Salam hujung minggu..
Beberapa kali Ammar meminta saya membuka akaun Facebook untuknya. Saya minta 10 sebab kenapa dia ingin berbuat demikian. Pertama : Boleh main games. Kedua : Boleh hantar mesej. Ketiga : Boleh chat dengan Aiman (sepupu). Keempat : Boleh cari siapa-siapa pun. Kelima : Boleh tengok gambar.. Keenam : Khalis (kawan) ada FB ... Ketujuh : Naqib ada juga.. Kelapan : Lukman pun.. Kesembilan : Hakim pun ada.. Kesepuluh : Semua orang ada! Apa-apa pun sebab dan alasan, saya masih belum mengizinkan kerana saya tidak mahu dia membuang lebih banyak masa di hadapan komputer.
Era digital sungguh mencabar. Apatah lagi membesarkan anak-anak di zaman serba canggih dengan kelengkapan teknologi segala bagai. Anda pasti bersetuju dengan saya. Kita hidup di kelilingi anak-anak digital. Seawal usia, mereka sudah pandai mengetuk papan kekunci, memainkan lagu di komputer mahupun memuat turun permainan yang disukai.
Anak-anak digital atau dalam istilah sains teknologi mereka digelar sebagai "digital native" iaitu anak-anak yang lahir bermula tahun 1990an. Membesar bersama dengan perkembangan internet dan teknologi. Menggunakan gadjet-gadjet digital tanpa perlu diajar, cukup semata dengan penerokaan kendiri. Ilmu mereka kadang-kadang jauh melangkaui pengetahuan kita sendiri.
Sebagai "digital immigrant", kita orang dewasa yang lahir sebelum 1990an perlu belajar tentang teknologi dan bagaimana menggunakan peralatan teknologi dan ICT. Anal-anak digital adalah penduduk asli dunia digital kerana mereka lahir pada zaman ini, manakala kita adalah pendatang dari zaman sebelumnya..belajar menyesuaikan diri dengan dunia baru ini.
Dunia mereka memang canggih. Bila terdetik rasa bangga keupayaan si kecil mengakses teknologi, kita harus rasa bimbang dengan kesannya terhadap peribadi dan sakhsiah mereka. Mereka begitu mencintai teknologi hingga begitu asyik dan lalai, pelajaran juga pasti terabai. Menyuruh solat dan mengaji Al Quran, memberi alasan memang pandai.
Sebagai ibubapa, pastikan anda ada resepi terbaik untuk menangani situasi anak-anak digital ini. Kita tidak mahu mengorbankan masa depan dan sakhsiah mereka hanya dengan menjadi hamba kepada teknologi dan internet, asyik dengan dunia maya sehingga mereka sirna dari matlamat hidup sebenar di muka bumi Allah ini.
Fikirkan baik buruknya sebelum membeli mereka handphone, Play Station dan lain-lain. Kawal dan pantau aktiviti anak-anak dan apa yang mereka akses kerana dunia tanpa sempadan dan langit terbuka ini begitu kejam dan mampu mengheret mereka ke kancah yang tidak baik.

Terus sabar mendidik! Semoga usaha kita diberkati..
3 comments:
stakat hr ni Danish xpenah la minta2 nak access internet sdiri..sy mmg control..laptop pon br sebulan ni benarkan dia xplore..tu pon limit utk tgk cd yg didownload tp xleh burn n ada website free yg sekolah syorkan..hrp2 bulih control la..
Hamizah > Elok la kalu gitu. Kdg2 kalau free saya akan bukakan laman web pendidikan yg sesuai utk mrk..main games pun saya hadkan tp bimbang juga sbb games macam2 benda/gambar yang keluar menempel kt sidebar..Setakat ni boleh lg control tp bimbang bila mrk dah besar sikit dan terlebih pandai...minta2 semuanya dalam peliharaan Allah..
WoW!Sweet baby here with a naughty style.....Love you!
Post a Comment