Friday, January 13, 2012

Kebab Ayam


Kebab ayam ini adalah kegemaran suami saya. Dinspirasikan dari kebab ala Arab yang dijual di pasar-pasar malam. Tapi, intinya adalah rekacipta sesuka hati chef yang tidak pakar macam saya. Hasilnya, macam dalam gambar di atas cuma abaikan rupa kebab yang agak comot dan tidak menarik. Tapi rasanya sungguh sedap.

Bahan-bahan :
  • daging ayam kisar 300gm
  • lobak merah (dihiris halus)
  • salad atau kobis (dihiris)
  • tomato (dipotong dadu) 
  • sedikit daun sup dan daun bawang ( dihiris)
  • bawang besar 2 biji (potong dadu)
  • bawang putih 4 ulas (potong dadu) 
  • serbuk lada hitam - 1 sudu kecil
  • 1 bungkus roti pita (biasanya saya guna jenama Saudi)
  • mayonis, sos cili dan tomato (banyak mana ikut citarasa masing2)
  • garam secukup rasa 
Cara-cara.
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging ayam kisar.
  2. Setelah isi ayam masak, masukkan potongan lobak merah, tomato, salad atau kobis, daun sup dan daun bawang.
  3. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Gaul seketika.
  4. Belah roti pita kepada dua.  Panaskan seketika di atas kuali non stick untuk mendapatkan roti yang lembut dan lazat.
  5. Sumbatkan inti di dalam roti. Letak sedikit mayonis atau sos sebagai perisa tambahan. Sedia untuk dinikmati seisi keluarga.
.Selamat Mencuba


5 comments:

Zefa NorAsmara said...

Tiba2 sy teringin syawarma.. beberapa kali beli tak pernah jumpa rasa yg sama dgn yang sy selalu makan 14 tahun yg lalu.. huhu..

Norsalmi said...

Terasa kelazatannya.. Nanti boleh cuba. T kasih sudi berkongsi resipi

Nida said...

Tak pernah lagi cuba buat kebab ayam.. terima kasih berkongsi resipi :)

Ummu Ammar said...

Zefa,

Saya dapat bayangkan betapa lazatnya syawarma itu sehingga kesannya masih berbekas berbelas tahun lamanya..bleh tahu kat mana Zefa jumpa syawarma tu?

Ummu Ammar said...

Norsalmi & Nida..

Sama-sama. Selamat mencuba. Mesti lagi sedap..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...