyak tersenyum dari berkata-kata. Tapi bila berkata-kata, penuh dengan hikmahnya. Bersamaku merantau mencari ilmu di Mesir dan kini menjadi pendidik di Negeri Bawah Bayu bersama suami tercinta dan anak-anak. Kali terakhir berjumpa Umm ialah pada hari perkahwinanku. Sudah hampir 10 tahun lamanya.
Kak Wan
Antara rakanku yang paling pandai dan cantik. Merupakan adik kepada pendakwah bebas, Ustaz Wan Sohor Bani. Menjadi suri sejati buat suami tercinta dan ibu mithali buat anak-anaknya. Sudah lama tidak ketemu rakanku yang seorang ini. Kali terakhir ialah pada tahun 2002 di Maktab Perguruan Sultan Mizan ketika sama-sama menemani suami menghadiri temuduga.
Achik
Seorang yang tulus, jujur dan baik hati. Bersamanya, amat menyenangkan. Dia pendengar dan pelantun nasihat terbaikku. Kini bergelar pendidik di Negeri Sembilan. Semasa saya dalam pantang melahirkan Afiq, dia ada bertandang dan itulah kali terakhir bertemu wajah Hampir 7 tahun lamanya.
Alang
Kredibiliti rakanku ini sebagai pemimpin memang terserlah sejak dari alam persekolahan. Memilih terlibat dalam perjuangan Islam sepenuhnya adalah landasan terbaik buatnya. Kali terakhir berjumpanya ialah 2 tahun lepas. Ketika itu Alang sedang sarat mengandungkan anak kelima. Memang murah rezekimu, Alang!
Ateh
Rakan yang paling rapat. Insan pertama yang menghulurkan persahabatan saat pertama kaki saya menapak ke bumi Suzaidean. Berbanding yang lain, Ateh banyak menyimpan cerita tentang diri saya, kerana dialah sahabat yang banyak berkongsi rahsia cerita suka dukaku. Ateh yang ceria dan kelakar adalah pengubat duka dan penghibur kami. Banyak sekali tentang Ateh yang akan saya ingati dan kenangi.
Kak Yong
Jua rakan paling akrab. Ketika kami menghadapi masalah kewangan untuk ke Mesir, saya hampir putus asa. Jujurnya, kalau tidak kerana semangat darinya, saya mungkin tidak berpijak di bumi Mesir. Banyak suka duka, susah senang kami harungi bersama sepanjang permusafiran di bumi anbiya'. Terlalu banyak sebenarnya untuk diluahkan tentang persahabatan saya dengan Kak Yong.
Che Sue
Sejak dari sekolah lagi, Che Sue@Ummu Mishkah seorang yang saya anggap cukup sempurna. Bijak, berkarisma, berada dan lain-lain. Seorang insan yang berkebolehan serba serbi dan prihatin. Seronok melihat kehidupannya yang bahagia dengan suami dan anak-anak yang comel. Kali terakhir bersua wajah ialah 8 tahun lalu, ketika dia dan suami melawat saya dan Ammar yang baru lahir.
Adik
Mungkin kerana sifatnya yang manja, panggilan Adik adalah paling sesuai. Memiliki suara yang sangat merdu, seringkali menjadi solo kami. Jua bergelar pendidik dan kini diulit bahagia dengan kehidupannya sebagai isteri dan ibu.
Tiada kata dapat saya luahkan, tiada bahasa yang dapat saya olahkan, tiada puisi dapat saya karangkan betapa saya sangat menghargai ukhuwwah yang terbina. Ukhuwwah fillah yang telah membentuk diri ini menjadi insan yang lebih baik. Biarpun masa dan jarak memisahkan kita, semoga kita akan bertemu dan bersua suatu hari nanti.
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah
Lagu: Suara Hati
Lirik: Pahrol Mohd Juoi
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah
Lagu: Suara Hati
Lirik: Pahrol Mohd Juoi
4 comments:
Ukhuwah fillah ya ukhtie.. walau sekadar sahabat di alam maya.. :D
Zefa..
Walau tidak pernah bersua dan berbicara, kemanisan ukhuwwah fillah tetap terasa. Moga kita diketemukan suatu hari nanti. Insya Allah.
:-)
ini juga lagu tema novel saya - SS
Zaid Akhtar..
Ya. Dan lagu itu memang ber"hantu" sejak zaman sekolah2 lagi..
Post a Comment