Friday, August 12, 2011

Puding Koktail Berkuah




Memenuhi permintaan anak yang berpuasa adalah satu kemestian. Saya anggap ia sebagai motivasi secara tidak langsung buat mereka. Apatah lagi jika yang diminta itu mudah untuk ummi laksanakan. Puding Koktail Berkuah. Resepi ini sangat mudah kerana saya mengantikan puding kastard dengan puding jeli segera @ sumi jeli. Contoh seperti gambar di bawah ini.



Bahan-bahannya :

1 tin susu cair
1 tin air masak
1/2 cawan gula atau secukup rasa (boleh juga diganti sedikit susu pekat manis)
1 tin koktail buah-buahan
1 paket puding segera
Boleh juga dicampur epal hijau, epal merah, anggur, tembikai (dipotong dadu)

Cara-caranya :
  1. Panaskan susu cair, air dan gula sehingga gula larut. Jangan sampai mendidih.
  2. Angkat dan sejukkan.
  3. Masukkan koktail buah-buahan bersama jusnya.
  4. Masukkan puding segera dan hirisan epal, tembikai & lain-lain.
  5. Sejukkan di dalam peti ais atau boleh dihidang bersama ais.
Senang bukan? Selamat mencuba.

9 comments:

Zefa NorAsmara said...

Assalamualaikum..

Ni yg suka dtg blog UA ni.. ada tazkirah.. ada resepi.. mcm2 ada.. :D

Nini Hartini said...

kegemaran suami. lama dah x buat...blh la cuba letak sumi mcm akak buat

eT said...

suka sgt nih...leh try berbuka nnti...nyum3

Eda said...

waaa...dapnyer..memang tengah mencari resipi koktail...hehe..leh cuba ni.

Ummu Ammar said...

Zefa..

Terima kasih Zefa. Semoga beroleh manfaat di blog ini :).

Nini Hartini..

Selamat mencuba. Pasti suamimu suka.Tambah2 sayang kat zaujah dia ni..:)

Ummu Ammar said...

eT & Eda..

Selamat mencuba. Ringkas dan senang. Lagi2 air tangan sendiri, mesti sedap...:)

dela said...

menarik!

Melati Qistyna's Mummy said...

Menarik... Yg penting mudah... Hehehe

Ummu Ammar said...

dela & Melati Qistyna's Mummy,

Terima kasih. Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...