Saturday, February 26, 2011

300km

Salam mesra dan selamat berhujung minggu..

300km! Ya..memang 300km! Satu jarak yang sangat jauh. Kalau naik kereta, memakan masa hampir 1 hari untuk sampai ke tempat yang dituju inikan pula perjalanan dengan motosikal. Kisah nekad seorang siswi tahun akhir menunggang motosikal seorang diri sejauh 300km semata-mata untuk membuang bayinya menarik perhatian saya hari ini. Bayangkan! Klik di sini untuk baca kisah sepenuhnya.


Seingat saya, sehari selepas melahirkan anak sulung, hendak duduk dan bergerak pun masih tidak selesa inikan pula menunggang motosikal sejauh 300km. Tapi malu punya pasal, redah sahaja la..Terfikir saya, tahu  pula dia malu kan? Masa buat dosa, tidak malu-malu langsung dengan Allah SWT. Rasulullah sendiri pernah bersabda :"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu" (Hadis Riwayat Bukhari) 

Realiti yang menyakitkan ini adalah bukti betapa kritikalnya iman dan akhlak anak-anak muda akhir zaman ini. Inilah akibatnya bila malu sudah tidak lagi berfungsi sebagai perisai diri. Sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda: "Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman." Dalam hadis lain Rasulullah juga mengingatkan: "Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan."
 
Justeru, tanamkanlah sifat malu dalam diri anak-anak kita terutamanya apabila melibatkan  perkara-perkara yang menyumbang kepada dosa dan kehancuran. Semoga malu menjadi perisai diri mereka dari melakukan dosa kepada Allah SWT.

9 comments:

Nadiah Sidek said...

isy..ya Allah..sanggup dia naik motor sejauh tu semata2 nak buang anak dia..?

mamawana said...

takdak perasaan langsung... gilossss nanti senang kena meroyan tu terlebih masuk angin naik motor...

Hamizah said...

berganda2 la dosanya..

light 0F happiness said...

salam

kesian ibunya, anaknya tak kesian, sebab masuk syurga insyaAllah. ibunya?

Zaid Akhtar said...

ustaz haji dulu naik motor lagi jauh. hehehe.
skrg dah pindah SMKAKA.
:-)

Ummu Ammar said...

Nadiah > Betul-betul nekad hanya nak menutup malu,tapi Allah Maha Berkuasa, sejauhmana pun dia lari, akhirnya kejahatan yg dilakukan terbongkar juga

mamawana > Tak terbayang la camne ye..kalau Allah nak tunjuk sekejap je

Ummu Ammar said...

Mizah> Berganda2 dosa, berganda2 malu, berganda2 sesal...dan berganda2 balasan Allah jika tidak bertaubat padaNya

light of happiness > Betul tu..pandai buat, pandailah tanggung kan?

Ummu Ammar said...

Zaid> Kisah Ustaz Haji dan motornya kekal dlm lipatan sejarah kita...Unik & tersendiri.

Nida n' Hanafi said...

Salam UA..

Inilah akibat termakan hasutan Syaitan... tapi pelik ye, tak sakit ke selepas bersalin??? hmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...