Wednesday, February 23, 2011

Doa Buat Rakyat Libya

Salam mesra..

Keangkuhan sang diktator Muammar Gaddafi tidak dapat disangkal lagi. Makin jelas kezaliman dan kegilaannya hingga sanggup mengorbankan rakyat sendiri sehingga ke titisan  darah terakhir mereka untuk kekal berkuasa, mengarahkan polis dan tentera membedil dan menembak penunjuk perasaan Libya dengan menggunakan kereta kebal, helikopter dan jet pejuang..Mayat-mayat bergelimpangan, kanak-kanak dan wanita menangis ketakutan...Sesungguhnya dia telah melampaui batas!



 Bersabarlah rakyat Libya! Pertolongan Allah pasti tiba.




Ulama Muslim berpengaruh Mesir, Yusuf al-Qaradawi, telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan bahawa setiap tentera Libya yang memiliki kesempatan untuk menembak pemimpin Muamar Gaddafi harus melakukannya 'demi membebaskan Libya dan rakyatnya dari kejahatan'.

"Saya di sini memfatwakan siapapun di dalam angkatan bersenjata Libya yang mampu dan memiliki kesempatan menembak peluru ke arah Gaddafi harus melakukannya," kata Qardawi  kepada televisyen Al Jazeera.

3 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

semoga mereka dalam lindungan allah swt...

Chik Na said...

semoga allah lindungi rakyat libya dari kekejaman regi Muammar Gaddafi

Makbonda61 said...

Semoga Allah memberi kekuatan pada rakyat Libya.Semoga mereka digolongkan dalam golongan mujahid-mujahid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...