Salam mesra buat semua..
Memetik kata-kata Winston Churchill , "Pena lebih tajam daripada pedang." Sementara Napoleon Bonaparte pula pernah mengatakan, "Saya lebih takut pada sebuah pena daripada seratus meriam."
Memetik kata-kata Winston Churchill , "Pena lebih tajam daripada pedang." Sementara Napoleon Bonaparte pula pernah mengatakan, "Saya lebih takut pada sebuah pena daripada seratus meriam."
Berhati-hatilah
bila menyusun kata. Walaupun kita mungkin tidak menggunakan pena untuk menulis
berbanding hanya menekan huruf-huruf pada keyboard komputer sahaja. Istilah "pena" yang
dimaksudkan adalah tulisan atau karya yang kita hasilkan.
Menulis
membuta tuli dan berpaksikan emosi tanpa ilmu, hanya memudaratkan dan boleh
menimbulkan keraguan dan pertelingkahan pendapat pada pembaca. Apatah lagi apabila ia berkaitan tentang
akidah dan syariat. Islam mengajar kita halus dan lembut dalam bicara dan tutur
kata apatah lagi jika ditulis dalam bentuk karya untuk dibaca. Percayalah, kadang-kadang kesedaran mahupun keinsafan akan lahir dengan hanya membaca tulisan yang jujur, penuh mutiara ilmu dan ditulis penuh berhemah!
“Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengeraskan hati yang lunak seperti sutera.” - Pujangga
Sehari
dua ni, nama Aduka Taruna cukup panas diperkatakan. Semuanya kerana penangan "Mata
pena lebih tajam dari pedang." Ekoran daripada itu,
berpuluh-puluh laporan polis dibuat kerana tulisan Aduka Taruna yang dikatakan menghina
Almarhum Sultan Johor. Blog Aduka Taruna pada hari Isnin, 25 Januari 2010 dikatakan dikunjungi hampir
113,111 kunjungan dan menerima beratus-ratus komen luahan rasa tidak puas hati pengunjung. Bahkan hari yang sama, AT telah menyerah diri dan direman 4 hari untuk siasatan..Cukup besar impak yang diterima oleh Aduka Taruna!
Renungilah kata-kata hikmah ini :
Renungilah kata-kata hikmah ini :
Beruntunglah
orang yang perkataannya zikir, diamnya fikir dan pandangannya iktibar.
Selamat berkarya! Menulis terus menulis..
17 comments:
Salam UA..
Satu perkataan yg tertulis mampu menggambarkan sejuta makna..
memang betul pun kak. hanya dengan kata2 je mampu buat orang bergaduh, jadi benci-membenci. nadiah tak sempat baca entry AT tu, dia dah delete. walau apa pun yang ditulisnya, tetap tak baik mencerca orang yang dah meninggal..
UA: =D
betul tu,Pah. mmg kena pk byk kali sblm menulis..
knplah nak aibkn org...lg2 org yg dah meninggal..bukan ke simpan aib org tu lg byk pahalanya
kadang2 lebih memilih berdiam dpd byk berkata2...
erm..btul tu kak. sbb tu or yg bijak iala org yg berhikmah dlm menuturkan kata2 :)
Ada baiknya sedekahkan Al-Fatihah kpd orang2 yg dah meninggal drpd hebah2kan keburukan orang tu! Memang tajam mata pena!
Nida..
Betul tu..dan moralnya : Penulis kena hati2 sblm menulis..
Nadiah..
Memang kecoh sgt..lg satu byk entry AT yg sgt 'berani' sampaikan ada yg mengutuk isteri Nabi..Saidina Aisyah..kisah AT satu pengajaran buat semua..
Izza..
Any words? :D
HAmizah..
Betul tu..kalau rasa x yakin atau xde ilmu ttg apa yg nak ditulis..baik jgn tulis..kena bljr n kaji dulu sesuatu perkara tu..
Kak ANi..
Setuju sgt..saya pun hairan la..sdgkan Nabi Muhammad sgt lembut dan beradab tutur katanya wpun dgn musuh!
Azi..
Itu la yg sepatutnya..kdg2 diam itu lebih baik..silent is golden!
Yatie..
Ye dik..akak pun setuju coretan Yatie ni..org bijak menulis dgn pertimbangan dan ilmu bukan emosi yg melulu..
mamalieyna..
Betul tu..dgn mata pena shj..mungkin satu dunia boleh bergaduh dan berbunuhan..
akak...ish iza pulak yg terasa entry ni.hehe iza banyak cakap, bila banyak cakap, bykla terkeluar, bila terkeluar bykla dosa.beza dgn suami yg pendiam.(tapi certain situasi dia cakap).
kdg xtau mcm ne nk ubah jd pendiam. ni ikut gen ayah, memng adik beradik kami meriah orgnya.beza dgn mama yg pendiam. bila tya pd kwn2..kata mereka meriah tu stu keistimewaan, huhu..tp selalu je nak jd diam..
Izza..
Macam tu rupanya..tp bg akak banyak ckp benda baik takpe..jgn merapu sudah..
Akak ni jenis pendiam juga..tp kalo dgn org yg akak dah biasa..terlebih2 cakap pun ada..
Kdg2 nak juga jd org yg banyak ckp tp xbleh..dah fitrah mcm tu..mcm Izza gak, mana bleh jd pendiam..pelik plak kan?
So, Izza..be yourself!
betul,sy pun setuju..kdg2 mata pena boleh buat org bergaduh..minta dijauhkanlah..saya suka baca artikel blog yg menggunakan tulisan penuh,bkn shorform (walaupun sy sndr tulis shortform, tp kt ruang komen je la)...senang untuk dibaca,kalau tulisan short tu kdg2 pening gak nak faham :)
Hanna..
Ahlan wasahlan..syukran sudi mencoret di sini..
Saya pun suka baca dan tulis artikel penuh..shortform terutamanya pd blog anak2 muda zmn skrg mmg punca saya jd malas nak baca...
Hargai bahasa kita..
oh..ye ke kak? nadiah hari tu bukak blog AT tu semata2 nak cari & baca entry yang dia hina almarhum tu je..tak baca lak entry2 lain tu
Post a Comment