Saturday, March 05, 2011

Allah Sentiasa Bersamamu

Salam mesra, salam ukhuwwah..

Maaf lama tidak bersiaran di sini. Kesihatan yang kurang mengizinkan dan kesibukan yang tak pernah habis, membataskan saya untuk menulis di sini. Catatan  kali ini sekadar berkongsi rasa dan pengalaman tentang cabaran kehidupan yang masing-masing tidak dapat lari darinya.


Mac kali ini datang membawa khabar yang cukup indah dan memberi harapan yang baru untuk meneruskan perjuangan pengajian saya yang belum selesai. Semester 2 pengajian cukup payah diharungi, cukup pahit untuk dikenang dan membuatkan saya hampir berputus asa untuk menghabiskan pengajian. 

Tugasan dan projek yang banyak dan pensyarah yang sangat teliti mungkin cabaran biasa yang harus dihadapi, tetapi kekangan masa dan kerja adalah penghalang utama yang cukup menguji rasa. Kalau anda guru, anda mungkin memahami situasi saya apabila hampir setiap malam berjaga sehingga 2-3 pagi  menyiapkan  assignment dan perlu berkerja awal pagi hingga petang. Urusan rumahtangga dan anak-anak pula satu kewajipan yang perlu dilunaskan.

Airmata paling banyak tumpah kali ini dan beberapa kali saya menyatakan pada suami, mungkin ini noktah pengajian saya. Kalau bukan kerana semangat dari abang, mungkin saya tidak akan sekuat ini. Dan yang pasti, Allah SWT, Sumber Segala Kekuatan telah memberi keyakinan dan kekuatan hati untuk saya meneruskannya.

Keputusan dua-dua kursus dengan A (4.00) yang tidak dijangka sama sekali, saya terima dengan airmata kesyukuran. Serta merta hilang semua kepayahan, lenyap semua  rasa putus asa. Sesungguhnya kasih sayangNya amat tinggi hingga saya malu menerima kurniaanNya ini. Saya malu kerana hampir putus asa, kerana putus asa adalah bukan sikap mukmin sejati yang yakin pada rahmat Allah. 

Buat sahabat-sahabat semua, jika anda mengalami kesulitan dan kesusahan, jua diuji dengan cabaran dan dugaan, yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita;

إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ
Maksudnya; Tatkala Rasulullah berkata kepada sahabatnya (Abu Bakar). Janganlah kamu bersedih kerana Allah bersama kita, lalu Allah s.w.t memberikan ketenangan kepadanya.

Allah jua hampir dengan kita dan mendengar rintihan hambaNya serta gembira dengan hamba yang kembali kepadaNya;

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Maksudnya;Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Allah sayang kepada hamba-hambaNya yang kembali kepadanya;

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya; Sesungguhnya Allah sayang kepada orang-orang yang bertaubat dan menyucikan dirinya.

Semester 3 sudah bermula kelmarin. Moga kurniaanNya ini menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan perjuangan dalam menimba ilmu. Insya Allah.

11 comments:

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum UA :)

Tahniah.

CGPA ke 4.00. Bukan senang nak dapat tu, terutama ketika peringkat M.A.

Belajar di peringkat M.A memang berbeza sakitnya berbanding di peringkat BA.

Namun pahit pasti akan manis jua akhirnya...Ameen.

Teruskan perjuangan!

light 0F happiness said...

Salam

Tahniah.. :) moga Allah akan terus beri kekuatan kpd akak dlm menghadapi hari2 yg mendatang insyaAllah

yatie chomeyl said...

tahniah, 4 flat :)

sama lah kita, selalu ras agive up..nk brenti study tp hubby selalu naikkan semula semangat...wpon cbrn jd student masa dh ada keluarg alebih besar, tp skeurang2 nya kita ada someone yg sentiasa akan bantu kita utk bangun semula setiap kali terjtauh, btol tak? :)

Eda Latiff said...

usaha yang gigih pasti membuahkan hasil yang lumayan...teruskan usaha sampai ke titik yang terakhir yea kak..=)

Ummu Ammar said...

Ros Illyyuun..

Syukran dik atas motivasi dan nasihat..memang cabarannya amat pahit..namun harap ia berakhir dgn kejayaan dan kenangan yang manis..

Lagi satu bukan CGPA tuh..CPA jer..4.00 untuk sem 2 ni..setakat ni CGPA tak sampai 4flat sbb result hari itu tak sebaik ini..apa2 pun ada beberapa sem lagi untuk diselesaikan..doakan akak yer..Syukran..

Ros..dah genggam MA ker? Tahniah.

Ummu Ammar said...

light of happiness..

Syukran jazilan adikku..moga kejayaan milikmu jua walau dalam bidang apa sekalipun yang diceburi..

Ummu Ammar said...

Yatie..Betul tu..akak baru buat MA dah rasa cam nak mampu nak habiskan..apatah lagi Yatie dgn PHD. kat negara orang pulak tuh...apa2 pun memang tabiklah..Islam boleh! Moga lagi ramai specialist Islam dalam pelbagai bidang dapat dilahirkan...Insya Allah

Ummu Ammar said...

Eda, terima kasih dik..moga Eda juga sentiasa diiringi kejayaan dan kebahagiaan dalam apa jua lapangan yang diceburi..

Nadiah Sidek said...

tahniah kak! moga terus cemerlang :)

Zaid Akhtar said...

Tahniah, Sis.

Cabaran MA sebenarnya ketika menulis nanti. Moga thabat. :-)

Ummu Ammar said...

Nadiah > Syukran Nadiah..Insya Allah berkat doa kalian semua..

Zaid > Syukran ya akhi..Menulis proposal (3bab) pun sudah perit, pasti menulis sepenuhnya lagi perit. Insya Allah semoga akak terus thabat. Doakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...