Salam mesra dan selamat berhujung minggu..
300km! Ya..memang 300km! Satu jarak yang sangat jauh. Kalau naik kereta, memakan masa hampir 1 hari untuk sampai ke tempat yang dituju inikan pula perjalanan dengan motosikal. Kisah nekad seorang siswi tahun akhir menunggang motosikal seorang diri sejauh 300km semata-mata untuk membuang bayinya menarik perhatian saya hari ini. Bayangkan! Klik di sini untuk baca kisah sepenuhnya.
Seingat saya, sehari selepas melahirkan anak sulung, hendak duduk dan bergerak pun masih tidak selesa inikan pula menunggang motosikal sejauh 300km. Tapi malu punya pasal, redah sahaja la..Terfikir saya, tahu pula dia malu kan? Masa buat dosa, tidak malu-malu langsung dengan Allah SWT. Rasulullah sendiri pernah bersabda :"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu" (Hadis Riwayat Bukhari)
Realiti yang menyakitkan ini adalah bukti betapa kritikalnya iman dan akhlak anak-anak muda akhir zaman ini. Inilah akibatnya bila malu sudah tidak lagi berfungsi sebagai perisai diri. Sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda: "Iman terdiri daripada lebih
dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian
iman." Dalam hadis lain Rasulullah juga mengingatkan: "Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa
kebaikan."
Justeru, tanamkanlah sifat malu dalam diri anak-anak kita terutamanya apabila melibatkan perkara-perkara yang menyumbang kepada dosa dan kehancuran. Semoga malu menjadi perisai diri mereka dari melakukan dosa kepada Allah SWT.