Tuesday, February 01, 2011

Insha Allah (Maher Zain) - Versi Melayu

Menusuk kalbu. Menyuntik inspirasi. Menyentuh rasa kehambaan. 
Beruntungnya diri sebagai hambaNya!


Maher Zain – Insha Allah 
Ada ketika, hadir perasaan hampa 
Kehilangan dalam diri sendiri 
Bagai malam yang penuh kegelapan 
Sendu, pilu, tiada jalan yang terang
Usah putus asa, dan janganlah berduka 
Kerna Allah sentiasa di sisimu
Insha Allah, Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah, Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya 
Ada ketika kesilapan sering berulang
Hingga terasa lewat untuk berubah 
Penuh keliru dan tersalah keputusan 
Membelenggu penyesalan dalam minda 
Usah putus asa, dan janganlah berduka 
Kerna Allah sentiasa di sisimu 
Insha Allah, Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah, Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya 
Kembalilah, Kepada Ilahi
Yakin pada-Nya 
Pohonkan doa, bertawakkallah 
Oh ya Allah Pimpinlah hamba dari kesesatan 
Kau Yang Maha Esa Maka tunjukkan nur kebenaran
Nur kebenaran 
Di jalan yang terang
Di jalan yang terang

Video: Kredit untuk cicakmati86
 

10 comments:

FaRhAH Za'Ba said...

I like!! ^__^

Bintun Sazali said...

like jugak! :)

cuma mcam rasa kekok bile nak nyanyi sama2..hehe ;p

fizanur said...

singgah sini. Lagu ni

Ostematrix pilihan terbaik!

Alimaz-Kembara Terasing said...

lirik penuh makna...

Nida said...

Salam UA..

Dikala gundah bertandang.. lagu ini diputarkan... buat pemangkin semangat untuk terus melangkah...

Ummu Ammar said...

Farhah, nadiah > nyanyi dan hayati..

fizanur > syukran sudi singgah dan mencoret di sini

Ummu Ammar said...

Alimaz> Ya. Saya bila rasa mcm tak boleh buat sesuatu, lagu ni menyedarkan saya...bhw pertolongan Allah itu sentiasa ada, asalkan kita bsyukur,berusaha dan tawakal

Ummu Ammar said...

Nida > Lama tidak berbalas bicara dgn Nida. Semoga dirimu tabah di bumi orang!

Zaid Akhtar said...

tak best la versi BM ni bagi saya secara peribadi. lain mcm benar.
versi English dan Arabnya lebih enak didengar. liriknya mudah untuk difahami dan dihatai walaupun bukan dlm BM.

Ummu Ammar said...

Zaid> Betul. Ada bahagian lirik BM yang janggal bunyinya.Tapi, satu usaha yg baik dan impak utk pendengar yg tdk faham BI dan BA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...